View: 4668|Reply: 18
|
Pendaki Gunung Yong Belar ‘disambut’ suara riuh-rendah... Bunyi aneh makin ketara ketika kawan baca al-Fatihah
[Copy link]
|
|
KERAP timbul perbincangan dalam masyarakat tentang kewujudan alam ghaib, dimensi yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
Antara yang sering menggusarkan orang ramai adalah pendedahan pelbagai bentuk gangguan makhluk halus, seperti penampakan entiti, bau dan juga bunyi.
Melalui satu video tular di laman TikTok, seorang wanita menceritakan momen seram yang dilaluinya ketika mendaki bersama rakan di Gunung Yong Belar, Perak.
Berdasarkan video tersebut, wanita itu mendakwa dia mendengar suara riuh-rendah pada audio latar meskipun ketika rakaman sedang dibuat, suasana sekitar adalah hening.
"Waktu ni saya antara orang terawal sampai dekat Kem Kasut dengan dua kawan yang lain. Seorang kawan saya ni namanya Irfan, dia imamkan solat.
"Dia baca al-Fatihah dengan agak kuat serta alunannya juga sedap, jadi saya tergerak untuk mula merakam, menarik hendak dimasukkan ke dalam video rangkuman perjalanan kami.
"Tapi alangkah terkejutnya saya apabila buka balik video tu, saya dapat dengar bunyi bising dekat belakang, seolah macam ramai orang di situ. Suara itu tidak lantang, ia seakan-akan bisikan.
"Padahal di kiri dan kanan saya tiada orang, kumpulan pendaki yang lain pun berada jauh daripada saya. Apa benda yang saya dengar tu agaknya?," soal itu wanita cuba mencari jawapan kepada keanehan tersebut.
Tambah wanita itu lagi, rakaman video tersebut bukan satu-satunya gangguan yang dialaminya ketika mendaki pada hari terbabit.
"Waktu saya mendaki secara berkumpulan tu, saya jalan lambat dan ketinggalan sekejap di belakang. Yang lain semua dah di depan. Tiba-tiba saya dengar suara macam ramai orang dekat satu lokasi tu.
"Seperti wujud perkampungan sekitar kawasan berkenaan, tapi di tengah hutan belantara. Saya cekalkan hati dan terus jalan pantas untuk masuk semula dalam kumpulan, tak mahu fikir bukan-bukan," ujar wanita tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, warga maya tampil berkongsikan kisah merinding bulu roma yang turut dialami mereka.
"Saya dengan kawan pun baru balik daripada berkelah di Yong Belar, kami sesat sampai terpusing-pusing di tempat sama, dekat 20 jam baru boleh keluar. Taubat dah nak pergi sana.
"Ada video saya rakam di sebuah taman rekreasi, apabila saya tengok balik, boleh dengar orang menyanyi dan berbisik betul-betul sebelah saya. Meremang habis satu badan.
"Sama juga saya, berkelah dalam khemah dekat hutan, tiba-tiba dengar bunyi bising orang berborak di luar padahal memang tiada siapa. Sejak tu aku terus boikot aktiviti berkelah," kata sebahagian pelayar.
Bagi mereka yang beragama Islam, kita harus beriman dan percaya kepada perkara ghaib seperti syurga, neraka, malaikat, hari akhirat serta makhluk halus meliputi jin dan syaitan.
Rakaman video tular di hutan yang mempunyai suara misteri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dwdrum at 27-4-2024 05:32 PM
Selalu yang claimed pelik pelik ini seperti visual... Auditory.. Olfactory(smell)... Gustatory(taste) and tactile(touch) associated dengan halucination.. Benda ini bukan supernatural ada makhluk ghoib kah apa... Prominent scientist tidak ada agama pun experiencing hallucination jenis begini...salah orang yang ngaku carl sagan... Hallucination bukan mental problem seperti schizo kah apa ini natural.. ramai yang experience akan cuba bukti kan kepada orang lain akan buat cerita alam ghoib sebab convincing ter utama kepada person yang ada same hallucination experiences ..cerita nya ko tidak gila or mental problem nyah ini common .. Cuma taboo dalam society apa bila guna word hallucination (temporary) |
|
|
|
|
|
|
|
emm,,biasa la hutan2 ni tempat berbagai makhluk mendiami... yg penting jaga kebersihan tempat tersebut... |
|
|
|
|
|
|
|
Takda video tak percaya.
Nextttt |
|
|
|
|
|
|
|
terlalu byk nonton filem hantu
filem hantu ni mcm filem porno
rosakkkn minda tanpa sedar
dia brainwash otak korang jadi penakut dgn benda2 cmni, dgnhuraiannya pjg2 , biar korg mengalamun dlm ketakutan biar korang tinggi imaginasi bagai, biar leh bygkn apa yg dgr/nmpk dpn mata
setau aku la
takde sorg nabi pun suruh baca cerita hantu kat sahabat2 agar takut..
hanya umat meleis je yg buat utk rosakkn minda ,psl tu jadi penakut |
|
|
|
|
|
|
|
primarikey replied at 28-4-2024 09:10 AM
Bideo pliss
Tak payah la. Kalau ada pun mesti bideo kualiti 3gp audio macam mp3 12 kbit/s, ngam-ngam nak dengar sesuatu terus stop recording. |
|
|
|
|
|
|
|
Triple_8 replied at 28-4-2024 11:09 AM
Tak payah la. Kalau ada pun mesti bideo kualiti 3gp audio macam mp3 12 kbit/s, ngam-ngam nak denga ...
Alasan tutup rakaman sebab terlalu seram dan takut.
|
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 28-4-2024 10:24 AM
terlalu byk nonton filem hantu
filem hantu ni mcm filem porno
rosakkkn minda tanpa sedar
Otak Indon KKN Desa Penari Wisata Horror untuk memanggil Wisatawan di Desa Kumuh dan Terpuruk
@nusaraya
|
|
|
|
|
|
|
|
Banyak perkara misteri di kawasan hutan |
|
|
|
|
|
|
|
Supersirap replied at 28-4-2024 11:34 AM
Banyak perkara misteri di kawasan hutan
Boleh buat Wisata Horror |
|
|
|
|
|
|
|
Kat bandor pun ada, hutan lagi la ,standard le kan banyak makhluk dan isinya. Teringat pengalaman dekat sungai kaki Gunung Jerai. Snap gamba di kawasan yang dikatakan puteri b mandi. Tujuan nya nak rakam aktiviti student. Hasil gamba semua rosak, dengan digi cam pun rosak terus. Gamba semua kuning senja je. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat sewaktu gunung CBL mula dibuka pada mac 2024 setelah sekian lama ditutup pada orang awam sejak julai 2021. Waktu tu aku adalah team orang awam pertama naik sewaktu dibuka..kami naik pada 1 mac 2024 dan seramai 67 orang dari team kami. Agak ramai kan. Dipendekkan cerita..sewaktu malam kedua kami tido di Kem Langsir...kami kami seramai 4 orng tido di seberang sungai kecik..manakala yang lain tido di kem seberang sungai..ada sungai kecik je memisahkan antara kami...kalau orang duk seberang sungai tu borak pun boleh dengar. Malam tu hujan turun dengan lebatnya menyebabkan air sungai mulai naik dan menjadi kepala air dengan lajunya. Setelah hujan beberapa jam...hujan mulai reda tapi masih gerimis dan kedengaranlah bebrapa orang duk membasuh pinggan, ambik wuduk dan sebagainya. Aku yg duk kem sebelah tu tetiba terdengar jeritan kemudian disusuli dengan gelak yang bukan main seram lagi..tetiba aku bangun dan tengok member sebelah kot2 dia dengar tapi dia tido je. So aku pun buat derk je lah. esoknya masa dh turun dan sampai semula kat parking kete aku tanya2 member2 lain ada dengar tak jeritan tu..dua org takde dengar manakla member yg sebelah aku ada dengar dan dia diamkan aje... Seram tau jeritan dia tu kemudian disusuli dengan ketawa yang seram..macam seriau pulak dengr...itu jelah. |
|
|
|
|
|
|
|
espri6006 replied at 14-8-2024 04:04 PM
Teringat sewaktu gunung CBL mula dibuka pada mac 2024 setelah sekian lama ditutup pada orang awam se ...
Salaam. Pengalaman yg menarik. Siapa yg mencuci dan ambil wudhu tu. Rakan2 yg tido seberang sungai ke atau makhluk dot dot? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak minat aktiviti hutan, masa bujang ok la sorang2. Dah ada anak kecik tak kuasa nak anak grounding dalam hutan. Kat padang rumput sudah, taman2 rekreasi ke. Tak minat tempat2 banyak makhluk ni |
|
|
|
|
|
|
|
aku kalau benda2 kt tiktok ni payah nak percaya
membongak je lebih semata content |
|
|
|
|
|
|
|
yang mencuci dan ambik wuduk tu member hiker juga sebab ramai je ambik kesempatan duduk tepi sungai tu bila hujan berhenti cuma bab suara tu je tak pasti ..suara manusia atau suara apakh.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|