CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10806|Reply: 0

[Sarawak] Lebih 1,000 peserta jayakan Light It Up Blue! Walkathon 2024

[Copy link]
Post time 21-4-2024 06:10 PM | Show all posts |Read mode


Pang (dua kanan) menyempurnakan perasmian acara Light It Up Blue! Walkathon 2024 semalam.

BINTULU: Lebih 1,000 peserta menyertai acara Light It Up Blue! Walkathon 2024 di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) di sini, semalam.

Acara yang bermula jam 4 petang itu adalah anjuran Persatuan Advokasi Pendidik Awal Kanak-Kanak Bintulu (AECE) dan ditaja MTT Shipping Sdn Bhd, dengan UPMKB sebagai penganjur bersama.

Perasmian acara tersebut telah disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang.

Pang berkata, program bertemakan 'Langkah Untuk Kesedaran Keperluan Khas' di Dewan Sri Kenyalang UPMKB itu telah disertai pelbagai lapisan masyarakat yang bersemangat khususnya ibu bapa, anak-anak berkeperluan khas dan komuniti setempat.

Katanya, mereka mengambil bahagian dalam acara berjalan kaki sejauh lima kilometer (km) dan 2km.

"Kita berharap melalui program ini akan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan intervensi awal kanak-kanak keperluan khas supaya mereka dapat menikmati pendidikan secara lebih menyeluruh," katanya.

Beliau berkata, program itu juga diharap akan mendapat sokongan padu daripada masyarakat dan pihak berkuasa tempatan agar dapat memberi impak positif kepada yang memerlukan, menjadi masyarakat inklusif dan penyayang kepada semua.

Jurucakap penganjur Cyndi Ling Chui Sing berkata, objektif utama acara itu adalah untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan persefahaman dalam komuniti mengenai kanak-kanak berkeperluan khas.

"Acara ini juga bertujuan menyedia dan meningkatkan kefahaman kanak-kanak dengan pengalaman baharu," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, sasaran penyertaan untuk acara ini ialah untuk keluarga dan saudara-mara, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai dari Bintulu dan sekitarnya.

"Dengan menyertai Blue Walkathon 2024, orang ramai akan menyumbang kepada kejayaan program kesedaran ini agar lebih mudah untuk mencapai misi membela kanak-kanak berkeperluan khas," jelasnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.048934 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list