CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 761|Reply: 0

[Sabah] Salleh harap Sabah diberi kuasa autonomi sebenar

[Copy link]
Post time 25-4-2024 04:33 PM | Show all posts |Read mode


SALLEH

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menzahirkan harapan agar Sabah diberi kuasa autonomi dalam erti kata yang sebenarnya suatu hari nanti.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan juga berharap agar rakyat Sabah tidak lagi menjadi penumpang dalam negeri mereka sendiri.
“Sekiranya dibandingkan keadaan Sabah sewaktu merdeka dengan sekarang, terdapat banyak perubahan berlaku.

"Masih banyak usaha yang perlu dilakukan untuk menjadikan Sabah sebuah negeri yang kita banggakan," katanya dalam video pendek yang dimuatkan di Laman Facebook 'Sabah Way Forward'.

Sementara itu, bercakap mengenai hala tuju negeri ini, bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, Sabah wajar mempunyai prasarana yang boleh dibanggakan.

"Kita juga mahu melihat Sabah menyediakan peluang-peluang pekerjaaan dan peluang ekonomi kepada rakyat.

"Dengan adanya peluang itu, rakyat tidak perlu lagi berhijrah ke luar negara sekiranya ingin berkhidmat di sini.

“Penghijrahan ke luar negara hanya disebabkan  mereka ingin menimba pengalaman dan mendapatkan pekerjaan lebih baik," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.167319 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list