CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 693|Reply: 0

[Kedah] Pemilik, pembantu rumah kebajikan disyaki pukul warga emas

[Copy link]
Post time 25-4-2024 04:26 PM | Show all posts |Read mode
Pemilik, pembantu rumah kebajikan disyaki pukul warga emas


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



TANGKAP layar video tular seorang lelaki dan wanita dipercayai cuba memukul seorang penghuni rumah kebajikan.




Kulim: Pemilik dan pembantu sebuah rumah kebajikan warga emas ditahan untuk membantu siasatan kes seorang lelaki warga emas dipukul dengan kayu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, pihaknya menerima aduan itu daripada seorang wanita berhubung kejadian itu jam 3.50 petang, semalam.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, terdapat empat rakaman video berkaitan kejadian itu yang dipercayai tular di media sosial.

"Susulan itu, polis menahan lelaki berusia 44 tahun yang juga pemilik rumah kebajikan serta pembantu wanita berusia 36 tahun.

"Hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada mangsa yang juga lelaki warga emas berusia 70 tahun itu sering mendatangkan masalah kerana nyanyuk," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azizul berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan sekiranya terdapat mangsa lain yang turut dipukul di rumah kebajikan berkenaan.

Beliau berkata, kedua-dua individu itu direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 27 April

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara boleh sampai 10 tahun atau denda atau sebat.

"Pihak polis turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini kerana siasatan masih diteruskan.

"Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh menyalurkan maklumat berkenaan kepada IPD Kulim untuk tindakan lanjut," katanya.



Disiarkan pada: April 25, 2024 @ 4:11pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.647137 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list