View: 8375|Reply: 57
|
[Cinta]
Apa Patut Aku Buat?
[Copy link]
|
|
Edited by omega_seamaster at 23-4-2024 10:40 AM
Salam semua,
Aku merupakan mid-30s single father kepada anak perempuan berumur 5 tahun. Sejak bercerai 4 tahun lepas, aku bergelut dengan severe depression bertahun-tahun akibat dari toxic marriage, masalah kewangan dan juga keadaan anak aku.
Hidup aku ni boleh dikatakan 'mati', rutin harian hanya pergi-pulang kerja dan hantar-ambil anak kat nursery. Di pejabat, dari seorang yang mempunyai good career prospect bertukar menjadi pendiam, introvert dan bermasalah (masalah kedatangan, selalu EL etc). Kalau tak disebabkan aku ni gomen, dah lama kena tendang keluar. Dari hampir menjadi pegawai termuda dihantar posting, sekarang aku kena cold storage di unit arkib dan pelupusan.
Itu serba-sedikit pasal aku.
Ceritanya begini, lagi seminggu nak puasa, ada beberapa new officers lapor diri dan salah seorang tercampak ke unit aku yang aku namakan je la sebagai 'Sarah'. Gadis mid-20s lulusan kolej terkemuka di London, rambut dyed platinum gold, office attire moden memang nampak pelik kenapa HR letak dia kat unit aku yang rata-rata dihuni pegawai takda masa depan macam aku dan acik-acik kepam.
Tapi Sarah ni tak kisah dan happy je. Mungkin euphoria entering workforce for the first time, dia mesra dengan semua orang, termasuklah kerani-kerani aku yang kerja hanya membawang dari pagi sampai petang tu.
Hubungan aku dengan Sarah cuma sebatas senior-junior officer dan disebabkan work nature unit arkib dan pelupusan ni takda kena mengena dengan latarbelakang pendidikan dia, jadi aku 'bagi' kerja-kerja analisis dan ajar pasal the actual work office aku ni, basically apa yang aku pernah buat masa zaman kegemilangan di frontline dahulu kala. Niat aku just tak nak dia stressed dan sekurang-kurangnya berbaloi investment untuk dapatkan master degree tu.
Setiap suku, HR akan hantar survey ke Head of Unit untuk penilaian staff, samada okay, perlu training, perlu ditukar etc. Macam biasa aku bagi full mark kat semua staff aku dan untuk Sarah, aku letak remark yang dia sepatutnya berada di frontline sesuai dengan academic background, personality etc.
Seminggu sebelum Raya, keluar email arahan pertukaran penempatan dan seperti yang aku jangka, Sarah dipindahkan ke frontline. Sarah macam biasa, nak organize farewell buka posa yang dia sponsor semua. Aku macam biasa, tak berminat nak join social gathering bagai ni.
Hari Jumaat, 5 April. Farewell Sarah mula pukul 12 dan aku blah senyap-senyap pergi ke masjid. Dipendekkan cerita, lepas habis solat Jumaat dan on the way balik office, mesej Whatsapp masuk bertalu-talu. Majoriti dari Sarah tanya aku kat mana dan lain-lain dari staff aku tanya soalan yang sama. Area di masjid tempat aku lepak tu takda line dan kalau aku baca awal mesej2 tu mungkin boleh buat damage control lagi.
Sampai kat office, semua kata Sarah merajuk dengan aku. Buka posa dah cancel. Aku tengok kat meja dia, dah kosong.
Hari kedua Raya, Sarah whatsapp aku dengan jpeg Raya. Aku reply balik pakai text copy paste. Then dia tanya Raya camana, aku cakap okey je. Sarah tanya lagi, Raya kat mana?. Aku tak balas. Bukan sebab aku malas, tapi aku segan. Orang tua aku dah meninggal lebih 10 tahun dan ditambah dengan permasalahan dengan adik-beradik, aku dah biasa Raya di KL cuma berdua dengan anak. Sambutan Raya tahun ni sama seperti Raya 4 tahun sebelumnya, berseluar pendek dan melayan Netflix disamping anak yang ralit main tablet.
Malamnya tiba-tiba Sarah called. Aku angkat. Dia tanya kenapa benci dia? Eh eh. Panjang lebar lah dia briefed pasal aku bailed out farewell dia dan dia tahu aku yang proposed ke HR untuk tukar kan dia. Aku pun ceritalah juga dengan panjang lebar justifikasi tindakan aku tu. Sarah tanya aku cuti sampai bila, aku cakap Isnin baru masuk office.
Then dia ajak lepak hari Jumaat. Aku cakap susah sebab anak takda orang nak jaga.
Sarah tak balas sampailah besoknya. Dia kata sorry sangat sebab tak tau aku dah kahwin dan acik-acik kat office kata aku single. Aku balas memang aku tak kahwin sebab dah cerai. Aku ingat habis kat situ je lah, lagi bersemangat pula mesej si Sarah, kata "kalau macam tu boleh lah kita ngedate En M"
Aku tak balas lagi...
Sebab aku serba salah.
Terus-terang, aku sememangnya trauma dengan kegagalan perkahwinan dan bertahun terseksa dalam toxic relationship membuatkan aku jauhkan diri dari hal-hal berkaitan feeling ni.
Tapi lepas berbalas mesej dengan Sarah, buat pertama kali dalam 5-6 tahun ni, I feel good about myself. Bertahun rasa diri loser, takda value, selalu fikir baik mati je dari hidup macam ni etc....for the first time, aku rasa 'tak normal', sebab 'normal' bagi aku ialah sentiasa rasa depressed, overthinking masalah hidup yang tak selesai-selesai dan aku selalu rasa tak layak nak dapat apa-apa yang bagus sebab hidup ni keras.
Adakah aku patut keluar date dengan Sarah? Apa patut aku buat?
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
keluar dari kepompong kehidupan yang lama. berkawan je dulu. keluar je dengan sarah tu. bawa anak sekali. kekadang anak pandai menilai juga...ok?
good luck! nanti hapdate balik tauuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Aku reply whatsapp dia tadi. Dia balas pun agak cepat. Ingatkan besok baru dia baca sebab mesej dia dah dekat 2 minggu baru aku nak reply. Walaupun invitation tu pun dah basi, Sarah invite datang Raya rumah dia Sabtu ni.
Rumah parent dia.
Siap bagi ultimatum, kalau tak nak datang tak apa, tapi kalau aku tak reply dalam masa 15 minit, dia akan blocked aku. Tak pasti dia serius atau main-main.
Aku terus reply OK.
Sekarang aku dah ada alamat, hari dan waktu. Pada masa yang sama, aku contact ex-in law minta tolong jagakan cucu untuk weekend ni.
Sarah kata bawa je anak tapi aku tak boleh. Bukan tak nak, tapi tak boleh sebab anak aku autism. Lintang pukang aku nanti nak jaga. Aku just bohong kata turn ex-wife jaga.
Okay. Sekarang aku dah nervous pula. Haha.
|
|
|
|
|
|
|
|
oooo..anak autism ke? tabahnya awk jaga.
sarah tahu ke awk ada anak autism? y don't terus terang je dekat dia if dia tak tahu lagi.
perempuan ni suka lelaki yg jujur. if awk nak start relationship baru, kejujuran tu penting. tak nak nanti ada words....dulu tak cakap pun...kenapa dulu tak inform? kenapa dulu...kenapa dulu...dan memacam dulu lah.
cumanya jika belum ada kata putus as bf-gf ni, bila nak kenalkan diri tu, cakap je kawan ditempat kerja.
|
|
|
|
|
|
|
|
Siap bagi ultimatum, kalau tak nak datang tak apa, tapi kalau aku tak reply dalam masa 15 minit, dia akan blocked aku. Tak pasti dia serius atau main-main.
dia suka main tarik tali ni |
|
|
|
|
|
|
|
hi uols...
Silalah keluar date dgn Sarah. Kawan ja dulu..Dari penceritaan uols, iols boleh rasa perasaan u mcm 'gelap' bila cerita hal intro tu.. tp makin 'cerah' bila watak Sarah masuk.
Since dia mcm berminat dgn u, go for it. I rasa u pun nk diri u yg lama tu balik. Maybe Sarah akan bawa u ke diri u yg 'asal'. Mid 30s muda lagi, u still can catch up dr segi carrier dan personal. I doakan u... jgn sia2 diri sendiri. Bangun balik yachh!!.. |
|
|
|
|
|
|
|
i doakan TT di berikan semangat baru. bukan sebab Sarah tapi u sendiri. Demi anak and happiness u. Moga Sarah ni juga wanita yang baik. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by omega_seamaster at 29-4-2024 05:14 PM
Update pasal hujung minggu ni.
Openhouse Sarah mula sekitar tengahari tapi seawal 7:30AM aku dah dukung anak ke bus stop. Ex in-law dah tunggu di stesen MRT Sg Buloh untuk jaga anak sampai Ahad.
Beberapa jam kemudian, aku dah dalam perjalanan ke KL semula. Ex in-law adalah tawar pinjam kereta tapi aku tolak. Lepas aku basah lencun disebabkan Malaysia ni panas berbahang macam cibai, kenapa lah bodoh tak pergi pinjam je kereta tadi.
Anyway, Sarah share location rumah dan menurut Google Map, perjalanan mengambil masa 3 jam dengan public transport. Itu tak apa lagi lah, yang paling terkedu, kena jalan kaki hampir 3km dari bus stop terdekat dengan rumah dia. Sekali lagi menyesal tak sudah pasal pinjam kereta tadi.
Lokasi openhouse di Ampang Jaya. Aku tak familiar dengan kawasan sana. Aku cuma tahu kalau dah Ampang maknanya dekat dengan KLCC.
Dipendekkan cerita aku sampai bus stop terakhir lebih kurang 2PM. Order Grab, tak dapat-dapat. Dekat sejam cuba semua tak nak terima. Guruh berdentum di sebalik langit gelap. Aku dah nekad nak cancel je dan called Sarah. Dia kata kalau aku tak datang dia akan merajuk. Lantakla. Takda kerja nak meredah hujan dengan bawa laptop bagai semata-mata kerana open house.
Dia tanya aku sangkut kat mana, aku bagitahu yang sekarang aku di sekian-sekian tempat. Sarah cakap dah dekat sangat tu. Aku bagitau naik public dan tak ada Grab nak ambil. Sarah suruh aku tunggu dalam 10 minit.
Hampir 30 minit kemudian, Sarah tiba dengan Honda City. Terkejut dia tengok aku pakai kemeja putih, seluar slack dan kasut kulit hitam, macam pergi kerja. Siap bawa beg laptop lagi. Sarah tanya aku buat apa di office? Aku tipu kata ada audit dalaman minggu depan.
Keluarga Sarah tinggal di banglo yang mengingatkan aku pada rumah orang kaya dalam filem klasik Melayu, Tiada Esok Bagimu. Ada laman luas didirikan khemah untuk tetamu. Aku perasan budak-budak katering dah mula berkemas. Makanan dah habis ke? Tanya aku.
"Openhouse I sampai pukul 2 je la" jawab Sarah.
Siot. Sarah bawa aku duduk di meja bulat dan ada orang bawakan sepinggan hidangan dengan air pepsi. Jadilah, dari tak ada apa-apa langsung.
Disebabkan Sarah duduk sebelah, tak dapat nak mentekedarah sebab aku hanya sempat minum nescafe tin je pagi tadi. Sarah tanya macam polis, kenapa naik bas, mana kereta aku etc. Aku jawab jujur yang aku tak ada kereta dah 2 tahun dan memang dah biasa naik bas, mrt, lrt, grab etc. Dari riak muka Sarah nampak dia kesiankan aku, tak pun fikir aku ni loser gila.
Hujan lebat. Tinggal aku dengan Sarah je kat khemah. Segan pula. Aku minta diri dan Sarah tanya nak balek macam mana hujan ni, aku jawab pandai-pandai lah aku nanti walaupun aku pun tak pasti sebenarnya. Sarah kata jangan buat cerita sedeh, tunggu kejap dia hantar kan.
Dengan besar hati aku menunggu. Dia suruh aku tunggu di parking bay. Kereta mewah bersepah dan paling murah adalah Honda City yang aku naik tadi.
Sarah muncul dengan mak dia di pintu. Panggil aku dan hulur sampul raya. Dia kata untuk anak. Aku dah standby sebelah Honda tapi kereta lain pula berbunyi.
Sarah hulur kunci kat aku. Apa kes ni? Dia kata aku je la drive sebab senang tak payah tanya arah. Nak je aku kata Google Map kan ada, Waze ke, tapi aku malas nak complicated kan benda. Ambil kunci dan masuk ke driver seat Lexus ES.
Itu dia. Jangan kata tempat cucuk kunci, handbrake pun tak ada. Sarah tunjukkan cara nak start kereta. Terpana aku, canggih kereta mewah sekarang, semua pakai tekan butang je.
Aku pun tak pasti jalan ke rumah dari tempat Sarah. Nak pakai GPS, malu. Skrin handphone Lenovo dah retak seribu anak aku lempar ke dinding. Sementara tunggu ada duit, aku repair sendiri pakai selotape. Memang tak nampak apa dah, aku sorang je tahu nak baca skrin. Cukuplah Sarah tahu tak ada kereta, tak payahlah dia tahu yang aku ni sengkek nak mampos, ganti handphone pun tak mampu.
Siapa di KL weekend haritu, tahulah macam mana jemnya Sabtu kemarin. Tiba-tiba satu KL standstill, ke memang tiap-tiap minggu macam tu? Ntahla aku dah bertahun tak merayau KL masa hujung minggu.
Beberapa minit pertama kitaorang tak banyak borak. Sarah sibuk dengan handphone lepas kereta tak bergerak dekat 5 minit. Dia hidupkan radio, frekuensi Hitz.fm. Itu pun berkurun juga aku tak dengar. Kali terakhir aku layan Hitz masa study dulu. dari satu lagu k-pop ke k-pop lain, Sarah matikan radio dan toleh ke aku.
"En M ni tak banyak cakap eh?"
Aku gelak je. Gelak buat-buat. Aku memang jenis tak banyak cakap dan masa tu tak terasa nak berborak sebab aku drive kereta orang dengan jem merangkaknya lagi.
Supaya keadaan tak bertambah kekok, aku cuba berborak, tanya pasal sudy dia, kenapa apply kerja gomen etc. Salah satu sebab kenapa aku tak berapa gemar berborak kosong ni kerana boleh menjurus kepada topik-topik peribadi yang aku memang tak suka dedahkan. Dengan status sebagai bapa tunggal, anak autism dan fall from grance dari prospect future senior management post kepada kena cold storage, orang akan lagi banyak bertanya dari aku yang bertanya.
"En M takda girlfriend ke?"
Aihh soalan dia. Aku cakap tak ada sebab hidup aku occupied dengan kerja dan anak. Padahal jawapan sebenarnya ialah aku ni papa kedana. Nak beli pampers dengan susu pun kadang-kadang terpaksa pinjam duit.
Untuk tambah perisa, aku cakap takda siapa nak kat aku ni. Dah obsolete. Kereta pun tak ada. Ha ha.
Sarah kata masuk ke mana-mana gas station. Aku tengok minyak masih ada separuh. Boleh pergi lagi ni tapi mungkin dia nak ke toilet. Aku masuk Shell, Sarah keluar pergi bayar. Aku blur sekali lagi camana pula nak buka gas cap kereta dia ni. Puas aku cari sampai kena tengok video kat Youtube.
Dah selesai, sambung semula perjalanan. Rumah aku mengarah ke utara, bila dah nampak HKL, aku dah boleh navigate jalan. Dilema, patut ke tunjuk rumah sewa buruk aku ke Sarah. Dah makin dekat, jem pun dah kurang walaupun masih hujan.
Alang-alang dah tahu aku tak ada kereta, pakej lah tengok rumah aku sekali. Aku menyewa flat kos rendah. Jalan masuk dan keluar hanya ada satu dan selebar satu kereta sebab bukan setakat double parking, tapi triple parking dah kat dalam tu.
Aku berhenti di masjid terletak di simpang nak naik bukit menuju ke rumah. Aku cakap dropped di sini je dan kata rumah aku belakang masjid, meskipun jauh lagi ke atas. Aku tak nak nanti susah Sarah nak putar-putar kat dalam tu.
Sebelum aku keluar kereta, Sarah tanya besok aku buat apa. Aku cakap melepak je sebab ambil anak petang dalam pukul 6.
"Keluar dengan Sarah nak tak?"
Aku jawab "Okay" .Nanti dia dah sampai rumah, dia update plan besok. Aku iyakan je. Sebelum keluar Sarah bagi aku sampul duit raya. Aku tanya untuk apa ni? Untuk anak katanya. Bukan tadi dah bagi ke? Sarah kata ini dari dia, tadi tu dari mak dia. Okay, money is money and money is good. Aku terima seikhlas hati dan bid goodbye.
Jarak dari masjid ke rumah kena mendaki dalam 300 meter. Aku tak rasa penat sebab serabut fikir nak pakai apa besok. Takkan nak guna modal pergi office lagi.
Lepas sampai rumah, aku siap-siap mandi dan rendam baju dalam baldi. Aku buka dua-dua sampul. Sarah bagi 500, mak dia 150.
Menitik air mata aku. Bukan sebab bersyukur gembira dapat rezeki ke apa, tapi sebab rasa failure gila. Aku dah banyak kali hit rock bottom tapi tak tahu kenapa bila tengok duit beratus-ratus, aku rasa macam gagal dalam hidup, macam itulah, susah nak terangkan. Dalam erti kata lain, aku tak nak duit raya banyak-banyak tu, tapi aku memang perlukan duit tu. Sekurang-kurangnya aku tak payah nak fikir bulan ni nak pinjam duit siapa kalau tak cukup.
Sementara tunggu update untuk besok, aku terbaring fikirkan Sarah. Apa yang dia nampak kat aku ni? Atau aku yang syok sendiri ingat dia suka kat aku. Aku tanya diri aku, aku suka ke kat Sarah? atau aku sekadar melayan orang yang sudi melayan aku. Dah lama tak fikir pasal hati dan perasaan ni. Cringey gila weh hahaha.
Fikiran aku kembali kepada apa nak pakai besok. Aku tengok jam, pukul 8 lebih. Sempat lagi ni nak pergi Chow Kit. Berbekalkan duit raya anak, aku bersiap untuk keluar semula.
Okaylah sampai sini dulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sambung update.
Bersiap lebih kurang, aku ke bus stop sebelah masjid. Dipendekkan cerita aku sampai di Chow Kit dan target aku nak beli dua benda; kasut dengan seluar jeans, bonus kalau duit ada lebih, angkat tali pinggang juga.
Aku balik naik Grab dengan but askar, jeans Lee's dengan tali pinggang. Total spending tak lebih RM150 termasuk Grab, nasib aku baik malam itu. Di rumah aku simpan elok-elok barangan tadi dan melepak atas tilam. Mesej Sarah tak kunjung tiba.
Akhirnya aku tertidur dan bangun pukul 5 pagi. Tengok handphone. Masih tak ada mesej.
Sigh.
Ah pergi mampos la. Rasa sesak pula kat rumah jadi aku bersiap dan turun ke masjid, mengimarahkan jemaah Subuh. Sepanjang tazkirah, otak aku asyik teringat pada Sarah. Untung Subuh berjemaah kat masjid ni, ada je rezeki breakfast free sumbangan hamba Allah. Pagi Ahad itu tak terkecuali. Kadang-kadang hidangan lagi menarik dari makan di kedai. Aku cuba tahan diri dari tengok handphone walaupun perasaan itu meluap-luap. Aku set dalam minda, tak nak tengok handphone sampai pukul 10 pagi. Kalau 10 pagi tak ada apa-apa mesej dari Sarah, kiranya habis di situ je lah.
Pagi itu aku banyak termenung. Nak tengok TV pun tak ada mood. Tak keruan sementara menunggu sampai pukul 10 pagi. Jam akhirnya menunjukkan pukul 10 pagi dan ibarat mendapat slip keputusan SPM, dengan penuh berdebar aku capai handphone dan periksa skrin.
Takdo apo.
Hmm. Okaylah. Aku mengaku terasa patah hati, kecewa dan sebagainya tapi what else is new? Haha.
Jenguk ke dinding tempat aku sangkut jeans dengan kemeja putih. Takkan nak biarkan je, jadi aku pun buat keputusan untuk dating dengan diri sendiri. Pakai jeans, kemeja, sarung boots dan turun ke bus stop. Tak tahu nak pergi mana, tak kisah lagipun. Asalkan jalan-jalan.
Turun di Chow Kit dan naik monorel, turun kat mana tah dan naik LRT sampai KL Sentral.
Tak tahu nak buat apa aku melepak di foyer dekat dengan escalator turun ke Brickfields tu. Macam orang bodoh je.
Aku keluarkan handphone untuk tengok jam.
Ada mesej dari Sarah.
"Hi En M. Raincheck harini ye. Sarah kena teman mama"
Aku balas "Okay. Np" dan smiley face.
Jam baru pukul 12. Nak ambil anak awal lagi. Lapar. Aku turun escalator menuju ke Little India dan masuk ke mamak. Pesan teh ais dengan mee goreng mamak. Tak habis makan. Bland je rasanya. Aku rancang nak lepak dalam setengah jam layan blues lepas tu pergi ambil anak.
Handphone gering aku menyala, ada ada mesej masuk. Sarah Whatsapp tanya aku tengah buat apa.
Aku bagitau melepak di mamak kat Brickfields sendirian. Sarah balas, pakai baju office lagi ke?.
Aku tersengih. Berbalas mesej hingga setengah jam begitu cepat berlalu.
Separa sedar aku berjalan dari mamak masuk semula ke KL Sentral dan tahu-tahu je dah dalam MRT menuju ke Sungai Buloh. Sampai di stesen Sungai Buloh awal 2 jam dari masa jemput. Tak ada masalah sebab aku leka bermesejan dengan Sarah.
Borak benda-benda bodoh. Lebih kepada cerita dia. Benda-benda kelakar dia dengan kawan dia, macam mana dengan kerja di department baru etc. Aku keep on feeding the conversation sebab baik cerita pasal dia dari cerita pasal aku.
We called it a day bila ex in-law mesej kata dah sampai di stesen MRT. Masa ambil anak, sempat berborak dengan diaorang. Tanya aku sihat ke tak etc. Masa aku masih jadi menantu, parent ex-wife aku ni dah macam orang tua aku sendiri dan diaorang pun layan macam aku ni anak kandung. Tapi apakan daya, jodoh aku dengan anak mereka tak berpanjangan dan aku amat kasihankan ex in-law yang aku tahu masih struggling with depression.
Kali ini aku terima tawaran mereka untuk ambil Grab. Sekurang-kurangnya bukan untuk aku tapi demi keselesaan cucu mereka. Aku dah niat tak nak terima sebarang bentuk duit dari ex in-law tak kira sesak macam mana sekalipun. Kadang-kadang diaorang terpaksa pujuk aku untuk terima demi cucu.
Sampai rumah, aku siapkan anak untuk mandi. Keluarkan baju kotor dari backpack dan ada sampul surat. Aku dah agak apa isinya. Bila buka ada sepuluh helai not 100 ringgit.
Kalau sebelum ni, aku pasti dah tergesa-gesa pergi ke bank untuk bank-in kan semula ke dalam akaun mereka. Kali ni, aku pasrah. Dah bertahun kot, dan aku tau ex in-law memang sayang sangat satu-satunya cucu dia tu.
Aku tengok anak, cancel mandi. Pakaikan baju semula dan aku dukung pergi ke bus stop. Hari itu aku buat small celebration untuk anak, bawa makan ais krim Cold Stone.
Bersyukur aku dengan rezeki hujung minggu ni. Walaupun tak dapat keluar dating dengan Sarah, tapi Allah balas dengan nikmat lain.
Sementara melayan anak aku melahap ais krim, aku baca semula mesej-mesej Sarah. Buat sementara waktu, lupa sebentar semua masalah hidup dan dah lama tak rasa macam certain level of peacefulness.
Okaylah, sampai sini dulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebagai manusia yg sudah lama mendudakan diri...you need new fresh pussy...dgn hanya air burit la awak dpt hidupkan kembali roh cinta yg sudah mati... |
|
|
|
|
|
|
|
Pussy dan kenikmatan lain sepakej dengannya memerlukan kos yang mahal dan aku tak ada luxury untuk berbelanja buat benda-benda tu buat masa ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Seminggu berlalu.
Makanan openhouse pun dah lama jadi taik.
Dari Ahad sampai Selasa masih semangat berWhatsapp pagi petang siang malam. Lepas tu sendu, tanya sepatah, jawab sepatah.
Sepanjang minggu lepas, dia tak sebut pasal date ke, keluar bersama ke, dan aku pun tak bertanya. Kalau tanya nanti macam terhegeh-hegeh pula.
Dan Jumaat lepas, senyap terus. Mesej aku terakhir yang dihantar pada malam Khamis tergantung tidak berbalas.
Malam Jumaat aku anggap kira dah habis lah tu. Apalah aku nak harapkan benda tak realistik. Nak jaga anak pun tunggang langgang ada hati nak bercintan dengan pucuk muda.
Aku simpan jeans dengan boot bundle beli kemarin di bawah almari. Delete mesej dan nombor dari phone.
Life goes on. Ciao. |
|
|
|
|
|
|
|
i think its about time u buck up, its either you continue dwelling or u step up. Life ni ada dua je samaada kita layan je emosi and jadi looser or kitajadi bijak and kita bangkit.
xkan nak biarkan hidup kita low sbb org , paling tak pikir pasal anak u..xkan dia pun u nak biarkan dah besar nnt mcm u. so its up to you. |
|
|
|
|
|
|
|
Sepanjang 4-5 tahun, tak ada istilah loser ke apa ke sebab it's an everyday struggle just to go through the day. Tak ada minggu yang aku tak terfikir pasal mati atau bermimpi punya mesin masa yang aku boleh kembali ke masa silam untuk halang diri dari buat keputusan-keputusan bodoh yang menyusahkan hidup aku sekarang. Mental aku kuat, at least untuk hadap permasalah hidup ni, sebab kalau tak anak aku mati kebuluran. I wish I have a support system, malangnya aku takda. Hanya ex in-law yang masih prihatin tanya khabar walaupun concern mereka lebih kepada cucu. Tapi lebih baik dari tak ada.
Apa yang jadi dalam 2 minggu lepas adalah sikit sebanyak buat aku rasa dihargai walaupun aku tau benda tu tak lama. Takpalah, masa untuk berpijak di bumi nyata.
|
|
|
|
|
|
|
|
dpt rasakan ur live mcm very lonely sgt2..if not try find out the new circle..new kwn2 utk borak2 or change opinion.
i believe dlm hati u mesti nk bangkit dr keadaan mcm nie kan..
|
|
|
|
|
|
|
|
its ok semua org ada masa rasa benda yg sama je, ada je yang lalui benda sama..cuma x diluahkan atau ditulis maybe ramai lagi tak tau kat mana nak luah or nak share or a shoulder to cry on.
Just jangan give up untuk upgrade diri and pendapatan ok. ni semua dugaan...layan je la emosi tu and tulis je disini. Moga Allah akan berikan u kekuatan and keep going ok. Also bertemu teman hidup.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya memang lonely tapi rutin harian pun penat dan tak ada masa nak rasa lonely. Dari isnin - jumaat, bangun pukul 4 pagi, bersiap bagai then kejar first bas pkl 6, hantar pi nursery then pergi office, balek office berkejar ambik anak, then bersesak sampai rumah dekat pkl 8. Settlekan anak, dlm pkl 10 baru dia tido..weekend / public holiday melepak sbb kena tengokkan budak sampai ke malam.
Gap hours dari masa anak terlelap sampai i terlelap tu the only time yang ada untuk diri sendiri.
Pernah joined parent group utk anak2 istimewa, tapi i sorang je jantan, lain semua mak2 org. Dah la mak2, geng T20 pulak tu. Meetup pun kat indoor playground dalam mall yg kena bayar tu. Ikut sekali je, lepas tu takda dah.
Memang teringin nak jumpa org baru, join aktiviti2 ni. Dulu masa bujang, rajen la hiking, camping semua ni tapi skrg dah takda rezeki nak buat semua tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lepas finalized divorce, semangat nak restart life semula despite masalah2 yg akan dtg bergolek lepas tu. Adalah plan nak buat grab time weekend tapi lepas full custody dapat kat aku, kena put on hold dulu. Lepas tu kereta pun kena tarik dan akhirnya macam ni lah.
Aku harapkan semoga ujian yang hadap bertahun-tahun ni akan berakhir tak lama lagi. Tak harapkan hikmah, dapat sedikit ketenangan pun jadilah. Aku sememangnya sentiasa risau dengan tekanan ni buat jatuh sakit. Tak tau siapa nak jaga anak kalau jadi apa2 kat aku.
|
|
|
|
|
|
|
|
1st of all, just follow the flow
layan je Sarah elok2
bg peluang kat diri sndr
kat KL ada beberapa sekolah PPKI
mcm Sekolah Rendah Perempuan Jalan Batu
boleh check out untuk register anak kat situ nnt
takde sapa tau apa akan jadi masa depan
doa serah diri pd Allah byk2
just think that perempuan2 yg tinggal dek suami
anak kdg2 smpai 11 org pun ada
yg OKU pun ada
bygkan struggle diorg
gud luck bro! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nak tanyala pasal ex..dia x jenguk anak? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|