CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 656|Reply: 0

[Sabah] JKDM Sabah rampas minuman keras dalam lima kontena bernilai lebih RM1.9 juta

[Copy link]
Post time 25-4-2024 05:17 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Mohd Nasir menunjukkan rampasan minuman keras semasa sidang media di sini.

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah sekali lagi berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk minuman keras ke dalam negara dalam beberapa siri operasi di Pelabuhan Sapanggar.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, kesemua operasi terbabit berjaya mencatat rampasan minuman keras pelbagai jenama bernilai lebih RM470 ribu yang disembunyikan di dalam lima kontena dengan jumlah nilai duti dan cukai terlibat sebanyak RM1,935,196.87.

“Kes pertama dicatat pada jam 5 petang 16 April lalu apabila pasukan serbuan daripada anggota dan Unit Operasi Penguatkuasaan Kota Kinabalu dan Cawangan Import Eksport Pelabuhan Sapanggar memeriksa sebuah kontena berisi minuman keras yang cuba diseludup masuk ke dalam negara ini hasil maklumat Cawangan Risikan.

“Hasil pemeriksaan awal terhadap kontena yang ditahan menemukan 24,948 liter minuman keras jenis bir dengan anggaran nilai lebih RM94.5 ribu dan anggaran nilai duti serta cukai terlibat berjumlah RM386,793.79,” katanya semasa sidang media di Wisma Penguatkuasaan Sepanggar di sini.

Katanya, sebuah lagi kontena membawa 24,987.6 liter minuman keras jenis bir bernilai RM94,703 dan anggaran nilai duti serta cukai terlibat berjumlah RM387,407.75 dirampas jam 2.30 petang 17 April lalu.

“Sejam selepas itu, pasukan serbuan sekali lagi merampas kontena ketiga berisi 24,987.6 liter minuman keras jenis bir dengan anggaran nilai harga RM94,703 dan anggaran nilai duti serta cukai terlibat berjumlah RM387,407.75.

“Kira-kira jam 4.30 petang hari sama, sejumlah 24,948 liter minuman keras jenis sama dengan anggaran nilai harga RM94,552.92 dan anggaran nilai duti serta cukai terlibat berjumlah RM386,793.79 dirampas di kontena keempat,” katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan berterusan sekali lagi merampas 24,948 liter minuman keras jenis bir dengan anggaran nilai harga RM94,552.92 dan anggaran nilai duti serta cukai terlibat berjumlah RM386,793.79 pada jam 9.30 pagi keesokan hari iaitu pada 18 April.

“Hasil siasatan mendapati, pihak penyeludup menggunakan modus operandi dengan membuat pengikraran palsu terhadap kontena ini.

“Antara barangan yang diikrar termasuklah alatan tangan, kelengkapan aluminium, penggerudi, peralatan dapur, rantai, jaring ikan, mentol lampu dan plat aluminium bagi tujuan penyeludupan sekaligus mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 52 dan 135 (1) (a) Akta Kastam 1967.

“Sekiranya sabit kesalahan, kesalahan pertama memperuntukkan denda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda amaun duti kastam atau seratus ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih besar dan tidak lebih dari dua puluh kali ganda amaun duti kastam atau lima ratus ribu ringgit mengikut mana-mana yang lebih besar, atau dipenjara selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya.

“Orang ramai juga diingatkan untuk membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti berkenaan.

“Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi ketirisan hasil, malah ia turut mendatangkan ancaman keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Tambahnya sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan bolej disalurkan kepada JKDM dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri.

Katanya, JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti pemberi maklumat adalah dirahsiakan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.046692 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list