CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2303|Reply: 32

[Jenayah] 'Alasan dia tak tahu ada upacara pengebumian tak masuk akal' - Penduduk

  [Copy link]
Post time 27-4-2024 09:28 PM | Show all posts |Read mode
Georgetown: Penduduk Sungai Nibong Besar menggesa polis menjalankan siasatan telus terhadap pemandu sebuah kereta yang didakwa menimbulkan suasana tidak harmoni ketika upacara pengebumian nahas korban helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berhampiran Masjid Jamek Sungai Nibong Besar, di sini, Rabu lalu.

Wakil penduduk, Arshad Kassim, 62, berkata, dia serta penduduk Sungai Nibong Besar rasa kecewa dengan tindakan pemandu Honda City itu yang seolah-olah tidak menghormati kawasan masjid serta upacara yang berlangsung.

Katanya, pihaknya menggesa siasatan dibuat terhadap lelaki itu dikaitkan dengan 3R (raja, kaum, agama) kerana tindakannya mampu menggugat keharmonian dan ketenteraman awam di negara ini.

"Kami rasa terhina dan marah kepada pemilik kereta yang membunyikan hon itu kerana tidak menghormati kawasan masjid, tidak menghormati agama, umat Islam dan upacara TLDM.

"Selama ini kita hormati semua kaum tetapi kali ini kita mahu polis ambil tindakan atas kebiadabannya," katanya ketika ditemui Harian Metro, di sini, hari ini.

Arshad ditemui bersama hampir 30 penduduk di perkarangan Balai Polis Sungai Nibong, di sini, selepas membuat laporan berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, laporan dibuat supaya polis dapat lakukan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pemandu yang didakwa menyentuh sensitiviti agama Islam.

"Kami percaya laporan yang dibuat itu adalah pembohongan yang memutarbelitkan fakta sebenar dengan mendakwa terlanggar motosikal sedangkan tiada motosikal di situ.

"Alasan tidak tahu mengenai upacara juga tidak masuk akal kerana kawasan itu dikawal baik pihak berkuasa. Bunyikan hon sebanyak dua kali, ia bukannya tindakan yang tidak sengaja.

"Dalam laporan yang dibuat pemandu itu, penduduk dan kariah digambarkan seperti 'gangster' sedangkan dia tidak mengaku kesilapannya. Jika salah, mengaku saja dan usah berdalih," katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan mengenai insiden itu selepas tular di media sosial menerusi beberapa klip video memaparkan istiadat membawa jenazah Pegawai Memerintah Skuadron 503 TLDM Allahyarham Muhammad Firdaus ke tanah perkuburan Islam berhampiran masjid sebelum pemandu kenderaan membunyikan hon.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, pemandu itu mendakwa terlanggar sebuah motosikal di bahagian kanan keretanya ketika melalui jalan berkenaan pada jam 7.45 petang.

Pemandu yang berusia 46 tahun itu berasa panik lalu tertekan hon menyebabkan keretanya dikerumuni orang ramai.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat.


SEBAHAGIAN penduduk Sungai Nibong Besar membuat laporan polis susulan kejadian kekecohan yang berlaku ketika upacara pengebumian nahas korban helikopter TLDM. FOTO Zuhainy Zulkiffli​​

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2024 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga polis ambil tindakan.


Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Alah, apa nak hairan ni cina bukan islam tak aware kira boleh la terima tapi ada masjid tu boleh tak aware ambil perogol bawah umur baca khutbah tu camne lak.  
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 28-4-2024 07:32 AM
Alah, apa nak hairan ni cina bukan islam tak aware kira boleh la terima tapi ada masjid tu boleh tak ...

Dah tu dlm kes ni yg die menipu dalam report terlanggar motosikal tu ape plak? Richard Huckle paedophile famous tu masuk malaysia sebab atas alasan buat keje mubaligh ke uols taknak kecam ke gereja malaysia kenapa tak aware?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
You ada ke tempat tu boleh confirm dia x terlanggar motosikal tu? Dan buat false report.
Richard huckle tu org malaysia ke yg org malaysia kenal dia.  Dia masuk pun visa apa pastu kerja as volunteer kan bukannya mubaligh attached or representing a church.  Kalau nak buat sebagai example pun tengok la keadaan dek.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 28-4-2024 08:25 AM

apo. bio jelah polis buat kerja. elok la acik2 ni report hitam putih bnde siap viral kan? nnti acik polis siasat ler acik2 masjid ni n acik cina tu. nnti kot acik pulis panggil dua dua ke ape setel kat balai ,acik cina say sorry ke ape tgk ler. takde acik pulis ke jaga jalan time tu?? sni haritu ade majlis kawen ke aku taktau lah, penuh jalan ni jem, tp ade lah acik pulis 3 org kt situ tp jem a jugak, sbb deme penuh atas jalan. pastu ade sorang acik india tu sivik tinggi, dia suruh smua aci anney india tu ketepi, jalan satu lorong je satu lorong lagi bg keter jalan. (deme jalan ramai2 nk ke kuil, ak punye keter belah belah depan so nmpk lah acik sivik tu,plus kita pun sivik tggi tak langsi lah nk hon hon emo ke ape, time tu lagi pnjg beratur keter kt blakng, acik cina ni dia sbijik aje.) huhuhu agitu acik cuba neutral. ingt senang ke nk blajo jd neutral, taip padam taip padam taip padam, tu bab medsos. kalau dlm khidopan real kt luar lagi lah, mmg kena sabo jap, bukan btindak tbulu bulu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2024 08:56 AM | Show all posts
annehuda replied at 28-4-2024 07:56 AM
Dah tu dlm kes ni yg die menipu dalam report terlanggar motosikal tu ape plak? Richard Huckle paed ...

tak yah layan. tu mesti kristian sabahan/sarawakian yg forever anti islam, anti palestin, anti anything to do with islam as a whole. aku memang dah boikot set2 ni. dorang memang fasih cakap dan tulis macam melayu islam tapi hati benci anything to do with islam. majoriti daripada mereka. aku memang boikot siap2. kes palestin yisrahell menyingkap hati hitam mereka yg ttp menyokong zhionish laknatullah sbb dorang percaya pembentukan negara yishrael memepercepatkan kedatangan mesiah mereka. pahaman kristian angelikan. padahal majoriti non muslims di seluruh dunia lebih2 lagi dalam kalangan yang membaca dan bijak pandai kebanyakan dah bertukar ke arah pro palestin.

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 28-4-2024 08:02 AM
You ada ke tempat tu boleh confirm dia x terlanggar motosikal tu? Dan buat false report.
Richard hu ...

Beriya lahai membackup pemandu biadap.msti u pon spesies lagu tu kn.xpe nnti ada famili u mninggl i doakn u dipertemukn dgn pemandu sebegitu ya .amin amin ya rabbal alamin...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2024 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Acik tak tahu nak backup siapa.

Acik makan popcorn je
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
lightheaded67 replied at 28-4-2024 08:18 AM
apo. bio jelah polis buat kerja. elok la acik2 ni report hitam putih bnde siap viral kan? nnti acik  ...

Rasenye tu bukan polis kot tapi Rela. La ni kenduri kawen org melayu pun tuan rumah upah RELA jaga trafik dan parking. Kalau ikutkan kita ni lagilah rengsa yg cina mati berarak naik kereta pelan pelan tu sambil tabur-tabur duit kubur tu tapi tak penah lg la dengar kisah kena hon. Cina bakar kemenyan tinggi tinggi tu sampai pencemaran asap, cina pasang tokong kecik merah tu setiap kali construction tp lepas tu tak reti nak buang. Tp kita harmoni jah tapi tang dia buat kita terus dicop racist plak aigoo
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 10:18 AM | Show all posts
Edited by hyie at 28-4-2024 10:19 AM

iols memang duduk dekat2 tempat ni je, so iols cakap based on apa yang iols tahu pasal tempat ni yach.

ekceli malam tu takda polis trafik pon dok jaga jalan dua line tu. Dan jalan tu memang sentiasa sibuk sebab depan (lepas trafict light ada bus stand sg nibong. Kekdahnya, masjid ni betul2 di pinggir jalan bawah flyover, so kalau chuols park kereta depan masjid tu dah memang boleh je kereta chuols kena sagat kalau tak park bebetul.

patutnya polis trafik tutup la satu jalan tu, pastu satu lagi bagi la orang lalu. Nak jadikan cerita, ummah gigih la berkerumun penuh satu jalan tu (dua2 hala), dah tu camna orang nak lalu? kau bodoh ke tu kan jalan raya. Dah kau halang laluan memang la orang dok hon, kau memang bodoh ya. Apa kau ingat semua orang tahu ke kat situ ada majlis pengebumian, to be spesific pengebumian kes helikopter haritu.

iols pon baru tahu petang tu sebab ada abang askar tu tegur dan ajak meols bebual kata dia nak attend majlis tu. Barulah iols tahu orang tu duduk situ je kampungnya. So what? tak semua orang ada masa nak selak sotkabar ke forum ke apa..kalau tahu pun, tak semestinya dia akan tahu orang tu ditanam kat mana etc. Logiklah..

boleh je pon van jenazah tu pegi ke laluan jalan dalam yang memang tak ganggu jalan raya dan terus ke kubur je sebelah masjid tu. Staf masjid pon tak reti nak aware pasal ni, boleh je kan suruh diorang ke jalan belakang masjid.

yang ontua2 gampang ni pegi kerumun pecah cermin cina tu apehal entah? ketuk suruh turunkan cermin, pastu bagitau ada majlis pengebumian kan senang. Kau sikit2 nak emosi rasis bagai? dasarrr...takyah nak terpaling sangat la..sama je macam kes cina don hon orang block kereta dia time solat jumaat pastu kena pecah cermin.

ko dah kenapa? iols yakin je benda ni bila melibatkan cina, melayu2 terus menggelupor. Kau yang rasis tak bertempat. Benda boleh settle elok2 saja buat kalut yihhhh. Chuols yang tak duduk sini takyah nak beria la memekak yach. Sembang macam la tau sangat choiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 10:26 AM | Show all posts
Samerosie replied at 28-4-2024 08:02 AM
You ada ke tempat tu boleh confirm dia x terlanggar motosikal tu? Dan buat false report.
Richard hu ...

ko BUTA ke apa?bapa byk video rakaman kt situ, takde pun motosikal
yg ada motorsikal polis parking tepi adalah, pstu penuh dgn org ramai kat jalan tu, moto celah mana timbul? moto terbang?

tgk bukti pun bahlol, belum lagi nk hujah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 28-4-2024 07:32 AM
Alah, apa nak hairan ni cina bukan islam tak aware kira boleh la terima tapi ada masjid tu boleh tak ...

Busuk busuk penganut agama kita ..lepas serve sentence dlm nuraka tetap akan masuk syurga...tapi kapir...no chance ..so musti perang habis habisan kapir ni yg tak tunjuk sensitivity ....gitu ler kata anak jiran aku yg 3 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
HON = 3R..

Kahkahkahkahkahkahkah

Apa nak jadi dgn bangsa aku....
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Dlm kesesakan kalau menekan hon sbg peringatan pada org sekeliling that there is a car moving, slowly it maybe, supaya they are aware....pun kena chop 3R...?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Kata anak jiran aku yg 3 tahun...kalau dia berada disitu...dia akan guide traffic....and the humans there...beri laluan pada kenderaan ibarat mencarit bulu pubic dari dlm tepong....pubis tak putus....tepong tak berselerak....everyone happy...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2024 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 27-4-2024 09:53 PM
Semoga polis ambil tindakan.

Ambil tindakan kerana tak apply permit utk gunakan premise umum? Jalanraya? Aku tak paham....
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 28-4-2024 10:58 AM
annehuda replied at 28-4-2024 10:15 AM
Rasenye tu bukan polis kot tapi Rela. La ni kenduri kawen org melayu pun tuan rumah upah RELA jaga ...


takpolah gitu kan,eloklah acik sejid ni report polis bio dua dua team kena siasat gitukan..tp patot ade la acik pulis ke rela ke trafik ke nengok kan deme deme ni kalau dh ramai2, kang ape2 hal tak kena acik polis acik uniform jugak yg susah ngadap deme balik. sabo jelah acik uniform pon, gadoh laki bini pon acik polis nk kena ngadap. nak emo ni kejap je, tgk dlm porum udahle. takleh tsilap sikit, ngamok deme    
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 11:11 AM | Show all posts
alasan yang tidak dapat dipakai
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingergrumpy at 28-4-2024 11:48 AM
Supersirap replied at 28-4-2024 11:11 AM
alasan yang tidak dapat dipakai


Anak jiran aku yg 3 tahun tanya...kalo org mereka mati perarakhen bunyik bunyian yg sering kedengaran associated with kematian mereka,  dari jauh dah boleh kita dengar dan tahu...sedangkhen org kita bila berarak mengusung jenazah biasanya alunan apa?

Kita ASSUME yg membunyikan hon sahaja nak provoke..?sehingga kita react seperti gangster kl?

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.618638 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list