CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: honam

[Tempatan] Kurang minat STEM, universiti mungkin alami kekurangan pelajar aliran sains selepas ini

[Copy link]
Post time 26-4-2024 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by asmurai at 26-4-2024 08:14 AM
ninja9 replied at 26-4-2024 05:46 AM
bila bilangan pelajar bertambah dia akan tambah guru. tu yang selalu dibuat, rasanya ada guideline ...


Abis tu bila bertambah pesakit tak payah tambah doktor? suruh pesakit tunggu nak jumpa doktor berbulan bulan? Atau pun paksa jugak doktor nurse kerja 24 jam sebab nak push juga suh rawat pesakit?

Yang buat dasar yang buat perubahan dasar tu bukan individu jugak ke? Robot? Yang buat dasar ni pun kadang kadang sebab nak populariti bukan sebab realiti.

So kalau realiti kerjaya STEM ni semua susah, workload tinggi dan gaji rendah tak setimpal dengan belajar susah, usaha banyak maka kita biar tutuplah MRSM, sekolah sains, fakulti STEM semua ni dan kerjaya STEM kat Malaysia ni kita outsource sahaja kepada warga asing. Boleh jimat banyak duit kerajaan ni kekeke daripada buang duit banyak buat dan maintain MRSM, sekolah sains dan fakulti STEM yang banyak banyak ni.

Takpun kita tukor je lah nama MRSM jadi Maktab Rendah Perakaunan MARA, Maktab Rendah Perguruan MARA dan Maktab Rendah Perdagangan MARA.

Bebudak sekolah semua kita galakkan jadi cikgu sebab peluang kerjaya banyak disediakan oleh kerajaan dan gaji yang bagus serta kehidupan lebih terjamin dan kebajikan dijaga oleh kerajaan berbanding kerjaya lain. Makanya subjek subjek STEM seperti add maths fizik dll tu jugak boleh dihapuskan lah dan tak perlu dah diajar sebab realiti kerjaya STEM tak ramai minat? So realitinya kita dah tak pelukan jugak lah ramai ramai cikgu subjek STEM ni? Sebab lepas habis sekolah orang tak minat nak sambung belajar STEM kat universiti?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2024 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
asmurai replied at 26-4-2024 07:01 AM
Abis tu bila bertambah pesakit tak payah tambah doktor? suruh pesakit tunggu nak jumpa doktor berb ...

Bumi ini rata dan sebenarnya tak berputar pun masih ada yang percaya, dalam Mesia ni.

Kalau dihapuskan STEM, taktau la jadi apa.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 09:48 AM | Show all posts
honam replied at 24-4-2024 12:19 PM
tak payah tunjuk influenza yg gah gah la, yg jual live produk dekat tiktok pun boleh dapat income  ...

sebab tu bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Logik mudah.. belajar susah, gaji sikit bangla n indon lagi tinggi gaji sbb x bayar cukai, pastu keje kena multi task byk keje management je bukan engineering pun, dh le kena keje 6 ari seminggu
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 10:16 AM | Show all posts
kot dulu yg masuk aliran sains ni mmg  bijak ler jugek
tp laa ni sbb nak penuhi kuota stem, masukkn jugek budak.
tp add maths yg markah lulus SPM 20/100 pun tak capai..
apa kejadahnya??
kot anak korang ler cam gini, korang nak paksa jugek ke dia masuk klas sains?

biasa je bila menanda kertas add maths, markah 0/100..
rasa nak suruh drop je subjek tu

bayangkan dgn markah spm 2/100 tu nak masuk U.. mati laa lecturer nak ajar mcm cikgu kat dlm kelas
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja9 replied at 25-4-2024 06:14 AM
Apa kena mengena jawatan guru dengan bilangan pelajar stem yang berkurangan?
Bitter.. ?


"Masa badawi dia tumpukan kpd pertanian"

"masa najib, pentingkan bisnes maka banyak peluang pekerjaan berkaitan bisnes wujud"

Ini yang bodoh dengan pemimpin di Malaysia. Pemimpin di negara yang maju dan kaya tidak ubah dasar mereka sesuka hati.

Ini contoh negara yang sudah maju: US, Germany, South Korea, Japan, Singapore. Ini contoh negara yang sedang membangun dengan pesat: China, Vietnam, India.

Apa persamaan kesemua negara di atas? Mereka adalah powerhouse dalam teknologi dan kejuruteraan.

Bila nak jadi powerhouse dalam teknologi dan kejuruteraan, pre-requisite utama adalah cemerlang dalam sains dan matematik.

US dan Australia buat pertanian juga. Tapi pertanian berasaskan teknologi dan kejuruteraan. Ironically, dekat Malaysia ni ... beras pun tak cukup!

Semua negara di atas mempunyai entrepreneurship juga. Tapi entrepreneurship berasaskan teknologi dan kejuruteraan. Bukan sekadar jual goreng pisang tepi jalan.

Bila dasar Malaysia tidak sama macam dasar negara kaya yang lain, macam mana ekonomi Malaysia nak sama macam ekonomi negara kaya yang lain?

Bila ekonomi Malaysia tak sama macam ekonomi negara kaya yang lain, macam mana rakyat Malaysia nak kaya macam rakyat di negara lain?

Tapi dasar saja tidak cukup untuk sesebuah negara jadi negara kaya. Kerajaan sekadar arkitek yang merangka dasar. Tetapi dasar itu perlu dibangunkan oleh jutaan kuli iaitu rakyat-jelata.

Semua negara di atas boleh membina ekonomi berasaskan teknologi dan kejuruteraan sebab mereka ada ramai rakyat yang pandai dalam STEM. Even rakyat Vietnam lebih pandai dari rakyat Malaysia dalam STEM.

Jadi, bila rakyat Malaysia ada gaji yang rendah, ini bukan suatu perkara pelik. Malaysia adalah negara yang corot dalam pencapaian pendidikan STEM. Malaysia juga negara yang corot dalam kemahiran berfikir. Data ini jelas melalui ujian antarabangsa PISA dan TIMMS.

Kalau kita tidak percaya dengan kredibiliti data antarabangsa, tanya diri kita. Adakah aku ambil Add Maths dan Fizik waktu sekolah menengah dulu? Jika ya, berapa result aku waktu ambil Add Maths dan Fizik dulu?

Jika seseorang itu lemah STEM dan kemudian dapat gaji rendah, ini bukan suatu perkara pelik. Yang pelik adalah ... individu itu cemerlang dalam subjek STEM, tapi dia masih mendapat gaji rendah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2024 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 26-4-2024 10:16 AM
kot dulu yg masuk aliran sains ni mmg  bijak ler jugek
tp laa ni sbb nak penuhi kuota stem, masukkn  ...

"kot dulu yg masuk aliran sains ni mmg  bijak ler jugek"

Memang berbeza ke tahap otak pelajar dulu berbanding pelajar sekarang? Dulu merujuk kepada pelajar tahun 1990an.

According to maklumat dari guru sebuah sekolah SBP, pencapaian pelajar tidak ada perubahan. Maksudnya, pencapaian pelajar tahun 1990an dan sekarang, sama saja.

Ini bukan bermaksud pencapaian pelajar di SBP itu cemerlang pada tahun 1990an.

Di SBP, ada segelintir kecil saja pelajar pandai STEM. Result subjek STEM above 70% consistently sejak Form Four.

Kelompok pelajar pandai STEM ini mungkin sekitar 20 - 30%. Maksudnya, kalau ada 100 pelajar dalam satu batch, sekitar 20 - 30 pelajar saja yang pandai STEM.

Selebihnya adalah pelajar sederhana. Markah sekitar 40 - 60%. Dan bakinya pula adalah pelajar lemah. Markah bawah 40%.

Jadi, masalah pelajar Melayu yang lemah STEM bukan masalah baru. Bukan sebab tukar dasar pendidikan.

Ia adalah masalah yang sudah wujud berpuluh tahun. Ketika kita guna dasar lama iaitu KBSM, majoriti pelajar Melayu sudah tidak menguasai STEM.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Nurul8001 at 26-4-2024 05:23 PM
cm_vungtau replied at 24-4-2024 11:31 PM
Cikgu pun ko ambik yang melingkup subjek sains. Ko raser cemana dia nak pupuk minat ke arah STEM tu? ...


Saya tak pastilah kalau sekolah menengah.
Kawan saya masuk jadi cikgu melalui KPLI.
Bila masuk sekolah, ajar sekolah rendah, tiba2 kena tukar option,ngajar subjek English.
Padahal, masa uni, present kat kelas, gagap.
Saya pun gagap jugak, tapi saya bukan cikgu, Apatah lagi cikgu English
Dia pun ngaku, susah dia nak ajar English sbb dia pun tak master.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2024 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Nurul8001 replied at 26-4-2024 05:21 PM
Saya tak pastilah kalau sekolah menengah.
Kawan saya masuk jadi cikgu melalui KPLI.
Bila masuk sek ...

Pernah dulu satu asrama dengan student tesl kelantanese, masa tu iols tengah belek2 buku animal farm. Masa tengah bercakap dengan sheols ada perkataan2 simple yg sheols tak faham. Iols pelik gak macamana leh amik course tesl ni. Iols fikir positif je lah, masa tu dia 1st semester, ada lagi empat tahun. Lama2 boleh catch up lah tu.

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
asmurai replied at 25-4-2024 05:38 AM
Kalau suruh cikgu kerja 6 hari seminggu xde limit masa xde OT mesti dorang mengamuk kekeke.

Cikgu kerjay terpaling susah
Kena pjj pon salah gomen
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
asmurai replied at 25-4-2024 07:12 AM
Iskk ada la kena mengenanya. Ni mesti cikgu cikgu bitter kalau cadangan suruh kurangkan bilangan su ...

Pastu ckgu2 selalu perli2 staff kesihatan. Phuih
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
asmurai replied at 25-4-2024 07:47 AM
Tapi gaji cikgu gomen ni banyak juga tau.. beza berapa ratus je daripada engineer. Sebab tu semua b ...

Nk amek ijazah pendidikan muet band 2 pon dah lepas. So utk amek ijazah pendidikan skrg kalau x lpas ipg atau result spm hauk dorang catch up dkt stpm pastu pilihan semua ijzah pendidikan.

Pastu lmbt posting salah kan gomen. Dah posting meroyan pula kerja jauh kena pjj byk beban kerja
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Perlu pelajar masuk bidang sains. Kalo tak, negara jadi makin mundur. Tak boleh nk develop teknologi sendiri. Dunia skrg penuh dgn inovasi teknologi. Pertanian.. penternakan pun perlu sains utk catch up dgn mcm2 penyakit yg wujud zaman skrg. Kaedah2 yg baru yg berkaitan. Semua tu sains.

Kalau tak, kita jadi je la bangsa yg bergantung dgn negara luar. Kena terapkan kefahaman bidang sains daripada awal. Students tak minat sbb tk faham.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 27-4-2024 08:39 AM
Perlu pelajar masuk bidang sains. Kalo tak, negara jadi makin mundur. Tak boleh nk develop teknologi ...

Cer minta cikgu2 yg ngajar sains tu tukar bidang, dari pendidikan, masuk industri, ntah2 tak berani. Sembang lebat dgn students, bolehla
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Nurul8001 replied at 27-4-2024 10:20 AM
Cer minta cikgu2 yg ngajar sains tu tukar bidang, dari pendidikan, masuk industri, ntah2 tak beran ...

Tp ckgu mmg kerek. Paling tk makan saman. Org ckp jgn buat konten tt lg dibuatnya. Pastu dgn dok up pay slip dlm tt. Kang bila ckp lebih2 mesti ckp jeles la tu xdpt jd ckgu.

Cikgu la beban kerajaan tertggi thx to najib. Tgok bajet kpm setiap tahun dah cukup
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 27-4-2024 10:24 AM
Tp ckgu mmg kerek. Paling tk makan saman. Org ckp jgn buat konten tt lg dibuatnya. Pastu dgn dok u ...

Alamakkk,alamakkk,alamakkk........ sambil goyang atas bawah. Ntah berapa lama berlatih. Bilanya nak pupuk minat students pada pelajaran? Student tengok cikgu bergoyang, demer apatah lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2024 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
asmurai replied at 24-4-2024 09:38 PM
Kih kih .. .. tutup je lah fakulti engine dan fakulti medic ni. Tambahkan fakulti edu ni banyak bany ...

Ko ingat senang ke ajar pj? Memandai2 je jari tu taip suruh cikgu ajar multi subjek. Kecuali tu minor opsyen cikgu tersebut takpelah juga. Walopun guru adalah penjawat awam paling ramai, masih tak cukup ya. Tak cukup cikgu yg mengajar anak2 korang, kalau apa2 nanti anak korang jugak yg merana
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Nurul8001 replied at 26-4-2024 05:21 PM
Saya tak pastilah kalau sekolah menengah.
Kawan saya masuk jadi cikgu melalui KPLI.
Bila masuk sek ...

Ajar english skrg mudah sbb cefr, dia fokus kpd communication. Tak mcm zmn kbsm dulu, belajar pun susah. Lebih2 lg kwn cuols ajar skolah rendah lgilah basic, budak2 kecik lg mudah nak serap banding yg skolah menengah, bila ajar dr tahap skolah rendah tu mudah lglah sbb sambil ngajar sambil belajar, level pun tak perlu tinggi sangat
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 27-4-2024 01:15 AM
Pastu ckgu2 selalu perli2 staff kesihatan. Phuih

Yg jenis bodoh keji terkutuk level MA memang layak dikutuk, yg level pakar pun ko hina. Aku nak sangatlah tahu ko ni keje mana n keje apa sbenarnya. Bebal tak habis tak pandang kiri kanan
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni betul, kawan2 anak saya semuanya takmo buat stem walaupun belajar kelas stem di upper form. Tapi bagus juga kurang persaingan anak2 saya yg semuabya buat stem
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.103325 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list