CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11559|Reply: 0

[Sabah] Koperasi agro-makanan bantu rangkaian bekalan, keterjaminan makanan

[Copy link]
Post time 21-4-2024 05:43 PM | Show all posts |Read mode


LAWATAN: Ewon (lima kanan), Zamri (empat kanan) dan Matias (tiga kanan) bergambar bersama wakil agensi-agensi KUSKOP yang hadir semasa lawatan itu.

PAPAR: Penubuhan koperasi yang terlibat dalam sektor agro-makanan boleh membantu rantaian bekalan dan keterjaminan makanan dalam makanan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, isu keterjaminan makanan termasuk bekalan beras dan pedaging antara keprihatinan utama rakyat.

“Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyediakan pembiayaan di bawah Tabung Modal Pusingan dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM100 juta.

“Kemudahan ini merupakan satu inisiatif kerajaan melalui KUSKOP untuk membantu menangani isu rantaian bekalan dan keterjaminan makanan melalui gerakan koperasi.

“Justeru, saya menggalakkan masyarakat dapat memulakan penubuhan koperasi setempat mereka untuk terlibat dalam aktiviti pertanian, penternakan, perladangan dan aktiviti lain di bawah sektor agro-makanan,” katanya.

Ewon menyatakan demikian dalam lawatan ke tapak ternakan ayam yang dibangunkan oleh Koperasi Kinabalu Lestari Berhad (KOKINA) di Kampung Mook Kinarut di sini, semalam.

Mengenai lawatan itu, beliau berbangga kerana KOKINA adalah koperasi baharu yang ditubuhkan tahun lepas tetapi sudah memulakan projek pembangunan ternakan ayam pedaging menggunakan modal syer anggota.

“Pada tahun lepas, SKM mendaftarkan 1,001 koperasi baharu iaitu sejarah pendaftaran terbanyak dalam satu tahun. Sudah tentu saya akan lebih bangga dan gembira sekiranya koperasi-koperasi ini sudah boleh memulakan perniagaan dan perkhidmatan mereka sebaik ditubuhkan.

“KUSKOP dan agensi-agensinya termasuk SKM sudah tentu mahu membantu. Koperasi-koperasi yang sudah mulai berniaga mempunyai justifikasi yang lebih besar untuk kita bantu bagi mengembangkan perniagaan mereka.

“KOKINA memulakan pembinaan kandang ternakan ayam pedaging dengan kos sebanyak RM450,000 menggunakan modal syer anggota mereka. Daripada taklimat KOKINA, projek ini sudah siap 70 peratus dan bakal memulakan kitaran pertama ternakan pada Julai ini," jelasnya.

Beliau turut mahu menawarkan bantuan pembiayaan sebanyak RM100,000 di bawah skim Start-Up Financing-i (SuFi-1) kepada KOKINA sebagai tanda sokongan kepada perusahaan koperasi itu.

Pada masa sama, pihaknya mengalu-akukan KOKINA memohon pembiayaan di bawah skim tabung modal pusingan agro-makanan SKM.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha KUSKOP Datuk Zamri Salleh; Ahli Lembaga Pengarah SKM Datuk Wong Thien Fook dan Pengarah SKM Sabah Mathias Kundapin.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.056211 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list