CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2583|Reply: 0

Kedah anjur sesi dialog bersama penyokong

[Copy link]
Post time 21-4-2024 04:24 PM | Show all posts |Read mode

SEBAHAGIAN daripada ahli kelab penyokong KDA FC yang meraikan pelancaran pasukan di Stadium Darul Aman pada musim lalu. FOTO IZZALI ISMAIL

Alor Setar : Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terus menyemarakkan semangat musim baharu apabila bakal menganjurkan sesi dialog bersama penyokong sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) membuka tirainya pada 10 Mei depan.

Sesi yang akan diadakan antara pihak pengurusan KDA dan kelab-kelab penyokong Sang Kenari secara bersemuka berkenaan akan diadakan pada 5 Mei depan dengan kehadiran pemilik majoriti Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar di Alor Setar.

Menurut media KDA FC, sesi beramah mesra dan berdialog menjelang aksi Liga Super musim 2024-25, itu bertujuan untuk memberi penjelasan hala tuju kelab pada musim baharu dan bertukar pandangan dengan penyokong.

"KDA FC dengan rendah diri ingin menjemput semua kelab penyokong untuk beramah mesra dan berdialog menjelang aksi Liga Super musim 2024-25 ini pada 5 Mei iaitu hari Ahad, jam 5 petang.
Lagi Berita

"Hadir menyantuni semua kelab penyokong adalah pemilik KDA FC Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar serta pengurusan kelab untuk memberi penjelasan berkaitan hala tuju kelab dan bertukar pandangan dalam mengukuhkan perjalanan kelab dalam kancah bola sepak Malaysia.

"Bagi memberi laluan kepada semua, dihadkan tiga wakil kelab penyokong dalam sesi perjumpaan yang akan diaturkan ini pada tempat yang akan diumumkan nanti," katanya.

Pihak pengurusan kelab juga berkata sesi dialog dan beramah mesra ini usaha untuk terus menjalinkan ikatan perhubungan yang lebih rapat antara kelab dan penyokong Sang Kenari.

"Semoga sesi dialog dan beramah mesra yang dirancang ini akan memberi hasil positif bagi menyuntik kelangsungan kelab dari segi sokongan dan aspirasi legasi bola sepak Kedah. Jumpa anda, gunakan sebaiknya peluang dan ruang bagi kebaikan kita semua," katanya.

Menerusi rekod sebelum ini Kedah mencatatkan lebih 20 kelab penyokong yang berdaftar dan sentiasa berdiri teguh dalam memberi sokongan mereka kepada pasukan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... g-bersama-penyokong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.111271 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list