CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 623|Reply: 0

[Sarawak] Karnival Kebudayaan Durin 2024 pada 26 hingga 28 April ini

[Copy link]
Post time 25-4-2024 08:44 PM | Show all posts |Read mode


Sempurai (duduk tengah) pada sidang media di Sibu hari ini.

SIBU: Durin sekali lagi bakal menjadi tumpuan apabila Karnival Kebudayaan Durin 2024 diadakan pada 26 hingga 28 April ini di Bazar Durin dan Tebingan Durin dekat sini.

Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Sempurai Petrus Ngelai berkata, dianggarkan 5,000 pengunjung hadir ke karnival tersebut yang merupakan landasan mempersembahkan warisan budaya dan kekayaan seni Sarawak.

Sempurai berkata, pada tahun ini MDLBS menerima sokongan kewangan daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sejumlah RM200,000.

“Dana ini digunakan untuk menyokong pelbagai aktiviti dan acara dijadualkan untuk menarik minat dan penyertaan masyarakat pelbagai kaum di sini.

“Karnival Kebudayaan Durin 2024 menjanjikan pengalaman unik dan berwarna-warni bagi pengunjung nanti,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurut Sempurai, Karnival Kebudayaan Durin 2024 dan Simfoni Batang Rajang pada tahun ini digabungkan dengan Malam Simfoni Batang Rajang yang dijadualkan pada 27 April ini.

Malam tersebut menyajikan konsert istimewa daripada artis sape antarabangsa seperti Thambunesia dari Indonesia, Mathew Ngau, Jerry Kamit, Klunan Maggat dan kumpulan Kemada dari Sarawak.

"Selain itu, jadual acara Karnival Kebudayaan Durin 2024 turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik bagi semua peringkat umur.

"Pada 26 April, pengunjung boleh menyertai Pertandingan Bot Kawalan Jauh, Perlawanan Sepak Takraw dan Pertandingan Karaoke Lagu lban di samping menikmati Pentas Kebudayaan Cina yang diadakan pada sebelah malam," jelasnya.

Katanya, majlis perasmian Karnival Kebudayaan Durin 2024 berlangsung pada 27 April diiringi dengan pelepasan Regata Mini dijadualkan jam 9 pagi.

Sempurai berkata, hari sama disusuli dengan pertandingan menyumpit, menangkap itik dan ngajat yang pasti memukau penonton.

"Pada 28 April, acara Regata Mini diteruskan dengan sebelah malamnya, majlis penangguhan karnival tersebut menjadi acara kemuncak dengan kehadiran Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.049604 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list