CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1199|Reply: 9

[Dunia] Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri mesyuarat Forum Ekonomi Sedunia

  [Copy link]
Post time 28-4-2024 10:51 AM | Show all posts |Read mode
RIYADH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini, malam tadi, dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).

Pesawat khas yang membawa Anwar mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid pada kira-kira jam 10.25 malam Sabtu waktu tempatan atau jam 3.25 pagi Ahad waktu Malaysia.

Ketibaan Anwar serta delegasi Malaysia disambut oleh Naib Menteri Luar Arab Saudi, Waleed A El-Khereiji bersama-sama rakan sejawatnya Datuk Seri Mohamad Hasan dan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah.

Riyadh akan menjadi hos mesyuarat khas itu yang berlangsung selama dua hari bermula Ahad ini bertemakan 'Kerjasama Global, Pertumbuhan dan Tenaga untuk Pembangunan.'

Mohamad berkata, Anwar menerima jemputan peribadi daripada Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed bin Salman untuk menyertai sesi panel bertemakan 'Wawasan Baharu untuk Pembangunan Global' bersama-sama pemimpin negara lain semasa pembukaan mesyuarat khas itu.

Selain itu, Anwar dijadualkan menyertai Dialog Strategi Serantau Bersama mengenai ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang diadakan khusus untuk mengetengahkan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025 dan Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama dalam sesi ini.

Perdana Menteri juga akan menghadiri program Dialog Strategi Negara dan beliau dijangka berinteraksi dengan pemimpin industri dunia bagi mengetengahkan peluang ekonomi yang boleh dimanfaatkan di Malaysia.

Di luar mesyuarat itu, Anwar dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan beberapa pemimpin termasuk rakan sejawatnya dari Jordan iaitu Bisher Hani Al-Khasawneh dan Presiden Rwanda Paul Kagame.

Perdana Menteri juga akan menyertai ketua-ketua negara dan kerajaan pada Majlis Makan Malam Khas yang dihoskan oleh Putera Mahkota Arab Saudi.

Lawatan kerja ini akan terus memperkukuh hubungan erat yang sudah terjalin sekian lama antara Malaysia dan Arab Saudi serta memperkasa silaturahim pemimpin kedua-dua negara. – BERNAMA

Bermula hari ini, Anwar bersama menteri-menteri kanan serta delegasi Malaysia yang lain akan menghadiri persidangan serta mengadakan beberapa pertemuan penting bersama pimpinan dunia dan ketua-ketua korporat global. - Foto X/Anwar Ibrahim

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-4-2024 10:51 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2024 10:51 AM | Show all posts
Bermula hari ini, Anwar bersama menteri-menteri kanan serta delegasi Malaysia yang lain akan menghadiri persidangan serta mengadakan beberapa pertemuan penting bersama pimpinan dunia dan ketua-ketua korporat global. - Foto X/Anwar Ibrahim
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2024 10:52 AM | Show all posts
Ketibaan Anwar serta delegasi Malaysia disambut oleh Naib Menteri Luar Arab Saudi, Waleed A El-Khereiji bersama-sama rakan sejawatnya Datuk Seri Mohamad Hasan dan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah. - Foto X/Anwar Ibrahim
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2024 10:52 AM | Show all posts


Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri mesyuarat Forum Ekonomi Sedunia. - Foto X/Anwar Ibrahim
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2024 10:52 AM | Show all posts
Anwar selamat tiba ke Riyadh, Arab Saudi bersama delegasi Malaysia malam tadi untuk menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) selama dua hari sehingga Isnin. - Foto X/Anwar Ibrahim



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2024 12:11 PM | Show all posts
Boleh buat umrah sekali
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 03:38 PM | Show all posts
Free Palestine not on the agenda?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2024 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohh dia masih PM lg ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 04:18 PM | Show all posts
so  .....   next PRU siapa jadi PM ...  kekal Anwar atau who

uols nak siapa   

bawang ?  
abah ?  
jahit ?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.068160 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list