CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11168|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan Sarawak begitu komited beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat

[Copy link]
Post time 21-4-2024 05:55 PM | Show all posts |Read mode


Mohamad Shafizan berucap pada majlis berkenaan malam semalam.

SRI AMAN: Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg begitu komited dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat negeri ini.

Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli berkata, terdapat banyak projek mega telah dilaksanakan setakat ini di kawasan Parlimen Batang Lupar dan hanya menanti masa untuk siap.

“Antaranya projek mega tersebut yang boleh kita lihat ialah Projek Jambatan Batang Lupar 1, Jambatan Batang Lupar 2 dan jambatan hingga ke Sebuyau.

“Selain itu, banyak peluang ekonomi baharu telah diwujudkan oleh kerajaan negeri di mana ia mampu memberi impak lumayan kepada Sarawak dan mampu mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

“ Kemasukan pelabur dari luar juga membuktikan bahawa Kerajaan Sarawak begitu focus dalam membangunkan negeri ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Gong Xi Raya anjuran bersama ADUN Lingga, Parlimen Batang Lupar, Pejabat Daerah Sri Aman, Pejabat Daerah Lingga, agensi-agensi kerajaan, ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK), SABERKAS Cawangan Lingga dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Lingga di Tebingan Batang Lupar, di sini, malam semalam.

Terdahulu, majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee.

“Oleh yang demikian, saya menyeru semua terutama golongan beliau mengambil peluang yang ada di mana ia telah disediakan oleh kerajaan negeri,” katanya.

Menyentuh mengenai majlis berkenaan, Shafizan menambah, konsep rumah terbuka yang telah diamalkan dan telah menjadi trend akan terus digunakan sebagai medium perantara untuk terus menyuburkan semangat perpaduan dan merapatkan jurang yang mungkin wujud selama ini.

“Ia juga dapat merapatkan lagi hubungan antara wakil rakyat, Ketua jabatan serta penduduk sekitar.

“Simbolik, amalan sebegini akan terus digunakan sebagai medan pertemuan yang paling kukuh dan padu,” jelasnya.

Tambahnya, meihat kepada sambutan kepada majlis ini, kehangatan dan kemeriahan Aidilfitri masih dirasai dan begitu juga dengan Tahun Baharu Cina.

“Perbezaan warna kulit, agama dan bangsa tidak pernah menjadi penghalang untuk kita semua bersatu dan meraikan persamaan ini dengan penuh rasa muhibah seperti sebuah keluarga yang besar.

“Inilah keunikan yang ada di negeri kita Sarawak yang tercinta dan  ia keharmonian yang patut kita kekalkan sampai bila-bila,” jelasnya.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor, Pegawai Khas Premier Sarawak Dato Helmi Hazmi, Pemangku Pegawai Daerah Lingga Frank Lani, Temenggung Kueh Aik Seng, Penghulu Mohamad Shah Acang serta yang lain.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.050458 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list