CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 620|Reply: 0

[Sarawak] Bumbung rumah diterbang angin kencang, 10 keluarga terjejas

[Copy link]
Post time 25-4-2024 08:00 PM | Show all posts |Read mode


Kediaman penduduk di Kampung Pandan, Pasar Pandan, sekolah dan rumah sarang burung terjejas apabila bumbung rumah tersebut diterbangkan angin kencang petang Rabu.
BINTULU: Sejumlah 10 keluarga terjejas apabila bumbung rumah mereka diterbangkan angin kencang dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 petang Rabu di Kampung Pandan, Sebauh.

Kejadian itu turut melibatkan rumah sarang burung, blok pentadbiran dan akademik Sekolah Kebangsaan (SK) Pandan Sebauh, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Bintulu Kapten (PA) Mohd Johari Mohd Taufik berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 3.10 petang daripada orang awam, seterusnya pasukan APM bersama beberapa anggota bomba, polis dan pegawai pejabat daerah bergegas ke lokasi kejadian.

"Kita dimaklumkan 10 kediaman persendirian, sebuah rumah sarang burung dan satu blok pentadbiran dan akademik sebuah sekolah terjejas dalam kejadian ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Kediaman penduduk di Kampung Pandan, Pasar Pandan, sekolah dan rumah sarang burung terjejas apabila bumbung rumah tersebut diterbangkan angin kencang petang Rabu.

Beliau berkata, ia melibatkan kediaman Napsia Mustapha (1 penghuni), Bohari Mustapha (8 penghuni) dan Azwan Yahya (4 penghuni) di Kampung Pandan; Kapitan Oh Piak Chin (1 penghuni), Kapitan Teo Kheng Seng (3 penghuni), Kapitan Lee Soon Moi (3 penghuni), Serit Nunong (2 penghuni), Nyandang Melintang (8 penghuni) dan Baba Umpang (3 penghuni) di Pasar Pandan serta Leila Osman (2 penghuni) di Skim Pembesaran Kampung Pandan.

"Bangunan rumah berstruktur kayu tersebut mengalami kerosakan pada bumbung dalam kejadian tersebut," katanya.

Menurutnya, pasukan APM Sebauh berada di lokasi kejadian bersama agensi-agensi lain untuk mendapatkan maklumat mangsa dan memantau keadaan yang terjejas.


Anggota APM mendapatkan maklumat penduduk yang terjejas kediaman mereka akibat angin kencang.

"Tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka dan penduduk yang terjejas rumah mereka termasuk sekolah dalam kejadian ini telah berpindah ke kediaman saudara mereka yang terdekat," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.049413 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list