CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 708|Reply: 0

[Sarawak] Lewat serah rumah: Pemaju diarah bayar pampasan kepada pembeli

[Copy link]
Post time 25-4-2024 09:04 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Mahkamah Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Sarawak (TTPRS) di sini, hari ini, mengarahkan syarikat MD Reality Development Sdn Bhd membayar ganti rugi berjumlah keseluruhan RM101,598.72 kepada lima orang pembeli atas kelewatan menyerahkan rumah.

Lima orang penuntut itu yang membeli rumah jenis teres setingkat di Muara Tuang sepatutnya telah menerima penyerahan rumah sekitar bulan Februari 2023, namun pemaju gagal mematuhi perjanjian.

Presiden TTPRS Datuk Maznah Dasmi berkata, bayaran perlu dibuat dalam tempoh 45 hari selepas mendapat surat penghakiman daripada tribunal.

“Sekiranya pemaju didapati gagal membayar ganti rugi, penalti berat akan dikenakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas Sesi Pendengaran Kes Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Sarawak(TTPRS) di Mahkamah TTPRS di sini, hari ini.
Tambah beliau, pihaknya banyak menerima kes lewat menyerahkan rumah terutamanya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 beberapa tahun lalu.

“Pada ketika itu, banyak pemaju yang mengalami kesulitan kewangan dan juga kekurangan pekerja untuk menyiapkan rumah.

“Lebih malang lagi apabila rumah yang siap dibina, barang-barang dalam rumah tersebut hilang dicuri orang sehinggakan mangkuk tandas pun sanggup dicuri.
Jadi masalah-masalah seperti ini, pemaju terpaksa menganti balik kehilangan tersebut,” katanya lagi.

Namun demikian, pihaknya memahami kesulitan yang dialami pemaju tetapi mereka (pemaju) harus menghormati perjanjian yang telah dimeterai bersama pembeli.
Pendengaran kes turut dihadiri dua Ahli Panel Datuk Alhadi Ibrahim dan Lam Joon Onn.

KAPSYEN: Datuk Alhadi Ibrahim (Kiri), Datuk Maznah Dasmi (tengah) dan Lam Joon Onn dalam sidang media selepas Sesi Pendengaran Kes Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Sarawak(TTPRS) di Mahkamah TTPRS di sini, hari ini. FOTO RAMIDI SUBARI


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.451480 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list