CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7302|Reply: 31

[Tempatan] Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel

  [Copy link]
Post time 22-4-2024 06:31 PM | Show all posts |Read mode
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel

Mahaizura Abd Malik
mahaizura@mediaprima.com.my

Gambar hiasan

Kuala Lumpur: Pelbagai aspek termasuk kos dan faedah ekonomi perlu diambil kira dan diteliti sekiranya Malaysia mahu melaksanakan aturan waktu kerja fleksibel seperti negara jiran, Singapura.

Anak Malaysia yang berkhidmat sebagai Ketua Buruh Kementerian Sumber Manusia dan Emiratisasi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Profesor Madya Dr Mohd Yusof Saari berkata, cadangan pengaturan waktu kerja fleksibel memerlukan penelitian dari sudut ekonomi dengan beberapa parameter perlu diambil kira sebelum sebarang ketetapan dan pelaksanaan diputuskan.

"Dari segi implikasi produktiviti, produktiviti buruh negara kita masih berada pada tahap sederhana jadi walaupun jadual fleksibel dapat meningkatkan keseimbangan antara kerja dan kehidupan serta kepuasan pekerja, ia juga boleh mempengaruhi tahap produktiviti syarikat berkenaan dan syarikat lain di sepanjang rantaian perbekalan.

"Pada masa sama, produktiviti pekerja tidak boleh lagi diukur dengan menggunakan kaedah sedia ada jika pengaturan waktu kerja fleksibel digunakan. Ini bermakna, transformasi kaedah pengukuran produktiviti daripada berasaskan jam bekerja kepada berasaskan 'output' pengeluaran diperlukan," katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai pekerja di Malaysia boleh memohon aturan kerja fleksibel kepada majikan masing-masing mengikut masa, hari dan lokasi bekerja.

Mengulas lanjut, Mohd Yusof berkata, tempoh masa kerja fleksibel boleh dilaksanakan dalam pelbagai sektor, namun kebolehlaksanaan dan keberkesanan mungkin berbeza bergantung kepada sifat kerja dan dinamika industri.

"Secara amnya, sektor membabitkan kerja berdasarkan pengetahuan lebih sesuai untuk pengaturan kerja yang fleksibel seperti perkhidmatan teknologi maklumat (IT) dan pembangunan perisian, perkhidmatan profesional dan pendidikan.

"Di sisi lain, sektor membabitkan kerja fizikal, kehadiran di tempat atau keperluan operasi yang ketat mungkin menghadapi cabaran dalam melaksanakan jam kerja fleksibel seperti sektor pembuatan, penjagaan kesihatan, peruncitan dan hospitaliti serta pengangkutan dan logistik.

"Selain itu, kita perlu pertimbangkan dinamika pasaran buruh dan landskap persaingan dalam industri. Jam kerja fleksibel boleh membantu sebagai 'adjuster' dalam industri yang menghadapi kekurangan buruh atau persaingan sengit untuk bakat," katanya.

Katanya, analisis kos dan manfaat perlu dilaksanakan bagi menilai implikasi kewangan untuk penerapan jam kerja fleksibel selain mempertimbangkan faktor seperti bayaran lebih masa, kos pentadbiran dan pelaburan yang diperlukan dalam teknologi mahupun infrastruktur untuk menyokong inisiatif ini.

"Bandingkan kos ini dengan manfaat potensi seperti pengurangan ketiadaan, kadar pusingan kerja lebih rendah dan peningkatan moral pekerja kerana perbandingan ini membolehkan kerajaan mengintai kewujudan ruang kepada peningkatan gaji jika kos operasi berkurangan.

"Kerajaan juga boleh mempertimbangkan projek rintis terlebih dahulu dengan sektor kerajaan dijadikan sebagai ujian eksperimentasi.

"Di UAE misalnya, kakitangan kerajaan persekutuan bekerja empat hari setengah dalam seminggu tetapi kami tiada peruntukan masa rehat untuk minum pagi dan makan tengah hari jadi adakah kakitangan kerajaan di Malaysia bersedia untuk melakukan perubahan ini?" katanya.

Justeru, beliau berpandangan, masih terlalu awal untuk Malaysia melaksanakan pengaturan waktu kerja fleksibel secara berskala besar.

"Saya tidak pasti apakah kenyataan masalah yang ingin diselesaikan pengaturan waktu kerja fleksibel kerana negara kita masih berdepan dengan situasi tahap produktiviti buruh yang sederhana.

"Justeru, pelaksanaan pengaturan waktu kerja fleksibel dijangka tidak memberi impak yang signifikan kepada pertumbuhan produktiviti buruh," katanya.

Rabu lalu, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim dilaporkan berkata, pekerja di Malaysia boleh mengemukakan permohonan itu kepada majikan mereka berdasarkan Seksyen 60P dan 60Q Akta Kerja 1955.

Selepas permohonan diserahkan, katanya, majikan perlu memberi maklum balas dalam tempoh 60 hari dan sekiranya ditolak, majikan harus memberikan alasan.

Sebelum ini, Singapura antara negara bakal melaksanakan perkara itu apabila Perikatan Tiga Pihak untuk Amalan Pekerjaan Adil dan Progresif (Tafep), agensi Kementerian Tenaga Manusia, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF), mengumumkan Garis Panduan Tiga Pihak mengenai Permintaan Susunan Kerja Fleksibel.

Media antarabangsa juga melaporkan, pengaturan kerja fleksibel itu boleh dimohon semua pekerja di Singapura mulai 1 Disember ini.

Disiarkan pada: April 22, 2024 @ 3:54pm

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2024 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat jela apa yg susahnya
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Gomen staff x leh lah tapi rasa swasta dah banyak comoany buat incl employer saya.  Hybrid working katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
yang ni yang flexible mcm mana ye? gomen dan lama pakai waktu kerja flexible, tapi jenis yang kerja cukup 8 jam boleh balik tu..masuk pukul 7.30 balik 4.30..masuk pukul 9 balik pukul 6..yang gitu
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
mzzenma replied at 22-4-2024 08:03 PM
yang ni yang flexible mcm mana ye? gomen dan lama pakai waktu kerja flexible, tapi jenis yang kerja  ...

klu yg ni dah lama pakai kan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
I ni boss yg suh keje dr umah sbb masalah kesihatan tapi byk gak keje diberi..trrima ajelah sbb daj jimat bab transport
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2024 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Belum masanya sbb korang nk penuhkan office lot yg banyak developer buat tp kosong tu kann??

Padahal jam melekat pagi petang, dgn public transport pun x full coverage. Elokla WFH sajok..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2024 08:11 AM | Show all posts
mzzenma replied at 22-4-2024 08:03 PM
yang ni yang flexible mcm mana ye? gomen dan lama pakai waktu kerja flexible, tapi jenis yang kerja  ...

flexible yg dimaksudkan bukan cm tu la,
itu adalah waktu selaras,
waktu fleksible adalah masuk xkisah jam berapa,nak balik sukahati jam berapa,asalkan kerja jalan mcm tu fleksible
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2024 08:30 AM | Show all posts
it company or dept dah byk buat kan?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2024 04:08 PM | Show all posts
buka uollss...kalau masuk 730..mmg balik 430..tu je limit masuk awal and balik awal..tp kalau masuk lewat 750 pagi balik 550 ptg...ha gitu fleksible....seminit pun kire...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2024 04:10 PM | Show all posts
tengok sektor, ada yg boleh, ada yg takleh
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2024 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni top ke, bottom ke, flexi?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2024 04:24 PM | Show all posts
"Di UAE misalnya, kakitangan kerajaan persekutuan bekerja empat hari setengah dalam seminggu tetapi kami tiada peruntukan masa rehat untuk minum pagi dan makan tengah hari jadi adakah kakitangan kerajaan di Malaysia bersedia untuk melakukan perubahan ini?" katanya.


5 tahun aku kerja kat Timur Tengah, perangai tak makan tengahari sampai sekarang terikut ikut makan sekali sehari je....kopi pulak no sugar....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2024 04:36 PM | Show all posts
company adik meols bakal setup small office kat KL sbb diorg dpt project kat Msia. Boss dia awal2 dah bagitau, takyah masuk ofis pun takper. Janji kerja siap and contactable.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2024 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tmpt keje iols ada flexi.. susah bila opis tutup..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2024 05:55 PM | Show all posts
tempat iolls kerja flexi hours. boleh masuk between 8-10am. balik between 5-7pm . Masuk ofis min 1 hari seminggu. kalau declare MC or AL, memang takde siapa akan kacau. penggunaan whatsapps sangat minimum kecuali group announcement. after office hours pun memang takkan kacau. kalau nak jaga anak/suami/ sakit, takpayah pakai AL, tapi tolak MC . Kalau sakit sehari dan tanak pergi klinik, just declare MC. takpayah bagi surat doktor. kalau nak cuti sakit 3 hari dan ke atas baru kena provide surat doktor .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2024 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
iols pulak self declare nak keje flexible
lantak kome
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2024 08:35 PM | Show all posts
Tempoh kerja 8 jam sehari dan 5 hari seminggu ni diperkenalkan oleh Henry Ford untuk pekerja kilang hampir 100 tahun lepas. Adakah ia masih relevan dengan zaman sekarang di mana ramai orang hanya bekerja mengadap email dan komputer?

Semua orang duk kata produktiviti Malaysia ni rendah la. Bagaimana nak measure produktiviti? Jika zaman dahulu output kerja mudah dikira sebab orang kerja kilang. Sebagai contohnya dapat siapkan 50 biji kereta sehari. Kerja dalam bidang knowledge economy sudah tentu lain ukuran dia dan ia berdasarkan task dan KPI. Set KPI yang munasabah dan jika kita meet KPI tu kita dah dikira produktif. Bila orang duk kata pekerja di Malaysia ni tak produktif, adakah ia disebabkan pekerja buat kerja tanpa KPI atau statement ini hanya merujuk kepada kerja manual labour?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2024 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama kitorang hybrid...


So far ni paling best kot.. ikut kesesuaian
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju…
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.076191 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list