CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6264|Reply: 0

Kedah kekal di Liga Super

[Copy link]
Post time 22-4-2024 12:18 PM | Show all posts |Read mode

FIB mengesahkan KDA FC berjaya menyelesaikan bayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai bagi tahun 2023 sebelum tarikh akhir ditetapkan.

KUALA LUMPUR: Kedah Darul Aman (KDA) FC akan terus beraksi dalam Liga Super selepas First Instance Body (FIB) mengesahkan pasukan itu berjaya menyelesaikan bayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai bagi tahun 2023 sebelum tarikh akhir yang ditetapkan pada jam 5 petang 20 April 2024.

Perkembangan ini sekali gus menyaksikan saingan Liga Super bagi musim 2024/25 akan tetap menampilkan 13 pasukan dan jadual perlawanan yang sudah disusun tidak perlu dirombak sekali lagi.

Bagaimanapun, Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif menjelaskan pasukan itu akan tetap memulakan saingan Liga Super musim ini dengan negatif tiga mata selepas hukuman pemotongan tiga mata dan denda RM50,000 dikekalkan.

"Berdasarkan surat bertarikh 18 April 2024 serta dokumen pembayaran yang diserahkan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang kemudiannya disemak oleh FIB, KDA FC berjaya melunaskan kesemua tunggakan gaji pemain dan pegawai.


"(Ini termasuklah) pemain dan pegawai Liga Super, pasukan bawah 23 tahun (B-23), bawah 20 tahun (B-20) dan bawah 18 tahun (B-18).

"Bagaimanapun terdapat dua pemain yang masih belum mendapat bayaran berikutan kes masih dalam perbicaraan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Majlis Penyelesaian Resolusi Kebangsaan (NDRC) iaitu Lee Andrew Tuck dan Jonathan Boareto dos Reis.

"Namun kesemua bayaran tunggakan seperti diarahkan oleh FIB berjaya diselesaikan oleh KDA FC bagi membolehkan KDA FC kekal mendapat lesen kebangsaan untuk beraksi dalam Liga Super bagi musim 2024/25," kata Sheikh Mohd Nasir dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam masa sama, Sheikh Nasir menjelaskan hukuman itu dikekalkan susulan kegagalan KDA FC membuat penyelesaian penuh tunggakan gaji bagi tahun 2023 pada tarikh akhir 30 Mac 2024 sebelum FIB memberi lanjutan masa sehingga 20 April 2024.

Terdahulu, lesen kebangsaan KDA FC berpotensi untuk ditarik jika gagal melunaskan bayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai bagi tahun 2023 sehingga tarikh akhir diberikan FIB pada 20 April lalu.

Sekiranya lesen skuad 'Kenari' ditarik balik, ini sekali gus menyaksikan mereka tidak dapat beraksi dalam Liga Super musim ini dan meninggalkan hanya 12 pasukan bertanding.
https://www.bharian.com.my/sukan ... kekal-di-liga-super
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.053918 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list