CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6768|Reply: 90

[Tempatan] Suami gaji 5K ‘struggle’ bahagiakan isteri kerja PTD! Sanggup kikis duit TH bapa demi penuhi selera kayangan bini

[Copy link]
Post time 26-4-2024 11:35 AM | Show all posts |Read mode
Edited by ifanonline at 26-4-2024 11:38 AM





Lelaki diuji dengan pelbagai dugaan termasuk tumah tangga. -Gambar hiasan

Suami gaji 5K ‘struggle’ bahagiakan isteri kerja PTD! Sanggup kikis duit TH bapa demi penuhi selera kayangan bini


Jumaat, 26 April 2024 7:00 AM

Oleh: MSTAR


MEMPUNYAI pasangan yang memahami dan saling melengkapi merupakan kunci kebahagiaan rumah tangga.


Sebagai isteri, sudah tentu mahukan suami yang bertanggungjawab dan tidak culas dalam memberi nafkah serta kasih sayang.


Namun bagi seorang lelaki, sikap si isteri yang mahu segala-galanya secara berlebihan membuatkan dia berasa kurang selesa.

Suami tidak culas dalam memberi nafkah. -Gambar hiasan


Menurut lelaki itu, dia merupakan pengurus di sebuah syarikat, manakala isteri pula pegawai tadbir diplomatik (PTD) di salah satu agensi kerajaan.


“Masalah isteri aku ni, dia tak nak berkongsi apa pun gaji dia. Ya aku tahu memang dia tak patut tolong pun. Dia akan berkeras yang suami patut keluarkan semua perbelanjaan.


“Tapi masalahnya taste dia macam 'anak Datuk'. Nak kereta BMW, rumah banglo, jadi semuanya aku dapatkan dan aku kena bayar.


“Isteri aku ni juga suka sangat bawa anak aku macam ke Legoland, Genting Highlands atau tempat-tempat yang mahal-mahal, atas alasan kasihan kat anak. Tapi memang aku yang kena keluarkan perbelanjaan,” katanya yang dikurniakan empat cahaya mata.


Menerusi satu luahan di grup Facebook, dia mendedahkan menerima gaji bulanan kira-kira RM5,000 tetapi perbelanjaan bulanan melebihi daripada yang sepatutnya.

Suami terpaksa meminjam wang daripada bapanya sendiri. -Gambar hiasan


Akibat selera ‘kayangan’ isteri, dia mendakwa terpaksa meminjam wang daripada bapanya sendiri termasuk membuat pinjaman ah long sebagai jalan penyelesaian.


“Aku selalu pinjam duit abah aku. Walaupun dia tak ada duit, duit untuk abah aku pergi haji pun aku pinjam, tapi memang aku tak bayar balik.


“Aku juga pinjam ah long, bila aku tak dapat bayar aku terpaksa ugut nangis-nangis pada bapa aku untuk tolong bayarkan hutang aku pada ah long.


“Bapa aku bekas cikgu, dia ada simpanan di Tabung Haji. Habis semua aku belanjakan dengan bayar hutang dan bawa famili aku makan di tempat mahal. Memang aku rasa tak perlu pun, tapi aku terpaksa untuk membahagiakan isteri aku,” ujarnya.


Suami kena tahu beza keperluan dan kehendak isteri. NETIZEN

Menurut lelaki itu, apa yang dilakukannya selama ini bukanlah semata-mata untuk mengikuti kehendak dan kemahuan isterinya, tetapi kerana sayangkan anak-anak.


“Aku cuma tak nak anak kami dipukul oleh isteri aku, dan aku tak nak bercerai dengan dia. Aku tak faham kenapa isteri aku ni beria nak jaga status dia untuk hidup mewah macam ni.


“Sebelum kahwin dia memang okay je, tapi selepas dia dapat jadi PTD ni ego dia betul-betul membuatkan aku kecewa,” katanya tanpa menjelaskan punca isterinya memukul anak-anak.

Lelaki membuat pengiraan perbelanjaan bulanan. -Gambar hiasan


Kekangan kewangan yang dihadapi dek kerana gaya hidup mewah isteri membuatkan dirinya semakin terhimpit dan buntu untuk terus mencari jalan penyelesaian.


“Sekarang ni aku buntu nak selesaikan perkara ni, duit abah aku pun dah makin susut. Akak dan abang aku pun kecewa dengan sikap aku,” katanya mengakhiri bicara.


Niat mahu meluahkan bagi meraih sokongan, lelaki itu bagaimanapun mendapat kritikan hebat daripada netizen yang tidak bersetuju dengan caranya membahagiakan isteri.


“Jadi suami kena pandai membimbing. Bukan turutkan je kehendak bini sampai hidup huru-hara.


“Memanglah tanggungjawab suami sara keluarga. Tapi suami pun kena tahu beza keperluan dan kehendak. Benda material dan hiburan awak tak mampu nak tanggung, kena bertegas jadi suami.


“Sayang awak tu telah mengaburi mata awak. Seharusnya awak tegas sebab awak suami. Masih belum terlambat untuk perbaiki keadaan. Mungkin sampai tahap lepaskan seorang daripada awak terlepas segalanya seperti ibu dan ayah,” komen netizen.


https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2024/04/26/suami-gaji-5k-struggle-bahagiakan-isteri-kerja-ptd-sanggup-kikis-duit-th-bapa-demi-penuhi-selera-kayangan-bini



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2024 11:39 AM | Show all posts
adan uker
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2024 11:40 AM | Show all posts

dah kawin biawak betina, terima je la
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 11:42 AM | Show all posts
ifanonline replied at 26-4-2024 11:40 AM
dah kawin biawak betina, terima je la

kan..dia yg nk pompuan cantik high mentenen-nenen
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 11:42 AM | Show all posts
terpaling ptd ye bini dia tu. lawa ke bini ko bang sampai berhutang sana sini utk penuhi kehendak isteri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2024 11:44 AM | Show all posts
rospinki replied at 26-4-2024 11:42 AM
kan..dia yg nk pompuan cantik high mentenen-nenen

takde la cantik pon...ego je lebih ni...ramai suami dayus zaman skrg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2024 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
dah kawin kan, takde mulut ke nak communicate laki bini..dah bini selera besar, kau lelaki sebagai ketua keluarga tak reti nak tegur ke untuk kebaikan bersama..salah sendiri la ikuttttt je selera bini sampai berhutang..lembik ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 11:44 AM | Show all posts
aterrr dah pegi ngikut sangat selera binik tu kenapaaa
bagi mana mampu la yg penting cukup semuanya
klo dia mintak bmw tp klo mampu honda city je pakai je la city
tak yah la ikut tekak binik kauuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-4-2024 11:45 AM | Show all posts
Edited by ifanonline at 26-4-2024 11:47 AM

“Aku cuma tak nak anak kami dipukul oleh isteri aku, dan aku tak nak bercerai dengan dia. Aku tak faham kenapa isteri aku ni beria nak jaga status dia untuk hidup mewah macam ni.
“Sebelum kahwin dia memang okay je, tapi selepas dia dapat jadi PTD ni ego dia betul-betul membuatkan aku kecewa,” katanya tanpa menjelaskan punca isterinya memukul anak-anak.





red flag tul bini dier...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 11:46 AM | Show all posts
Jantan/suami bodoh tak layak menbiak benih!!!!! kau ketua keluarga tapi kau gagal sol!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kt bapak dia duit nk pergi haji kena pow anak bodoh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2024 11:53 AM | Show all posts
kan dier dah ckp, kalau dier tak bagi duit, bini dier akan pukul anak2...bini giler ni, lebih baik cari lain...red flag sangat2..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Pendapat netizen lebih bagus dari bini PTD engko tu.

Lebih baik ko kawen dgn Netizen.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 26-4-2024 11:40 AM
dah kawin biawak betina, terima je la

Biawak betina lagi ganas.

Dia lempang, gigit macam norjuma tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
black_handbag replied at 26-4-2024 11:42 AM
terpaling ptd ye bini dia tu. lawa ke bini ko bang sampai berhutang sana sini utk penuhi kehendak is ...

PTD je pun bukan CEO syarikat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2024 11:57 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 26-4-2024 11:55 AM
Biawak betina lagi ganas.

Dia lempang, gigit macam norjuma tu

biawak atau gorilla betina?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-4-2024 11:58 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 26-4-2024 11:56 AM
PTD je pun bukan CEO syarikat.

CEO nak kote kulop mat salleh


Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerai je la bodoh...pi simpan bini mcm ni lg buat apa
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmgla perceraian bkn yg terbaik tp adalah sbb musabab Allah SWT membenarkan ia kerana Allah SWT lebih mengetahui sifat2 manusia yg diciptakanNya..

Ko pun mamat byk kisah blh jd rujukan.. cth kisah Nabi Ibrahim as dan anaknya Nabi Ismail as bab bini ni..nak mengata ko pun . sebenarnya 2 2 jenis mangkuk...so sesuailah ko berdua..cuma kalau ko dh ada kekuatan nk keluar dr perkahwinan carca marba ni...good luck la den ucapkan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 12:23 PM | Show all posts
bini dia bakal mertua from hell
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.063160 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list