CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11162|Reply: 39

Berdoa & sembahyang depan poster2 hantu setan!

[Copy link]
Post time 24-3-2011 02:55 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by pisangmontel at 24-3-2011 15:04

Baru2 ni aku dgn kawan jurukamera pegi majlis doa selamat anjuran MIG. Pelancaran filem baru Sumpahan Kum Kum. Aku rasa tersangat tak selesa bila kena berdoa berdepan dengan poster-poster muka hantu sebesar alam dari filem Keramat, kum kum, dan muka macam-macam hantu lain lagi. AKu rasa macam mengadap muka-muka syaitan dalam poster tu. Kalau korang tak percaya, korang tengok lah gambar kat dalam harian metro semalam, ada gambar orang berdoa depan poster2 filem hantu yang bakal diterbitkan oleh MIG tyang berlambak-lambak tu. Bagi aku amat tidak wajar untuk berdoa dan sembahyang berdepan dengan poster-poster berobjek syaitan seperti itu.  Apa pendapat korang ek?
Hmm...confius lah aku dengan senario hantu dalam filem melayu yang semakin melampau2 nih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2011 02:57 PM | Show all posts
eleh nak promote le tewww
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2011 03:02 PM | Show all posts
Sertai komuniti myMetro
login|daftar

Layari
Khamis, 24 Mac 2011

Versi MobileRSS1klassifiedsiMetroAkhbar DigitalTeam Metro
UTAMABERITAEKSTRAMETROPLUSGIGSHATIRAPVARIASITANYA PAKARBIMBINGANKOLUMNISARKIB SEMINGGUVIDEO
myMetro  Rap
‘Kali ini betul-betul seram’
imran@hmetro.com.my
Oleh Rudy Imran Shamsudin
         
FILEM seram kini menjadi genre pilihan kebanyakan penerbit untuk dihasil�kan. Segalanya bermula dengan kejayaan Ngang�kung yang berjaya mencatat kejayaan besar dengan kutipan pecah panggung RM8.45 juta, diikuti Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Khurafat yang mencatat kutipan lebih RM8 Juta.

Ini ditambah pula dengan kejayaan Niyang Rapik, Mantra, Jangan Pandang Belakang Cong�kak 2 yang turut ditayang�kan tahun lalu manakala filem lain, Jangan Tegur, Jangan Pandang Belakang Congkak, Momok The Movie dan Santau yang ditayangkan pada 2009.
Pastinya dengan kejayaan diraih filem ini, kebanyakan penggiat berasakan menghasilkan filem genre seram lebih menguntungkan.

Metrowealth Pictures (MIG) yang banyak mencatat kejayaan melalui filem seram sebelum ini, menghasilkan pula Sumpahan Kum Kum (SKK) yang bakal menjalani penggambaran 23 Mac ini di Ijok, Selangor.



Menampilkan beberapa muka baru dan lama seperti Fezrul Khan, Lydiawati, Putri Mardiana, Kaza, Razak Ahmad dan Maimon Mutalib, filem ke-56 terbitan MIG ini akan ditangani Ismail Hasim atau Bob yang juga pengarah Ngangkung.



Ditemui pada majlis pelancaran filem itu, kelmarin, Bob menjelaskan, walaupun pernah menghasilkan Ngangkung, SKK sedikit berbeza kerana temanya adalah seram sepenuhnya dan tiada elemen lawak ditampil�kan.

“Ini adalah satu cabaran baru bagi saya kerana sebelum ini, empat filem arahan saya ada unsur komedi, namun pengalaman menjadi pembantu pengarah kepada Ahmad Idham sewaktu menghasilkan Congkak dan Jangan Pandang Belakang banyak membantu,” katanya.

Mengarahkan filem yang mengangkat cerita dongeng masyarakat cukup hangat diperkatakan pada awal 80-an dan 90-an, jelas Bob, dia dibantu penulis skrip, Meor Shariman yang banyak mengumpul data bagi memantapkan perjalanan cerita ini.

“Kisah mengenai Hantu Kum Kum ini ada pelbagai versi. Kalau kita dengar cerita orang di utara berbeza dengan yang diceritakan di selatan. Ada orang kata, hantu kum kum ini adalah hantu perempuan mengandung yang mati dibunuh dan kembali untuk menuntut mayat anaknya.

“Ada pula yang kata, ia adalah perempuan hodoh akibat susuk terpaksa membunuh dan meminum darah anak dara bagi mengembalikan kecantikan wajahnya.

“Menerusi pelbagai cerita ini, kami rangkumkan agar ia menjadi seram dan padat. Pada waktu sama, lakon layar filem seram sangat penting di samping penggambaran juga lokasi untuk menimbulkan ‘mood’,” katanya.

Selain itu, Bob tidak menafikan dia turut menonton beberapa filem seram dari luar terutama dari Thailand. Terbaru, katanya, dia sempat menonton Coming Soon yang disifatkan bagus.

“Sebenarnya filem Kum Kum ini juga pernah dihasilkan produksi Singapura, tetapi ia diharamkan daripada ditayang�kan. Jadi rujukan sebenar bagi menghasilkan filem ini tidak ada.

“Pastinya ia bergantung penuh kepada imaginasi penulis dan kepakaran tenaga kerja produksi bagi memastikan SKK menjadi sebuah filem cukup menarik,” katanya yang turut mengarahkan Senario The Movie: Ops Pocot, Alamak Toyol dan Bini-Biniku Gengster.

Menyentuh mengenai senarai pelakon ditampilkan, jelas Bob, memang sejak mengarahkan filem Ngangkung, tiada nama besar ditampilkan kecuali Shaheizy Sam. Namun dia percaya kepada kredibiliti seseorang pelakon itu.

“Dalam filem ini, kami turut menampilkan pelakon baru iaitu Shima Anuar dan Wawa Zainal. Saya yakin pada kemampuan mereka untuk menjayakan filem ini. Di samping itu, ia turut menampilkan pelakon berpe�ngalaman iaitu Lydiawati dan Fezrul. Pada saya, mereka ini akan menguatkan SKK terutama dalam penghayatan watak,” katanya.

Fezrul pula sewaktu ditemui berkata, dia menerima tawaran Bob untuk membintangi SKK kerana berasakan jalan cerita ditampilkan agak unik di samping sudah mengenali pengarah itu sewaktu sama-sama bekerja dengan Idham dalam Ixora.

“Saya suka bekerja dengan Bob kerana dia tidak hipokrit. Lebih penting, dia boleh menerima pendapat yang diberikan pelakon. Perkara itu secara tidak langsung membantu pelakon untuk membina karakter dan perwatakan.

“Mengambil contoh, kalau dilihat pada skrip, watak yang bakal saya mainkan iaitu Adi , biasa saja, tetapi saya percaya kalau seorang pelakon itu mencabar watak dilakonkan, ia akan dilihat menarik,” katanya.

Dalam menghayati jalan cerita SKK, jelas Fezrul, dia banyak membaca dan bertanya menge�nai sejarah bagaimana cerita mengenai hantu kum-kum ini boleh tersebar.

“Malah versi cerita mengenai kum-kum ini pelbagai kerana ia sudah menjadi bahan momokan sejak 1959 sehinggalah pada 1988 sewaktu ia hangat diperkatakan, malah pernah beberapa kali dilaporkan dalam akhbar tempatan mengenainya dalam tempoh itu,” katanya.

Bagi Lydiawati yang lama menghilang daripada industri perfileman tempatan, kembali berlakon dan diberikan peranan besar dalam SKK adalah satu penghormatan buatnya.

“Saya berterima kasih kepada Pengarah Urusan MIG, David Teo yang memberi peluang untuk saya kembali beraksi di layar lebar. Kali terakhir saya berlakon filem menerusi Suami, Isteri dan .... Hendak diikutkan apabila kembali, filem lakonan pertama saya adalah 8 Jam, namun wataknya tidak besar seperti SKK ini,” katanya.

Jelas pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Skrin kali ke-2 itu, dia teruja apabila diberikan peranan besar dalam SKK dengan memegang dua watak iaitu bomoh dan hantu. Malah jelas Lydiawati lagi, dia bakal berdepan cabaran besar apabila harus muncul sebagai hantu dalam pelbagai rupa.

“Bagaimanapun, saya berasa teruja kerana diberikan peranan yang saya rasakan sangat mencabar dan jarang diperoleh pelakon lama. Saya mengharapkan hasil filem ini akan mengubat rindu peminat yang menanti penampilan semula saya dalam industri perfileman tempatan,” katanya.

Filem SKK mengisahkan Mila, lakonan Shima Anuar mendapatkan bantuan bomoh untuk mengubati masalah kulit wajah dihadapi. Tersilap langkah, dia melanggar pantang menyebabkan wajahnya bertambah hodoh.

Bagi memulihkan kembali wajahnya, Mila harus membunuh dan meminum darah sembilan anak dara. Kerana tidak sabar, dia mengambil tindakan singkat dengan anak bomoh Mak Tom (Lydyawati) yang mengubatnya.

Ekoran daripada peristiwa itu, Mak Tom dan Mila mula bermusuhan dan dalam persengketaan itu, Mila berjaya dibunuh. Begitupun, rohnya tidak aman dan menuntut bela dengan mengganggu dan membunuh semua keturunan Mak Tom.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 03:11 PM | Show all posts
mak cik lydiawati dah start belakon balik ker...... tp dia belakon pun best...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 03:16 PM | Show all posts
nak cari gambo tu kat mana? teman tak baca metro
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 05:49 PM | Show all posts
Reply 1# pisangmontel


    MIG kalau nak buat filem seram lagi dan lagi dan lagi kena cari formula baru lah.......
jgn sekadar nak kaut untung sebab selera penonton sekarang byk ke arah filem seram.. so berebut nak produce filem seram.. yg hasilnya nan hado...... kalau takat cam ngangkung, JPBC n lain2 tu baik x payah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2011 06:15 PM | Show all posts
memang bias apun cam tuh
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 06:17 PM | Show all posts
filem hantu lg....:re:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2011 06:23 PM | Show all posts
dlm pic tu nampak berdoa je.. tak nampak semayang..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 06:32 PM | Show all posts
berdoa ke solat ke kena tutup aurat .....utamanya....then br fikir bende len lak..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 06:33 PM | Show all posts
yang penting kutipannya nanti mesti juta-juta ............. David Teo u allllllllll
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 06:40 PM | Show all posts
Reply 10# cmf_lie


   agreed! i saw the picture yesterday. Memang agak janggal bila tengok perempuan2 duduk atas sejadah tak tutup aurat, berdoa ramai2 depan poster gambar hantu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 06:53 PM | Show all posts
macam bab1 kan bila tengok gambar tu...mempermainkan agama..berdoa tapi,aurat terdedah..:@
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 07:09 PM | Show all posts
macam bab1 kan bila tengok gambar tu...mempermainkan agama..berdoa tapi,aurat terdedah..
Mede Post at 24-3-2011 18:53



setujuuu.........
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 07:10 PM | Show all posts
mana gambonyer???
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 07:20 PM | Show all posts
mana gambonyer???
innova77 Post at 24-3-2011 19:10



    cari kat thread filem sumpahan kum kum kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2011 08:03 PM | Show all posts
Reply 3# pisangmontel

Apa lah nak jadi dengan masyarakat Malaysia ni. Orang lain berlumba-lumba berusaha memajukan diri, orang-orang disini subuk menakut2kan diri sendiri dengan cerita2 hantu yang tak mendatangkan faedah !

Yang ahli2 politik nya pulak bukan subuk berfikir untuk kesejahteraan rakyat Malaysia, tapi sibuk denag cerita dalam kain / dalam seluer - tak habis2 dengan skandal seks!

Jangan melenting kalau diberi komen begini - memang kenyataan yang tak dapat dibantah !!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 08:17 PM | Show all posts
xde sesapa nak letak pic poster tu kat sini?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2011 08:23 PM | Show all posts
Reply 18# cmf_yipun78


   ada kat paper metro semalam punya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 08:29 PM | Show all posts
xde ke yg rajin nak menepek gambo. nak tgk gakkk
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.071133 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list