CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 669|Reply: 0

[Sarawak] Akaun 3 KWSP ada kebaikan dan keburukannya

[Copy link]
Post time 25-4-2024 08:47 PM | Show all posts |Read mode


HII

SIBU: Ahli akademik Datuk Felician Teo berpendapat terdapat kebaikan dan keburukan dalam mewujudkan Akaun Fleksibel atau Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Katanya, dari sudut positif pengenalan Akaun 3 bertujuan membantu ahli yang menghadapi cabaran kewangan seperti mereka yang kehilangan pekerjaan atau berada di antara pekerjaan.

Bagaimanapun ujar beliau, terdapat kelemahan inisiatif penstrukturan semula Akaun KWSP kerana ia adalah dana simpanan persaraan untuk membantu ahlinya mencapai simpanan yang mencukupi untuk persaraan yang selesa.

"Ahli-ahli ini menghadapi perbelanjaan yang tidak dijangka dan pengeluaran fleksibel ini bertujuan membantu mereka pada masa yang sukar sekarang.
"Lebih banyak pengeluaran daripada Akaun 3 bermakna simpanan persaraan ini akan habis dan pesara akan menjadi lebih bergantung kepada keluarga mereka untuk sokongan semasa bersara.

"Memandangkan orang ramai kini hidup lebih lama kerana penjagaan kesihatan yang lebih baik, pergantungan kepada keluarga ini mungkin menimbulkan tekanan sosial yang besar pada struktur keluarga pada masa depan," katanya.

Teo ditanya mengenai pengumuman mengenai Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP yang akan berkuat kuasa pada 11 Mei dengan pengenalan Akaun Fleksibel untuk keperluan kewangan jangka pendek.

Pengumuman itu bagaimanapun disambut baik usahawan Dr Gregory Hii dan langkah itu akan membantu meningkatkan simpanan persaraan ahli.

Beliau menganggap ini sebagai langkah terkehadapan kerana ia membantu meningkatkan Akaun 1 daripada 70 peratus kepada 75 peratus.

Selain itu, Hii menyatakan bahawa Akaun 3 ialah akaun baharu dalam simpanan KWSP yang memenuhi keperluan pengeluaran pencarum untuk memenuhi keperluan yang tidak dijangka.

Ia adalah ciptaan baharu dan peratusannya ialah 10 peratus, katanya.

"Dengan penciptaan Akaun 3, 90 peratus lagi caruman pekerja diagihkan kepada Akaun 1 dan 2 berdasarkan 75 peratus dan 15 peratus masing-masing.

"Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas langkah bijak ini yang sebenarnya, meningkatkan Akaun 1 daripada 70 peratus kepada 75 peratus," kata Hii.

Sementara itu, bekas Presiden Persatuan Veteran Tentera Laut Malaysia Sarawak (PVTLDMS) Mohd Safree Mohd berkata, inisiatif penstrukturan semula KWSP dengan penubuhan akaun ketiga dalam bentuk akaun persaraan adalah langkah memastikan pesara di bawah seliaan KWSP, mempunyai akaun bulanan pendapatan dan boleh menguruskan kewangan persaraan bulanan mereka dengan bijak.

Sementara itu, dilaporkan di bawah inisiatif penstrukturan semula akaun, semua akaun ahli di bawah umur 55 tahun akan distruktur semula daripada dua akaun sebelum ini iaitu Akaun 1 dan Akaun 2 kepada tiga akaun.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/25/akaun-3-kwsp-ada-kebaikan-dan-keburukannya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.362155 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list