CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5893|Reply: 0

Bundesliga: Bayern lengkapkan minggu sempurna

[Copy link]
Post time 22-4-2024 12:32 PM | Show all posts |Read mode

MULLER meledak dua gol pada penampilannya ke-400 bersama Bayern ketika menewaskan Union Berlin awal pagi semalam. - AFP

BERLIN – Jurulatih Bayern Munich, Thomas Tuchel menganggap anak-anak buahnya mengharungi minggu yang sempurna selepas merekodkan kemenangan bergaya 5-1 ke atas Union Berlin pada aksi Bundesliga awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, Bayern dilihat beraksi tanpa sebarang tekanan selepas sah gagal mempertahankan kejuaraan liga dengan meraih jaringan menerusi Thomas Muller (dua gol), Harry Kane, Mathys Tel dan Leon Goretzka.

Menurut Tuchel, kemenangan tersebut sememangnya menaikkan lagi motivasi pasukan selepas turut merekodkan kejayaan mara ke pentas separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan menyingkirkan Arsenal pada awal minggu lalu.

“Saya rasa kita telah mempamerkan kebangkitan dengan mencatat minggu yang sempurna. Secara peribadi, saya rasa bukan mudah untuk mana-mana pasukan hadir ke Berlin dan mencatat kemenangan bergaya seperti yang kita pamerkan,” katanya.

Sementara itu, Muller mengakui sangat teruja apabila dapat membantu pasukan meraih tiga mata yang dianggap cukup penting pada penampilan ke-400 saingan liga domestik.

“Ini adalah statistik yang sangat bermakna buat saya dan sudah tentu saya bangga apabila dapat menjaringkan gol buat pasukan melakar kemenangan.

“Saya akui pasukan bermain pada musim ini dengan cukup tekanan tetapi kita masih berpeluang untuk untuk mengakhiri kempen dengan sempurna dan lupakan kegagalan mempertahankan kejuaraan Bundesliga,” katanya. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... an-minggu-sempurna/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.049686 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list