CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11194|Reply: 1

Warga emas dijangkiti Covid-19 selama 613 hari

[Copy link]
Post time 23-4-2024 11:12 PM | Show all posts |Read mode




AMSTERDAM – Sekumpulan penyelidik dari Belanda melaporkan kes jangkitan Covid-19 yang paling lama iaitu 613 hari, melibatkan seorang pesakit lelaki, lapor laman berita Oddity Central semalam.


Lelaki berusia 72 tahun yang tidak dinamakan itu mengalami kekurangan imuniti yang teruk apabila dia dijangkiti varian Omicron bagi virus korona pada 2022 meskipun menerima suntikan.


Sejak itu, dia secara berterusan disahkan positif Covid-19 selama 613 hari sehingga meninggal dunia pada Oktober tahun lalu.


Sepanjang tempoh 20 bulan jangkitan, doktor mencuba segala-galanya untuk membantu pesakit warga emas itu tetapi tiada yang berhasil.


Tubuhnya tidak dapat melakukan tindak balas imun yang cukup kuat untuk melawan virus itu walaupun dengan bantuan ubat antibodi.


Walaupun kes jangkitan Covid-19 yang sangat lama pernah dilaporkan sebelum ini, lelaki berkenaan mencatat rekod sebagi pesakit menghidap SARS-CoV-2 terpanjang yang pernah diketahui. – AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2024 11:50 AM | Show all posts
Race against friends or players worldwide in Pixel Speedrun, a retro-styled online game with endless challenges.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.062130 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list