CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: monik

Kasih Kita

[Copy link]
Post time 23-3-2011 01:40 PM | Show all posts
sambung lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2011 03:09 PM | Show all posts
napa xsambung
into aje dah syahdu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2011 12:09 AM | Show all posts
Empat tahun yg lalu- Malaysia.

"Mak, Kak Long tak balik ke mggu ni? " tanya Lyana Amira sambil melipat kain. Emaknya yg leka membaca buku agama, hanya melapaskan keluhan.

"hemphh...entah. takde pulak katanya nak balik. Abg Fariz kamu ada hal."

"ala...sibuk memanjang diorang tuh. Lyana pun keje mak, Tp sesekali boleh je balik kampung."

" entah la Lyana. Mak malas nak bising2. Kdg2 rindu gak ngan kak long kamu, mak telefon aje."

" hishh....sibuk mengalahkan keje dengan menteri. Yana ni lagi la, dh la baru keje. Sibuk jugak mak, tp ada masa nak balik kampung." Lyana Amira membebel lagi. Hatinya mendongkol geram. Seingatnya, sudah dua bulan kak longnya, Afirah Ilani, tidak pulang menjenguk mak. Nasib baik, ada adik yg bongsu Izat, masih bersekolah menemani emak di kampung.

Esok sudah Ahad. bermakna Lyana Amira harus balik ke KL untuk bekerja. Dia bersyukur teramat sangat. Tamat sahaja pengajiannya, dia tawarkan bekerja di MIDA. Sebuah anak syarikat milik penuh kerajaan. Dirinya terjamin. Malah dia tidak perlu risau. Kini dia boleh membantu emak di kampuang.

Selalunya Lyana Amira akan pulang ke kampung pada petang Jumaat selepas waktu kerja. Dapatlah dia bermanja2 dengan emak dan adiknya dua hari. Dia sedang berusaha mengumpul wang utk membeli kereta. Buat masa ini, bas menjadi pengangkutan utamanya untk balik kampung. Dulu, masa dia masih belajar, ada juga menumpang sekali dua dengan kak longnya.

Kak Long, lama tidak bertemu. Lyana Amira berhasrat utk menelefon kak longnya untik bertanya khabar. Sudah hampir 5 tahun kak longnya berkahwin dengan abang Fariz. namun mereka masih belum mempunyai anak. Mungkin belum rezeki mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2011 12:17 AM | Show all posts
Lyana Amira sampai agak awal di pejabat pagi Khamis itu. Hemm...baru pukul 7.45 pagi. Waktu kerjanya bermula jam 8.30 pagi. Jadi, dia ada masa utk saregera di atur langkah ke kafetaria.

"Assalammualaikum kak long" sambil mengunyah karipap, Lyana Amira menelfon Afirah Ilani.
"Waalaikumslama. Hah, kamu yana. Ada apa telefon pagi2 ni? suara Afirah agak keras dihujung talian. Lyana Amira tyersengih2 seorang kerana mmg salahnya, menelfon seawal itu

: takde apa kak long. saje telefon tanya khabar? kak long ada pegi mana2 ke hjg mggu ni?

" emm...takde. kenapa? "

"tak..yana ingat nak singgah kak long. saje je..lama x jumpa kak long. Rindu la"

"alah..kamu ni, dah besar2 pun mengada. Kalo nak datang tu datang je la"

Setelah berjanji yang Lyana Amira akan dtg hujung mggu nanti, dia menghabiskan minumannya dan memulakan kerja seperti biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 11:34 AM | Show all posts
ciput nya.... sambung lagi ye monik....
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 12:24 PM | Show all posts
nak lagi n3 leh x?...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-3-2011 12:30 PM | Show all posts
hehehehe..kawan2..sabar ye..line x clear nak memposting....
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 03:59 PM | Show all posts
wah..permulaan yg best..will follow...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2011 10:40 AM | Show all posts
Lagi, lagi, lagi.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2011 04:32 PM | Show all posts
Pagi Ahad, Lyana Amira sampai di rumah Afirah Ilani. Dilihatnya kedua2 kereta ber parkir di rumah. Bermakna kak long dan abang iprnya ada dirumah. Di tekan loceng. Sekali. Tidak berjawab. Dua kali. Muncul wajah abg Fariz menjenguk.

" Oh, kamu Yana. " Kemudian abg fariz bergegas keluar utk emmbuka pintu pagar. Dengan hanya bersinglet dan berseluar pendek, membuat Lyana malu untuk memandang abg iparnya.

" Err...kak long mana abg fariz ? " Lyana berbahasa utk menutup malunya.

" Kak Long kamu, tido lagi. Selalu weeken, dia akan bangun lewat" ujar Faruz tersengih2 menutup cela isterinya.

Lyana amira masuk ke rumah. Dia menggeleng2 kan kepala melihat keadaan rumah yg sedikit tidak terurus. Fariz yang menyedari mata Lyana Amira liar memerhati, bergegas mengemas serba sedikit.

" Kamu duduk la dulu Yana, abg kluar beli sarapan sekejap."

" x payah la bang fariz, yana ke dapur kejap buat sarapan. abg fariz kejutkan la kak long, mandi dan lepas tuh kita sarapan sama."

Lyana Amira bergegas ke dapur. Sekali lagi dia menggelengkan kepala. Di buka peti sejuk, dilihat kosong. di buka almari dapur. Terjumpa tepung gandum. Hem....Buat cucur bawang saja la....cepat sikit. segera air di jerang. dlm masa sepuluh minit, kopi sudah tersedia, sepinggan cucur telah siap digoreng.

terbuka selera Fariz melihatkan air kopi di atas meja. tambah pula ada cucur bawang. walau kedengaran makanan itu cukup ringkas, tetapi bagi Fariz yg sudah berbulan2 tidak menjamah makanan air tangan orang rumah, cukup berselera.

"Ha...jemput minum abg Fariz. Mana kak long?" Lyana Amira menegur tatkala dilihat Fariz tercongok di depan meja makan.

" kak long kamu blum mahu bangun lagi." merah muka fariz menahan malu pd adik iparnya.

" xpe lah..abg fariz makan la dulu" lyana amira mula bergerak ke dapur semula.

" eh..jgn la mcm tuh, yana makan sekali temankan abg. Dah lah Yana yg masak. Yana bukan org gaji di rumah ni."

Lyana Amira menarik kerusi dan duduk bersrapan bersama. fariz makan sungguh2. Gelihati pulak Lyana melihatnya. Macam 10 tahun tak makan. Sambil makan mereka berbual pelbagai kisah. Sesekali ketawa pd cerita2 lucu. Fariz terasa hidupnya terisi. sudah lama dia tidak merasa suasana begini. 5 tahun berkahwin, Arifah amat jarang meluangkan masa di rumah. arifah lebih banyak menghabiskan masa dengan kawan2 dan di pejabat. Setiap hari, arifah akan pulang lewat ke rumah. Kdg2 hingga jam 10 malam baru muncul. Fariz pula, disuruh makan diluar. Kerana sayangkan Arifah, Fariz tidak mahu bising2. Kerana tempiasnya terpalit pada mukanya sendiri nanti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2011 04:47 PM | Show all posts
Arifah terdengar suara orang ketawa. Matanya masih mengantuk. baru dia teringat. Lyana Amira agaknya yg sampai. Arifah Ilani bangun dn mandi. usai bersiap2, dia mengatur langkah ke bawah. Di anak tangga, kakinya terhenti. Galak benar dilihatnya Fariz ketawa. Lyana Amira juga begitu. hati Arifah mengdongkol.

" Ha....kamu dh lama sampai yana? "

" kak long, lama la jugak sampai habis dh sepinggan cucur ni "

" cucur? kamu bawak dr rumah ke? "

" Yana masak kejap td arifah oii....sepuluh minit je siap dah ha kopi dgn cucur" sampuk Fariz yg riang. Arifah mencebik. Dia tidak suka dibandingkan2 dengan Lyana Amira.

"kamu nak balik pukul berapa Yana? " keras saja suara Arifah.

Lyana Amira tersentak. Baru sejam dia di situ, sudah di minta pulang. Berubah muka Lyana Amira. Menyedari kehadirannya tidak disenangi, Lyana mengangkat pinggan2 ke dapur. Fariz pula merasakan mukanya tebal 20 inci dek kelancangan mulut arifah. Dia malu  dgn Lyana Amira.

"Kak Long, mak pesan, balik la kampung. Mak kata dh rindu sgt dgn kak long. Lama dh kak long x balik." ujar Lyana tertahan2. Tak disangka layanan Kak Longnya se sombong ini.

" tgk la, kalo ada masa nanti aku balik. Mak tu bukannya sakit yg perlu di jenguk"

Bagai hendak pitam Lyana Amira mendeengranya. Selesai bersalaman dengan kak long dan abg fariznya, Lyana kluar dr rumah. Dia juga buntu hendak ke mana. Seingatnya, boleh la dia nak lepak2 di rumah kak longnya hingga petang. tetapi begini pula yg jadi. baru pukul 11.30 pagi. Mana nak pergi ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2011 05:04 PM | Show all posts
Akhirnya, Lyana mengambil keputusan utk ke KLCC. Walau tiada tujuan utk membeli belah, tetapi, saja dia nak menghabiskan masa hujung minggu nya. Lyana membeli waffle dan hot chocolate. Dia mengatur langkah ke taman KLCC. Dipikirnya baik dia duduk di situ. nak pusing2 dalam KLCC pun dia sudah buntu.

Lyana memilih bangku yang duduk mengadap kolam KLCC. Sambil menikmati minumannya, dia leka membaca akhbar.

" Ehm...ehm...." satu suara menegur. Lyana Amira mendongak. Siapa dia ni? Aku tak kenal.

" sorang je ke ? " pemuda itu menegur sambil lari setempat. Lyana amira yang mmg agak hot sedari tadi, mula merasa menyampah.

" awak dah tak tahu mengira ke? awak ada nampak org lain ke kt sebeklah saya? " bentak Lyana Amira.

" Mak oii!!! Garangya. Jgn garang sgt cik adik. Agama kita tak ajar kita bercakap nada sebegitu."

Lyana amira tersedar. Oh, betapa malunya dia di tarbiyah pemuda tidak dikenali tghari buta di KLCC. Sungguh melankolik!!!!

" maaf. saya tak sengaja."

"Saya Syed. Maafla kalo tingkah saya buat awak marah. Cuma saya tengok awak sensorang tghari di KLCC park buat saya hairan. Joging tidak, apa tidak...tghari2 duk kt sini."

" xde apa nak hairannya. cuma saya tak tau nak buat apa. jadik saya duduk sini. "
" hem...dh awak tak tau apa nak buat...saya dengan rendah hati nak jemput awak minum pagi atau brunch...merangkap lunch. hehehehe...."

" eh..xpe. terima kasih saja En syed."
" ala....takkan x sudi.....dekat aseana tuh je. tempat terbuka. kita borak2 kosong." pujuk Syed lagi. Lyana Amira mengalah juga. Bukan kerana dia terlalu inginkan orang belanja. Cuma dia juga sudah kebosanan berada di situ.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 06:47 PM | Show all posts
nk lg n33,,,x puas bace
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 09:16 PM | Show all posts
sambung lg yer...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 08:58 AM | Show all posts
kalu free letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 08:30 AM | Show all posts
yeaa ..suke..pls sambung lg ek..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2011 10:39 PM | Show all posts
" yana! yana! "

Lyana Amira terdengar sayup2 namanya dipanggil...tapi x nampak sesiapa....

hem....perasaan aku je kot......dia berpaling semula..dan meneruskan langkah....matanya leka menatap lukisan2 yang dipamerkan. berada di dlm central market ni, boleh membuatkan Lyana amira leka berjam2 didalam dunianya sendiri.

Lyana Amira amat suka dengan lukisan walau dia tidak dianugerahkan bakat untuk melukis. namun satu keistimewaan Lyana Amira, dia bijak menafsir lukisan2 didepannya. Lyana amira terasa bahunya di sentuh. Saat berpaling, dia terkejut sangat.

"Syed? Ya Allah, x sangka boleh jumpa kat sini"

" ye yana. Saya pun x sangka kita akan jumpa kt sini. puas saya terjerit2 nama awak td..mula2 ingatkan salah orang sbb awak buat tak tau je. Nasib tekaan saya betul"

Ajakan Syed untuk minum di food court diterima dengan senang hati oleh Lyana Amira. Dia pun suda terasa haus. Pertemuan kedua sejak pertama kali mereka bertemu di KLCC sebulan yang lalu.

" Awak selalu dtg sini ke ? " Syed sudah berazam untuk menegnali lebih dekat wanita di hadapannya. Entah kenapa, pertama kali bertemu, dia sudah tertarik. Wajah murung Lyana Amira ketika itu bagai kuasa magnet yang menarik dirinya untuk menegur Lyana amira.

" Tak jugak selalu.....bila tak tau nak ke mana..atau tak tau nak buat apa..saya lebih suka habiskan masa di sini. Banyak benda boleh dilihat."

" Err...Yana....dah kita berjumpa kali ke dua ni...saya nak mintak bbm pin awak la."

" aikk...mana awak tahu saya pakai blackberry? "

' saya nampak masa kita jumpa kt klcc dulu"

Lyana Amira melepaskan nafas yang berat.

" syed, saya masih tidak sedia untuk pergi lebih jauh. beginilah, kalau ditakdirkan kita berjumpa selepas ini, untuk kali ketiga...saya janji saya bersedia untuk memulakan persahabatan dengan awak."

"laa....kenapa nak tggu kali ketiga pulak?? tak boleh ke sekarang?" Syed bengang.

" hehehe... syed, saya percaya, jika kali ke tiga kita bertemu, maknanya allah dh tetapkan agar saya bersahabat dengan awak. sebab kali ke tiga bukan lagi satu kebetulan. itu takdir. saya harap awak hormati keputusan saya ye"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2011 10:55 PM | Show all posts
Akhirnya syed terpaksa akur dengan keputusan Lyana Amira. Mulai saat dan detik itu, Syed tidak putus2 berdoa agar ditemukan semula dengan Lyana Amira.

Sebulan. Dua Bulan. Telah berlalu. Syed tidak lagi terserempak dengan Lyana Amira. ada juga dia tiga empat kali ke Central market. Mana la tau kalau2 terjumpa dgn gadis pujaannya.


Pagi itu, Syed ke MIDMF untuk mesyuarat. Dia tidak boleh lambat. masa harus ditepati. saat dia masuk ke lobi pejabat Pengarah Urusan, setiausaha didepannya leka menulis.

" assalammualaikum, saya...."

'waaalai....ya allah....Syed ? "

" Yana ? syukur alhamdulilah..."

"ehh...apa yang syukurnya syed ? "

" awak tak ingat ke janji awak? kalau kita berjumpa kali ke tiga, itu takdir namanya."

" oh yelah.....okay..skrg ni en syed, MD dah tggu untuk meeting dgn awak. pegi la masuk. "

" tapi awak kena tggu saya untuk lunch. MESTI! WAJIB! " Syed ketawa melihat isyarat bagus dari Lyana amira. Hatinya lapang. Jiwanya tenang. Sepanjang mesyuarat..dia hanya tersenyum. Bersyukur kerana Allah makbulkan doanya selama ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2011 11:10 PM | Show all posts
Suasana di Cozy Corner agak lengang. Syed dan Lyana Amira mengambil tempat duduk agak tersorok. senang nak berbual tanpa gangguan.

" tak sangka ye kita jumpa balik." Lyana Amira memulakan perbualan.

" cop! Cop! sebelum awak cakap apa2....bak sini bbm pin awak dengan no telefon awak."

"amboiii....alamat rumah tak mau ke ? alamat kampung ke ? " Lyana ketawa mendengar permintaan Syed yang agak gopoh.

" boleh jugak...bagus saya rekod kan semua...."

Lyana Amira tidak boleh mengelak lagi. Dia sudah terlanjur berjanji. Mungkin sudah takdir yang menemukan dia semula dengan Syed. hatinya juga senang dengan syed. dia tidak tahu kenapa. Yang pasti, dia rasa senang dengan Syed.

'ting!ting'
'awak dah duduk kt tempat awak ke? saya baru nak keluar dari parking ni'

Lyana amir tersenyum. Ni la padahnya...baru saja berpisah beberapa minit, mamat ni dah mula ber bbm.

' en syed, tolong memandu baik2 ye. saya tak mau dipersalahkan kalau tiba2 awak tersondol kereta org'

'ting! ting!'
'ok la...nanti kita sambung lagi ye..'
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 01:09 PM | Show all posts
adakah en syed dan syed hanafi ada kena mengena....jeng jeng jeng...hihihihih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.309874 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list