CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5399|Reply: 0

[Kedah] Warga asing beli lesen memandu di laman sosial

[Copy link]
Post time 24-4-2024 11:41 AM | Show all posts |Read mode

Shahrul Azhar menunjukkan lesen memandu palsu selepas menahan lelaki warga Vietnam di Bukit Kayu Hitam. - Foto BH/ZULIATY ZULKIFFLI

ALOR SETAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan lesen memandu palsu selepas menahan seorang lelaki warga Vietnam pada 9 April lalu.

Timbalan Pengarah JPJ Kedah, Shahrul Azhar Mat Dali, berkata lelaki berusia 24 tahun itu dipercayai membeli lesen terbabit di laman sosial dengan harga RM2,000.

Beliau berkata, dia ditahan pada jam 7.57 pagi ketika memasuki negara ini dengan memandu kereta di Bukit Kayu Hitam.

"Ketika pemeriksaan dilakukan, kita mengesyaki lesen itu mencurigakan dan menahan lelaki Vietnam itu untuk membantu siasatan.


"Lesen memandu itu kemudian dihantar ke Jabatan Kimia dan didapati palsu," katanya di sini hari ini.

Shahrul Azhar berkata, itu kes pertama dan JPJ masih menyiasat kerana laman sosial terbabit menawarkan lesen memandu kepada orang ramai dan bukannya hanya untuk warga asing.

"Ini memberi peluang kepada warga asing mendapatkan lesen dengan mudah tanpa melalui ujian dan latihan memandu," katanya.

Shahrul Azhar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 108 (3)(e) Pemalsuan Dokumen Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, seksyen ini memperuntuk denda antara RM5,000 dan RM20,000, atau penjara antara setahun dan lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
https://www.bharian.com.my/berit ... andu-di-laman-sosia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.063640 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list