CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 569|Reply: 0

[Kedah] Lelaki warga Myanmar ditemui mati dibunuh

[Copy link]
Post time 27-4-2024 05:14 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki warga Myanmar ditemui mati dibunuh


Oleh Zuliaty Zulkiffli - April 27, 2024 @ 4:54pm bhnews@bh.com.my




Foto hiasan




SUNGAI PETANI: Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati dibunuh dengan kesan tikaman dan pukul di kepala dalam kejadian di asrama sebuah kilang di daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menerima maklumat berhubung kejadian pergaduhan membabitkan beberapa lelaki warga Myanmar pada jam 11.53 malam.

Beliau berkata, hasil siasatan di tempat kejadian menemui seorang lelaki warga Myanmar berusia 23 tahun tidak sedarkan diri dalam keadaan berlumuran darah.

"Mangsa ditemui dengan kesan tikaman dan pukul di kepala.

"Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azharuddin berkata, seorang lagi lelaki warga Myanmar turut cedera di pinggang dan kepala kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini.

Beliau berkata, polis berjaya menahan seorang lelaki Myanmar berusia 40-an tidak lama kemudian sebelum lima lagi rakan senegara berusia antara 20-an hingga 40-an ditahan.

Menurutnya semua tahanan direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Katanya, polis sedang mengesan empat lagi suspek dipercayai terbabit dalam kejadian itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Wan Azharuddin berkata, setakat ini motif kejadian akibat mabuk.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.420405 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list