CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15560|Reply: 0

[Kedah] Lima kelas di SK Felda Laka Selatan terbakar

[Copy link]
Post time 22-4-2024 12:25 AM | Show all posts |Read mode
Lima kelas di SK Felda Laka Selatan terbakar

OlehROSHILA MURNI ROSLI

21 April 2024 06:15pm








Keadaan kelas yang terbakar di SK Felda Laka Selatan.




KUBANG PASU - Lima buah kelas di Sekolah Kebangsaan Felda Laka Selatan di sini terbakar dalam kejadian pada petang Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam, Zulkifli Manaf berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan pada jam 3.09 petang melalui talian MERS 999 berhubung kejadian berkenaan.



Katanya, jentera bomba termasuk EMRS dari BBP Bukit Kayu Hitam diarahkan ke lokasi kejadian dengan segera selain memohon bantuan daripada BBP Arau.


Kelas di aras tiga SK Felda Laka Selatan terbakar dalam kejadian pada petang Ahad.




"Sebaik tiba di lokasi, kebakaran didapati melibatkan kelas di aras tiga yang kemudiannya merebak ke bahagian bumbung," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.


Menurutnya, tiada mangsa terlibat kerana ketika kejadian murid-murid telah pulang ke rumah dan kebakaran hanya disedari oleh pengawal keselamatan.

"Peratusan kebakaran dianggarkan sebanyak 70 peratus dengan melibatkan lima buah kelas yang keseluruhannya berkeluasan 300x50 kaki persegi.

"Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 3.40 petang dan pihak bomba masih menyiasat punca kebakaran terbabit," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.054426 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list