CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 962|Reply: 0

[Sabah] Peruntukan dari Persekutuan, Sabah perhalusi kelemahan pengurusan

[Copy link]
Post time 24-4-2024 06:58 PM | Show all posts |Read mode


SIDANG DUN: Hajiji (kanan) bersalam dengan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam (kiri) sambil disaksikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Shahelmey Yahya (tengah).

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan memperhalusi keperluan supaya peruntukan projek pembangunan dari Persekutuan di setiap daerah dimaklumkan kepada semua wakil rakyat termasuk pihak pembangkang.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, pihaknya akan meminta Pejabat Pembangunan Negeri Sabah supaya melaporkan dan memaklumkan setiap wakil rakyat berhubung peruntukan dari kerajaan Persekutuan.

"WARISAN dalam Kerajaan Perpaduan, kami (GRS) pun dalam Kerajaan Perpaduan, tapi ada sesetengah kawasan termasuk kawasan saya sendiri tidak dimaklumkan.

"Saya ingat ini kelemahan dari pengurusan Pejabat Pembangunan Negeri dan mungkin Pejabat Daerah. Justeru, kita ambil perkara ini sebagai satu teguran yang perlu diperkemaskan," katanya semasa sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal (WARISAN-Senallang) mengenai langkah untuk melancarkan pelaksanaan projek pembangunan berikutan tidak ada makluman peruntukan dari kerajaan Persekutuan yang dibuat oleh pihak berwajib.

Hajiji turut meminta Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) untuk memaklumkan kepada semua Pegawai Daerah supaya setiap peruntukan yang disalurkan sama ada dari Persekutuan atau negeri mesti dimaklumkan kepada semua wakil rakyat pembangkang atau kerajaan.

"Sebenarnya kerajaan tidak meminggirkan kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang diwakili pembangkang. Kita beri peruntukan untuk kepentingan rakyat dan terus disalurkan kepada Pejabat Daerah untuk dilaksanakan.

"Tapi jika ada keperluan wakil rakyat pembangkang untuk memohon dari kerajaan, kita tiada masalah untuk menerima permohonan  untuk kepentingan rakyat.
"Saya minta jika ada keperluan wakil rakyat pembangkang, mereka  boleh memohon terus kepada saya," katanya.

Sementara itu, beliau turut menjawab soalan tambahan Datuk Darell Leiking (WARISAN-Moyog) mengenai keperluan ADUN pembangkang dipanggil dalam jawatankuasa pembangunan setiap daerah yang diwakili pembangkang supaya masalah di kawasan DUN mereka dapat dibangkitkan.

Hajiji berkata, kerajaan negeri sentiasa terbuka dalam perkara itu dan akan melihat sama ada wujudnya keperluan berkenaan.

Sementara itu, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Ruddy Awah berkata, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah diberi peruntukan khas sebanyak RM188.2 juta untuk ADUN Sabah dalam kerajaan.

Katanya, ia adalah keputusan dasar kerajaan negeri yang ditetapkan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Darell mengenai jumlah peruntukan tahunan yang disediakan dan disalurkan kepada ADUN Sabah dalam kerajaan dan yang menyokong kerajaan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.742006 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list