CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24586|Reply: 0

[Sabah] Ketua Menteri, Jemaah Menteri, penjawat awam bertungkus lumus jayakan misi Kerajaan Negeri

[Copy link]
Post time 22-4-2024 09:25 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Dibawah kepimpinan Ketua Menteri bersama Jemaah Menteri dan penjawat awam telah bertungkus lumus untuk menjayakan misi bagi menyelesaikan masalah infrastruktur yang telah lama rakyat negeri ini warisi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata, kalau disebut satu persatu sehingga sekarang banyak masalah khususnya berkaitan infrastruktur asas bekalan air, elektrik dan jalan raya.

“Semua ini tidak perlu kita ungkit, yang penting adalah usaha Ketua Menteri dan juga Jemaah Menteri serta penjawat awam untuk kita selesaikan masalah ini untuk kebaikan Sabah.

“Cukup-cukuplah menyalahkan satu masa lain..sepatutnya beri sokongan dan bagi peluang kerajaan negeri dibawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah selesaikan masalah negeri ini,” katanya pada usul ucapan bagi melahirkan Terima Kasih kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah atas ucapan dasar Kerajaan pada Mesyuarat Penggal Ke-5 Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-16 di sini, hari ini.

Dr Yusof yang juga Pengerusi Kelab Backbenchers GRS meminta rakyat memberi masa dan memahami hasrat kerajaan negeri itu dalam menyelesaikan masalah yang ada.

“Syukur juga Ketua Menteri dari Kerajaan GRS-PH Sabah Plus telah memberi penjelasan tentang strategi penyelesaian masalah air, masalah elektrik dan masalah jalan raya. Kita berharap rakyat bersabar dan memberi kepercayaan kepada YAB Ketua Menteri menyelesaikan isu ini," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata jangan ada lagi langkah untuk menukar Ketua Menteri sebaliknya memberikan sokongan kepada Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Menurutnya dalam ucapan dasar Yang di-Pertua Negeri menyatakan satu persatu usaha diambil kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah dihadapi rakyat dan kejayaan.

Namun katanya, ada juga orang tidak faham dan mengatakan Ketua Menteri dan GRS-PH Plus gagal dan slogan Sabah Maju Jaya dimomokkan dan dipermainkan.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/22/ketua-menteri-jemaah-menteri-penjawat-awam-bertungkus-lumus-jayakan-misi-kerajaan-negeri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.113160 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list