CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9310|Reply: 0

[Perak] Sultan Nazrin berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri MB Perak

[Copy link]
Post time 20-4-2024 03:35 PM | Show all posts |Read mode

SULTAN Nazrin (kanan) berkenan menyantuni pengunjung yang hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Menteri Besar Perak di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) di Lenggong, Perak hari ini.

LENGGONG – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Menteri Besar Perak di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), di sini hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Berangkat sama, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Yang turut hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri, wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan agensi negeri.

Sejurus berangkat tiba sekitar pukul 12 tengah hari, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad serta isteri, Datin Seri Aezer Zubin ke meja santapan bagi menikmati juadah yang dihidangkan.

Pada majlis tersebut, lebih 10,000 pengunjung berbilang kaum hadir dengan kira-kira 20 reruai menyediakan pelbagai juadah termasuk lemang dan rendang, cucur kucai kuah kacang, apam lenggang, ayam goreng, bihun sup, cendol, laksa, lai chi kang, mee goreng dan kuetiau goreng.

Sebelum berangkat pulang, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara turut berkenan meluangkan masa beramah-mesra bersama pengunjung dan melawat reruai di pekarangan dewan.

Sementara itu, Saarani dalam sembah ucapannya berkata, sambutan Aidilfitri membuktikan bahawa ketibaan Syawal tidak sekadar sambutan keagamaan, sebaliknya adalah peristiwa menyatukan pelbagai budaya dan tradisi rakyat berbilang kaum dan agama. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... idilfitri-mb-perak/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.075870 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list