CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4105|Reply: 0

[Selangor] ‘Awak orang Islam kena tahu kerja berkaitan al-Quran’

[Copy link]
Post time 23-4-2024 01:23 PM | Show all posts |Read mode

Muhammad Hatim (kiri) ketika hadir di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

PETALING JAYA – Gara-gara membenarkan sebanyak 3,800 naskhah al-Quran dijilidkan oleh kilang milik orang bukan Islam, seorang pengarah sebuah syarikat percetakan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Farah Azura Mohd. Saad mengenakan hukuman denda itu selepas tertuduh Muhammad Hatim Ab. Wahab, 34, mengaku salah atas pertuduhan yang didakwa ke atasnya.

Sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu, dia boleh dipenjara selama lima bulan dan OKS menbayar denda berkenaan.

Terdahulu sebelum menjatuhkan hukuman Majistret Farah Azura menegur dengan tegas agar Muhammad Hatim lebih peka dengan sensitiviti berhubung percetakan al-Quran.

“Awak orang Islam kena tahu benda ini (cetak al-Quran) senstiviti masyarakat dan sebagainya…awak ada kuasa untuk cetak…jadi awak kena tahu siapa yang boleh buat kerja berkaitan dengan al-Quran,” kata Majistret itu.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Hatim didapati tidak mematuhi syarat lesen yang dikeluarkan oleh Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan al-Quran (LPPPQ) Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu dengan membenarkan naskah kitab suci itu dijilidkan oleh sebuah kilang milik bukan Islam.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kilang di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan di sini pukul 3.05 petang pada 7 Mac lalu.

Justeru pertuduhan terhadap Muhamad Hatim dikemukakan mengikut 5(7) Akta Pencetakan Teks al-Quran 1986 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun jika sabit kesalahan.

Pada prosiding sama, seorang lagi individu yang juga pengarah sebuah syarikat penjilidan turut didenda RM8,000 selepas mengaku bersalah membantu pencetakan teks al-Quran dengan cara menjilid 3,800 naskah kitab itu tanpa lesen yang dikeluarkan oleh LPPPQ.

Pengarah syarikat itu, Sum Yew Hom, 41, didakwa melakukan kesalahan tersebut pada tempat, waktu dan tarikh sama. Justeru Yew Hom didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Percetakan al-Quran 1986 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(6) yang memperuntukkan hukuman sama.

Terdahulu Pegawai Pendakwa Surieyani A.Razak dari KDN Selangor memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap kedua-dua tertuduh.

“Hukuman setimpal itu supaya industri bidang pencetakan lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan dan pengendalian al-Quran,” kata Surieyani turut dibantu Pegawai Pendakwa Mohd. Jamil Fahmi Zulkornain

Bagaimanapun kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan.

Bagi tertuduh Muhammad Hatim, dia mengaku terlepas pandang selain turut memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Sementara, Yew Hom pula merayu hukuman denda minumum atas alasan tidak tahu menjlid al-Quran yang dilakukan oleh syarikatnya adalah satu kesalahan.

“Saya diupah untuk menjlid al-Quran saja, saya tidak tahu itu kesalahan. Ini adalah kesalahan pertama dihadapi saya dan mohon hukuman dikurangkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... berkaitan-al-quran/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.054230 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list