CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1370|Reply: 4

[Tempatan] Stigma bunga lahirkan usahawan

[Copy link]
Post time 28-4-2024 11:23 AM | Show all posts |Read mode
Helwina Hadiny bersama produk keluaran syarikatnya, Saffron Water ketika ditemui di kemudahan penyimpanan produk berkenaan di Kubang Kerian, Kota Bharu, baru-baru ini.



KOTA BHARU – Bekas pegawai salah sebuah syarikat kewangan di Kelantan yang berkelulusan dalam jurusan akauntan kini sohor dikenali sebagai tauke air minuman herba berkhasiat.

Perjalanan wanita ini bukan mudah, dia mengambil keputusan berhenti kerja selepas mengalami gangguan emosi dan masalah sukar tidur pada 2013.

Masalah insomnia kesan depresi yang dihidapi turut membawa simpton anxiety dan kemurungan, menyebabkannya terpaksa bergantung kepada pil dan ubatan moden yang sekadar menjadi penawar untuk menahan penyakit.

Pengasas syarikat Saffron Water, Helwina Hadiny Mustafa Apipi, 40, dari Kampung Bunut Payung, Kota Bharu berkata, ada hikmah di sebalik stres yang dialaminya selama beberapa tahun selepas menemui ‘penawar mustajab’ yang dimaklumkan oleh seorang penjual bunga berketurunan Turkiye yang kini menjadi amalan hariannya.

Menurutnya, tahun 2015 menjadi tanggal membahagiakan bagi seisi keluarganya apabila simpton insomnia yang dihidapi berakhir berkat keizinan Allah, hanya dengan mengamalkan amalan minum air rendaman stigma bunga raja rempah yang dikenali umum sebagai Safron.

“Saya membelanjakan wang tabungan gaji untuk mendapat bekalan stigma itu dari Turkiye bagi kegunaan sendiri dan setahun kemudian, saya mula berkongsi manfaat serta khasiat bunga itu kepada sahabat serta rakan terdekat yang berdepan isu sama.

“Akhirnya pada 2016, tercetus idea untuk memulakan perniagaan menjual air rendaman stigma bunga Safron dengan harga mampu milik, tanpa meletakkan keuntungan tinggi berban­ding harga stigma yang diimport dari luar negara,” katanya ketika ditemui di kemudahan penyimpanan Saffron Water di Kubang Kerian, di sini baru-baru ini.

Air Safron tidak hanya digunakan sebagai minuman atau ditambah pada masakan, malah sesuai digunakan untuk mencuci muka.

Tambah wanita itu, kos stigma bunga Safron jauh lebih mahal berbanding harga jualan sebotol air safron yang dikeluarkan syarikat pada RM7 untuk isian 500 mililiter, bagi membolehkan semua lapisan pengguna mampu memanfaatkannya sebagai sup­lemen penawar.

Menurutnya, stigma daripada bunga Crocus sativus turut dikenali sebagai ‘Raja Herba’ di negara Arab dan masyarakat sana mengamalkannya sebagai bahan perubatan alternatif selain dicampurkan dalam masakan.

“Stigma bunga ini hanya boleh didapati di negara beriklim empat musim seperti di Maghribi, Sepanyol, Iran, India dan Pakistan. Ia tidak sesuai dengan cuaca di negara ini.

“Saffron Water kini mengimport stigma bunga Safron dari negara Iran yang memiliki kawasan penanaman subur. Ia ditanam, dipetik dan proses pengasingan stigma dilakukan dengan tenaga manusia hanya semusim dalam satu tahun,” katanya.

Helwina Hadiny memberitahu, harga import bagi satu kilogram stigma bunga Safron mencecah RM23,800 hingga RM28,560 dan ia dikilang di Kota Bharu mengikut sistem operasi standard perubatan yang digabungkan de­ngan air beralkali pada pH 7.5.

“Air minuman yang dikeluarkan ini dipercayai baik untuk pencernaan dan melancarkan perjalanan darah. Ia bagaikan suplemen kepada organ dalaman badan,” katanya.

Kini, pengeluaran produk air Safron keluaran syarikat mencecah 30,000 hingga 50,000 botol sebulan bagi memenuhi permintaan pengguna di seluruh negara, selain untuk pasaran Indonesia.

“Saya bercadang untuk mele­barkan perniagaan air ini hingga ke seluruh Asia Tenggara dan Asia Barat. Pembekal stigma bunga dari Iran sendiri mengalu-alukan agar air yang diproses dan dibotolkan di sini dieksport kembali ke negara berkenaan.

“Air Safron yang dijual pada harga mampu beli itu bukan ha­nya untuk diminum, malah boleh digunakan pengguna untuk mencuci muka atau sebagai bahan campuran dalam masakan yang dikatakan menjadi penawar me­ngurangkan tekanan, mencegah kanser, mengurangkan kadar kolestrol dan mengelak hidrasi,” katanya.

Helwina Hadiny berkata, sokongan suami dan ahli keluarga menyuntik semangat baginya untuk terus membina empayar perniagaan yang kini turut membantu membuka peluang pekerjaan kepada orang ramai.

Sehingga kini, katanya, syarikat Saffron Water mempunyai kekuatan 50 wakil jualan yang berdaftar di seluruh negara, tidak termasuk mereka yang menjualnya secara dalam talian dan lebih 10 kakitangan tetap yang mengurus perjalanan perniagaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-4-2024 11:24 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok.
Sbb produk kelantan aku agk sceptical.
Tp utk herbalist, mmg byk resepi yg guna Saffron as ramuan dlm perubatan alternative.
Well trained people yachh people.
Semua ramuan tailored utk specific conditions.
Bukan 1 produk fr all.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Errr.kelantan darul Ponder.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh buat toner ke?


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.081337 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list