CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3526|Reply: 0

[Selangor] Pendaki hilang selepas jatuh sungai

[Copy link]
Post time 22-4-2024 02:35 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba serta pihak terbabit yang melakukan pencarian seorang pendaki lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai di Kem Lolo, Gunung Nuang, Hulu Langat, semalam.

Hulu Langat: Seorang pendaki dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai di Kem Lolo, Gunung Nuang di sini, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 8.11 malam tadi.

Katanya, tujuh anggota bersama beberapa jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Bagaimanapun, lelaki berusia 36 tahun itu gagal dikesan dan operasi mencari dan menyelamat (Op SAR) terpaksa ditangguh malam tadi sebelum disambung semula jam 10.15 pagi ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Ahmad Mukhlis berkata, operasi mencari mangsa sedang giat dijalankan membabitkan 24 anggota operasi daripada pelbagai agensi.

"Bagi Op SAR hari kedua ini, pencarian bermula dari Kem Lolo sehingga kawasan perkhemahan satu dengan mengikut air aliran sungai.

"Pencarian juga dilakukan dari empangan lama dengan mengikut aliran sungai sehingga ke kawasan perkhemahan satu.

"Selain itu, pencarian juga dilakukan sehingga ke Air Terjun Bomoh Ali dengan jarak pencarian keseluruhan meliputi tujuh kilometer (km)," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... elepas-jatuh-sungai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.247017 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list