CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3271|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Polis cari lelaki tular maki, ugut jurutol

[Copy link]
Post time 24-4-2024 05:30 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video tular seorang lelaki warga emas memaki hamun jurutol dalam kejadian di Plaza Tol Segambut, Lebuh Raya Duta–Ulu Klang (Duke), Kuala Lumpur, Ahad lalu.

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan lelaki warga emas yang bertindak memaki hamun dan mengugut jurutol dalam kejadian di Plaza Tol Segambut, Lebuh Raya Duta–Ulu Klang (Duke), di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya menerima aduan daripada mangsa berusia 20 tahun berhubung kejadian pukul 11.15 malam itu.

“Kejadian berlaku apabila suspek yang menaiki kereta jenis Honda Civic tidak dapat melepasi palang tol memandangkan baki Touch ‘n Go (TnG) tidak mencukupi.

“Lelaki itu marah kemudian diberitahu mangsa untuk buat bayar ikut secara debit, kemudian berlaku seperti diviralkan,” katanya selepas sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, pihaknya mengenal pasti lelaki warga tempatan berusia 60 tahun yang mana pemilik kenderaaan Honda Civic tersebut.

“Pemeriksaan terhadap pemilik kenderaan didapati sama dengan identiti suspek yang dikenal pasti.

“Kita akan tangkap dan kesan suspek menggunakan pasukan operasi,” katanya.

Jelas beliau, kes disiasat dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Terdahulu, tular di media sosial seorang lelaki bertindak memaki-hamun jurutol gara-gara tersekat kerana kekurangan baki dalam kad tambah nilai TnG.

Menerusi video berkenaan, pemandu tersebut memberikan wang tunai sebelum ditolak kerana pembayaran hanya diterima melalui kad debit atau TnG sahaja.

Akibat terlalu lama pemandu berhenti di lorong plaza tol, jurutol tersebut kemudian menerima wang tunai sebelum dimarahi lelaki tersebut.-KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... -maki-ugut-jurutol/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.061785 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list