CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: honam

[Tempatan] Kurang minat STEM, universiti mungkin alami kekurangan pelajar aliran sains selepas ini

[Copy link]
Post time 24-4-2024 02:26 PM | Show all posts
Thunderclouds replied at 24-4-2024 01:29 PM
Sektor stem sendu kt mesia ni.
We dont truly know nk direct ke mana skill ngn knowledge budak² grad ...

xyah anak2 kita. kita pn tgh suffer.
aku grad 2011.
gaji freshie skrang sama ja cm dulu.
yg untung workers yg keja zmn 90-an.
zmn madey mendunia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2024 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi kilang boss dulu kerja management pun engineer buat . Tapaw semua multitasking.. gaji ciput.. kpi kelaut.. bonus semput
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 02:42 PM | Show all posts
Aku yg dalam industri pendidikan ni, memang betul dah kalau ada 500 tempat kosong..yg dtg adalah dalam 200-250 org student STEM nk masuk IPT.
Kadang tu parent yg jadi Jurutera pun tak nak anak dia masuk progam kejuruteraan...dia dah rasa perit. Dia lebih anak masuk akaun, investment, IT. Tu pun antara faktor menyumbang kadar kemasukan program STEM menurun.
Realiti program Akaun, Ivestment tak payah promosi...permintaan sentiasa tinggi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2024 02:44 PM | Show all posts
dah la yg mana keluar nak jadi dr kerajaan akan dikontrak kan
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 03:11 PM | Show all posts
Edited by Nfir at 24-4-2024 03:15 PM
airfilterkotor replied at 24-4-2024 12:14 PM
Adakah salah satu puncanya, pengaruh influenza yg bodo kat luar sana..?

Apa yang masuk dalam otak akan membentuk otak.

Bayangkan apa yang masuk dalam otak adalah benda bodoh. Seterusnya, otak menyimpan benda-benda bodoh. Bila otak perlu buat keputusan, kesannya, keputusan itu dibuat berdasarkan input-input bodoh.

Apabila keputusan dibuat berdasarkan input-input bodoh, apa bentuk keputusan yang terhasil? Adakah input bodoh menghasilkan keputusan bijak? Atau, adakah input bodoh menghasilkan keputusan bodoh?

Ini adalah case study tentang Saidina Umar.

Sebelum masuk Islam, Saidina Umar pernah membunuh anak perempuannya sendiri. Ini adalah pemahaman masyarakat Jahiliyah pada waktu itu: Anak perempuan memalukan keluarga.

Sekarang, kita tengok keadaan kehidupan pada hari ini. Adakah kita berasa malu kalau anak kita adalah Hillary Clinton atau Kamala Harris? Adakah kita malu kalau anak perempuan kita jadi COO di Facebook seperti Sheryl Sandberg? Adakah kita malu kalau anak perempuan kita macam Tan Sri Rafidah Aziz, atau Tan Sri Zeti Akhtar, atau Aireen Omar (salah seorang top management Air Asia)?

Ramai perempuan pada hari ini jadi doctor, businesswoman, boss dekat syarikat korporat, professor, etc. Sesetengah perempuan jadi boss kepada pekerja lelaki. Adakah kita malu ada anak seperti ini?

Tentulah Saidina Umar mempunyai otak yang lebih bijak daripada kita pada hari ini. Saidina Umar adalah successful businessman yang menjadi pemimpin negara. Imagine tokoh seperti Tan Sri Syed Mokhtar dan kemudian, beliau menjadi Perdana Menteri.

Tapi kenapa seseorang yang mempunyai otak bijak seperti Saidina Umar boleh membina perspektif yang sangat salah dan pelik? Nampak macam tak masuk akal, tetapi realitinya, itulah yang berlaku. What is the most logical explanation for this scenario?

Pengaruh masyarakat pada waktu itu. Apabila ramai orang percaya, bercakap, bertindak dan melihat bahawa anak perempuan adalah sesuatu yang memalukan, maka majoriti ahli masyarakat turut terpengaruh dengan kepercayaan tersebut. Walaupun kepercayaan dan kebiasaan itu tidak betul.

Jadi bagaimana Islam memperbetulkan situasi ini? Apabila otak manusia berfikir dengan salah kerana pengaruh persekitaran.

Islam datang dengan suruhan pertama. Apa suruhan pertama tersebut? MEMBACA.

Membaca adalah proses memasukkan input ke dalam otak. Input yang masuk itu membina otak kita. Membaca mengelakkan kita percaya perkara yang salah walau perkara yang salah itu adalah kebiasaan. Membaca membantu kita melihat kebenaran walau kebenaran itu bukan kebiasaan.

Dalam zaman digital, apa yang kita baca? Post dekat social media. Caption dekat social media. Komen dekat social media. Copywriting dalam video di social media. Forwarded Message yang disebarkan di WhatsApp. Mesej dalam WhatsApp group.

Kalau bijak perkara yang kita baca, maka bijaklah otak kita dan bijaklah keputusan kita. Kalau bodoh perkara yang kita baca, maka bodohlah otak kita dan bodohlah keputusan kita.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 03:19 PM | Show all posts
Thunderclouds replied at 24-4-2024 02:00 PM
Pak dia amek engine pn x encourage ank² amik engine.
Hujung² kirija kilang jua bak abgla & xkaya ...

tu kata jgn kerja jaga bangla , sakit pala, gaji ciputs

jadi tokeh kilang haaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2024 03:21 PM | Show all posts
VespaSilbe replied at 24-4-2024 02:31 PM
Tapi kilang boss dulu kerja management pun engineer buat . Tapaw semua multitasking.. gaji ciput.. k ...

samat hari raya sis


Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 03:33 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 24-4-2024 02:05 PM
Kilang mmg lagi la management nk reduce cost
Be it in local ke obersi ke, sume nk minimize cost n  ...

yaa itu  la definition kilang.. pak2 muntrik kut nak high income nation bukan tarik fdi bukak kilang2 ni ha

nak high income, jadi la cam singapurok saner, jadi lubuk banking finance, international trade ka apa ka

amek engine, then masuk line jadi konsetan... gaji canak2 la, kut kat obeseas deme mmg suka budak2 engine ke maths major ni masuk banking sector jadi konsetan esp uk sana

kut mintak kilang mmg tak kaya la sampai ujung nyawa.. mmg kena lenjan la kaw2 ngan mgmt tu ha..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2024 03:35 PM | Show all posts
Edited by Nfir at 24-4-2024 03:36 PM
sranua replied at 24-4-2024 02:42 PM
Aku yg dalam industri pendidikan ni, memang betul dah kalau ada 500 tempat kosong..yg dtg adalah dal ...

Kalau betul bidang kejuruteraan semakin menurun, bidang teknologi semakin meningkat. Teknologi bukan lagi sekadar industri. Tetapi, teknologi adalah ekonomi. Maksudnya, ekonomi sekarang dibina berasaskan teknologi.

Teknologi bukan sekadar relevan untuk syarikat teknologi. Teknologi bukan sekadar relevan untuk IT Department bagi non-tech companies.

Sekarang, teknologi sedang mengubah non-tech companies menjadi syarikat teknologi. Specifically, teknologi diaplikasikan dalam non-tech industries.

Contoh terbaru, Schlumberger asalnya adalah syarikat oil and gas. Baru-baru ini Schlumberger melakukan rebranding kepada SLB.

Tapi Schlumberger bukan sekadar tukar nama. Most importantly, Schlumberger tukar fokus. Apa fokus SLB sekarang? Menjadi syarikat teknologi. Specifically, syarikat teknologi untuk oil and gas industry.

Kenapa peningkatan peluang dalam teknologi, tidak reflect obsession pelajar untuk belajar teknologi? Kalau tak nak belajar engineering sekali pun, kenapa tak nak belajar teknologi?

From my perspective, salah-satu faktor adalah kualiti otak pelajar kita. Dari sekolah menengah, pelajar Melayu dah tak boleh bawa Add Maths dan Physics. Kalau Add Maths dan Physics untuk level Form 4 dan Form 5 pun tak boleh bawa, apa logiknya nak belajar benda yang lebih susah macam teknologi?



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 03:43 PM | Show all posts
Edited by airfilterkotor at 24-4-2024 03:44 PM
Nfir replied at 24-4-2024 03:11 PM
Apa yang masuk dalam otak akan membentuk otak.

Bayangkan apa yang masuk dalam otak adalah benda bo ...

Bagus penulisan kau ni. Banyak perenggan, memudahkan pembacaan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 24-4-2024 03:21 PM
samat hari raya sis

Matraiya..  maaf zahir batin.. meols kat spital.. ceydeh
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 03:49 PM | Show all posts
kalau masuk KV, senang gak nk masuk TVET?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 03:56 PM | Show all posts
plywood replied at 24-4-2024 02:15 PM
Alimudin ni bodoh kah apa...

kau nak tipu pelajar dengan pupuk minat tetapi keluar u nanti kerja st ...

spot on ma brader...my nipples have never been hardened by this true statement
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 04:09 PM | Show all posts
Nfir replied at 24-4-2024 03:35 PM
Kalau betul bidang kejuruteraan semakin menurun, bidang teknologi semakin meningkat. Teknologi buka ...

Hujah yg menarik.
Dulu harapkan pelajar sekolah asrama penuh, MRSM yg pure science masuk Engine....sekarang tak lagi. Fenomena satu negara kekurangan pelajar Engine. Masalah juga pada pensyarah yg mengajar..underload. Gaji besar tpi pelajar kurang. Berbanding sains sosial yg masih tinggi kemasukan pelajar. Takde program Bisnes ke Akaun, IT..memang kering la IPT student kurang.


Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
aryyan replied at 24-4-2024 02:26 PM
xyah anak2 kita. kita pn tgh suffer.
aku grad 2011.
gaji freshie skrang sama ja cm dulu.

Yer...dulu2 i start gaji dgn Rm2700, i dengar skrg starting gaji Rm2250. Teruk betul dgn cost of living mcm skrg ni. Dulu i graduate punya mewah...skrg yg graduate pinjam duit parents lagi. Kesian bdk skrg
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 24-4-2024 03:43 PM
Bagus penulisan kau ni. Banyak perenggan, memudahkan pembacaan.

Penulisan dia banyak yg berkualiti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2024 04:12 PM | Show all posts
Edited by Nfir at 24-4-2024 04:20 PM
aryyan replied at 24-4-2024 02:26 PM
xyah anak2 kita. kita pn tgh suffer.
aku grad 2011.
gaji freshie skrang sama ja cm dulu.

Waktu Mahathir masih kuat, ramai orang benci Mahathir. Letak macam-macam gelaran dekat Mahathir: Mahadeath, Mahafiraun, etc. Ironically, Mahathir ada buat benda-benda yang betul dalam aspek ekonomi.

1) GDP Malaysia berkembang lebih daripada 5% pada zaman Mahathir. Selepas Mahathir turun, GDP kita sukar untuk mencapai tahap pertumbuhan yang tinggi, i.e. GDP growth sukar untuk exceed 5%. Boleh refer gambarajah pertama. Tengok GDP Malaysia pada tahun 1990an.

Apabila GDP Malaysia tidak mencapai pertumbuhan yang tinggi, what does that mean? Adakah pertumbuhan Malaysia sudah mencapai tahap tepu? Lalu, sudah tidak ada ruang untuk ekonomi semakin berkembang.

2) Jika ini adalah reasoning yang kita guna, kenapa Singapore masih boleh mencapai GDP lebih daripada 5%? Maksudnya, kalau kita kata ekonomi Malaysia sudah tidak mempunyai ruang untuk berkembang, kenapa ekonomi Singapore masih mempunyai ruang untuk berkembang?

Boleh rujuk gambarajah kedua. Tengok pattern GDP Singapore untuk 20 tahun kebelakangan ini. Kedua-dua gambarajah ini menggunakan data daripada The World Bank.

3) Pada tahun 1980an dan 1990an, Mahathir memberi fokus kepada manufacturing sector. Contohnya, SONY di Selangor dan INTEL di Penang.

Bermula pada akhir 1990an, Mahathir mahu membina teras ekonomi yang baru iaitu teknologi. Mahathir buat Cyberjaya, MMU, Malaysia Super Coridor (MSC), SmartSchool – sekolah berasaskan teknologi. Even Bill Gates datang ke Malaysia pada akhir 1990an.

Pada 1990an, IT adalah satu perkataan yang cukup gah. Sewaktu akhir 1990an, Mahathir banyak sponsor pelajar Melayu untuk belajar IT dan Computer Engineering di US.

Ada antara government sponsor ini yang bekerja dalam bidang IT di syarikat korporat. Ada yang membuka syarikat teknologi dan memberi IT services kepada government. Ada yang membuka tech start up companies.

Kemudian, Mahathir letak jawatan. Pak Lah dan Najib ambil alih. Apa yang berlaku selepas itu? Tanya KJ dan Kak Mah.

4) Singapore bermula dengan trading dan services. Contoh trading: Singapore import produk pertanian daripada Malaysia. Kemudian, Singapore export produk tersebut kepada negara lain. Contoh services: Industri perbankan.

Walaupun Singapore mencatatkan GDP per capita yang tinggi, Singapore tidak berasa selesa dengan kekuatan ekonomi mereka. Sebaliknya, Singapore dengan agresif explore sektor ekonomi baru yang lebih relevan untuk masa hadapan. Contohnya, teknologi – sesuatu yang sama Mahathir nak buat untuk Malaysia pada akhir 1990an. Dan sekarang, Singapore menjadi hub untuk sektor teknologi di rantau Asia Tenggara.

What if kalau Malaysia tak boleh menghasilkan Mahathir kedua? Bagaimana dengan generasi masa hadapan?

Ini adalah option yang realistic:

1) Kalau kita mahu bekerja di Malaysia, cuba upgrade diri supaya kita dapat high-income employment. High-income employment masih ada tetapi jumlahnya sedikit.

2) Kalau kita tidak dapat high-income employment, focus kepada entrepreneurship. Cipta high-income employment untuk diri kita sendiri. As long as kita tak buat produk bodoh atau content bodoh.

3) Kalau kita masih nak makan gaji, kita boleh consider untuk migrate. Pergi kerja di negara lain yang menawarkan high-income employment. Paling koman pun ... pergi kerja di Singapore.

Macam mana pula dengan brain drain? Tak payah fikir tentang brain drain. Kita fikir tentang diri kita dulu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 04:12 PM | Show all posts
scorpionkiki replied at 24-4-2024 04:09 PM
Yer...dulu2 i start gaji dgn Rm2700, i dengar skrg starting gaji Rm2250. Teruk betul dgn cost of l ...

Tahun berapa tu. Start kerja tahun 2000 dengan gaji mula RM1561.00. Itupun management naikkan RM11 dari RM1500 asalnya supaya kitorang tak layak claim OT. Zaman Pak Lah baru merasa kenaikan gaji yang lebih baik.

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 04:17 PM | Show all posts
VespaSilbe replied at 24-4-2024 03:44 PM
Matraiya..  maaf zahir batin.. meols kat spital.. ceydeh

laaa hawat... operate kaki ka lagi?

semoga dipermudahkan sis
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
sranua replied at 24-4-2024 04:12 PM
Tahun berapa tu. Start kerja tahun 2000 dengan gaji mula RM1561.00. Itupun management naikkan RM11 ...

Lagi awal dari 2000 tp bukan govt sectot. Scale gaji yg you bagi ni govt ka private?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.066645 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list