CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12143|Reply: 4

[Tempatan] 6 lembu mati dipercayai dibaham harimau, penternak rugi lebih RM10,000

[Copy link]
Post time 21-4-2024 10:42 AM | Show all posts |Read mode
6 lembu mati dipercayai dibaham harimau, penternak rugi lebih RM10,000
Oleh Nazdy Harun - April 21, 2024 @ 10:23am
bhnews@bh.com.my


Keadaan bangkai lembu yang dibaham harimau dan kesan tapak kaki harimau di kawasan kebun milik penduduk. - FOTO IHSAN ABD MUIEN

KUALA BERANG: Seorang penternak mengalami kerugian dianggarkan lebih RM10,000 selepas enam lembu peliharaannya ditemui mati dipercayai akibat dibaham harimau di Kampung Kemat, di sini, semalam.

Abd Muien Shafie, 41, mendakwa lembu ternakannya ditempatkan di dalam kawasan berpagar elektrik dalam kebun seluas 2.2 hektar, namun berasa tidak sedap hati apabila melihat hanya dua haiwan berkenaan yang ada ketika itu.

Selepas melihat lembu berkenaan seolah-olah dalam ketakutan, katanya, beliau mengambil keputusan untuk meronda di kawasan kebun sebelum terhidu bau bangkai tetapi masih tidak menemui haiwan ternakan yang dicari itu.

"Saya kemudian pulang ke rumah dan pergi semula ke kebun pada tengah hari untuk sekali lagi memeriksa kawasan kebun serta mencari lembu yang diternak," katanya

Abd Muien berkata, beliau kemudian menjumpai satu demi satu bangkai kesemua enam lembu ternakan yang dicarinya.

Katanya, lembu terbabit dipercayai mati dibaham harimau kerana menjumpai kesan tapak kaki dan jelas kedengaran bunyi ngauman 'pak belang' apabila beliau meletupkan mercun di dalam kawasan kebun selepas menemui bangkai berkenaan.

Beliau memaklumkan sebelum ini, terdapat penduduk mendakwa ternampak tiga harimau berkeliaran di kawasan itu membabitkan masing-masing seekor harimau betina dan jantan dewasa serta anak harimau.

"Ada bangkai lembu ternakan saya itu dijumpai dalam keadaan tidak lengkap, manakala sebahagian lagi masih sempurna dengan hanya terdapat kesan gigitan pada bahagian leher dan anggota badan lain.

"Kalau melihat kepada kecederaan pada bangkai lembu itu, nampaknya seperti harimau terbabit cuba mengajar anaknya memburu kerana jika ia benar-benar lapar, sudah tentu bangkai berkenaan hanya tinggal rangka," katanya.

Abd Muien mendakwa kejadian itu bukan kali pertama berlaku, malah sudah lebih 20 lembu ternakan penduduk di kampung terbabit mati dibaham harimau, termasuk dua kes yang berlaku sebelum dan ketika Ramadan lalu.

"Beberapa aduan sudah dibuat kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Anggota PERHILITAN juga sudah datang membuat pemantauan," katanya.

Selain harimau, beliau berkata, ada penduduk kampung yang turut mendakwa pernah terserempak dengan gajah liar ketika mahu ke kebun.

Katanya, penduduk yakin haiwan-haiwan berkenaan muncul dalam kawasan penempatan penduduk berikutan habitat mereka telah diganggu dengan pelbagai aktiviti.

Sementara itu Pengarah PERHILITAN Terengganu, Loo Kean Seong, berkata pihaknya mendapati memang ada kelibat harimau di kawasan kampung terbabit dan perangkap sudah dipasang.

"Kita (PERHILITAN) sudah menasihati penduduk kampung supaya tidak membiarkan haiwan ternakan berkeliaran, terutama yang tinggal berdekatan hutan.

"Lembu yang berkeliaran akan menjadi tarikan kepada harimau belang dan harimau kumbang. Oleh itu, adalah lebih baik untuk haiwan seperti lembu diternak dalam kurungan," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2024 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawasan berpagar letrik pun rimau boleh masuk ye. Mesti masa blackout dia terjah tu. Apa pun, takziah owner lembu
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2024 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah le...nk marah pun, harimau kan
Marah2 pun bukan rimau tu paham pun
Dah mmg nature dia makan lembu bagai
Sapo la kita nk menentang hukum alam
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2024 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukti Terengganu maseh ada banyak harimau disaat harimau diancam kepupusan oleh kemusnahan hutan dan pemburuan harom oleh puak2 puaka lahanat selera eksotik Vietkong yg diupah oleh ummah PRC terpaling perubatan tradisional untuk jual organ harimau sebagai ubat tradisional. Eh, puaka haram jadah, apsal tak buru jahhh harimau kat Indochina tu? Sebab dah nak pupus khennn? Mohon mampos puak2 yg b*nuh hidupan liar huntok dijadikan makanan eksotik, ubat tradisional dan dijadikan hiasan. Bodoh neraka jahanam puak2 pemburu hidopan liar ni. Mohon meninggal masok neraka tingkat ke-7!!!!

Buat pokcik ni, harap tabah. Semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik. Kena start bela dalam kandang dah lebeh selamat, nak2 kawasan dekat dengan hutan.


Mohon kerajaan wartakan kawasan hutan di Terengganu jadi hutan simpan dan semoga didenda jota2 hengget bagi yg ceroboh hutan terutama pemburu harom dan pembalak dilaknat api neraka!
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 04:20 PM | Show all posts
sampai masuk kampung ni..mesti makanan dalam hutan da nak abis tu..diburu pemburu rusa kancil dan lain2nya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.057178 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list