CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 608|Reply: 0

[Sarawak] Enam lelaki didenda RM1,000 akibat main holo

[Copy link]
Post time 25-4-2024 08:35 PM | Show all posts |Read mode


Kesemua tertuduh diterangkan oleh polis mengenai kes tersebut semasa berada di hadapan kamar Mahkamah Majistret, hari ini.

KUCHING: Padah bermain judi holo di sebuah premis kedai pada tengah malam, enam lelaki berusia antara 41 dan 61 tahun didenda RM1,000 setiap seorang di Mahkamah Majistret, hari ini.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali memerintahkan kesemua lelaki tersebut dipenjara dua minggu sekiranya gagal membayar denda.  

Joebin Nuniem, Hapy Beng, Lee Foo Siong, Jong Min Jaran, Sainie Senin dan Thong Nyuk Chuan masing-masing mengaku bersalah sebaik didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa secara bersama melakukan perbuatan tersebut pada 15 Februari 2024, sekitar jam 12.45 tengah malam di sebuah rumah kedai di Jalan Sungai Tengah, Matang di sini.

Fakta kes mendedahkan sepasukan polis yang melaksanakan Ops Limau pada hari kejadian membuat serbuan di premis berkenaan susulan disyaki terdapat perjudian jenis 'Hoo Hey How' atau holo.

Polis turut merampas peralatan yang digunakan untuk menjalankan aktiviti tersebut, antara lainnya wang tunai berjumlah RM19,508, setin kong aluminium dan tiga biji buah dadu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Ammarsoffi Yusoff sementara kesemua tertuduh tifak diwakili peguam.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.047918 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list