CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1150|Reply: 1

Kantoi Ambil Dadah, Influencer Merangkap Bekas Kekasih Thariq Halilintar Ditahan Polis

[Copy link]
Post time 25-4-2024 02:37 PM | Show all posts |Read mode






Pempengaruh media sosial Indonesia merangkap bekas kekasih, Thariq Halilintar iaitu Chika ditahan polis selepas didakwa terlibat dengan isu dadah.


Chika atau nama sebenarnya, Chandrika Chika ditahan bersama lima rakannya ketika sedang berkumpul di sebuah bilik hotel di Setiabudi, Jakarta.


Hasil daripada serbuan di bilik berkenaan, pihak berkuasa menemukan satu pod rokok elektronik yang didapati mengandungi cecair ganja atau THC. Susulan daripada itu, kesemua tertuduh telah diarahkan untuk menjalani saringan air kencing dan gadis berusia 21 itu bersama rakan-rakannya disahkan positif dadah.


"Empat positif ganja, dua methamphetamine."








Ketika disoal siasat, kesemua tertuduh mengakui tidak tahu bahawa menghisap dadah adalah satu kesalahan kerana merasakan ia adalah perkara biasa selain mengaku sebelum ini, kerap mengambil bahan terlarang itu.


Susulan daripada kesalahan itu, kesemua tertuduh berdepan hukuman penjara selama 4 tahun.


Sumber: Kapanlagi, JPNN/OhBulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2024 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm tu sekali rendah tahap iq diorang. Sampai tak tau kesalahan mengambil dadah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.052480 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list