CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2938|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Razali cedera langgar jalan berlubang dapat ganti rugi RM721,000

[Copy link]
Post time 29-4-2024 04:21 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal yang cedera selepas terjatuh ketika melalui jalan berlubang di Pasir Gudang, Johor, memperoleh RM721,000 selepas Mahkamah Sesyen Johor Bahru memerintahkan sebuah syarikat penyelenggara jalan membayar ganti rugi itu.

Hakim, Sazlina Safie membuat keputusan itu pada 28 Februari lalu, selepas mendapati Razali @ Mohd. Leey Subeh, 49, selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutannya terhadap sebuah syarikat yang dilantik kerajaan negeri untuk menyelenggara jalan berkenaan.

Berdasarkan alasan penghakiman yang di muat naik dalam sistem kehakiman pada 27 April lalu, Hakim Sazlina berkata, syarikat terbabit gagal memfailkan sebarang hujah bertulis atau lisan walaupun beberapa kali penangguhan sehingga tarikh keputusan dibuat.

Beliau berkata, plaintif berjaya membuktikan kesnya atas imbangan kebarangkalian dan syarikat itu cuai sepenuhnya dalam kemalangan ini.

“Mahkamah boleh membuat kesimpulan bahawa dari tarikh kejadian (11 Februari 2021) sehingga kerja-kerja penggalian pada 29 September 2022, lubang itu kekal di tempat kejadian tanpa sebarang pembaikan, seperti yang diakui oleh semua saksi.

“Mahkamah mendapati isu jalan berlubang di tempat kejadian telah dibuktikan dan diakui oleh defendan.

“Syarikat itu juga mengemukakan kenyataan bercanggah dalam pembelaan mereka apabila pada mulanya mendakwa bahawa mereka tidak melihat sebarang jalan berlubang, tetapi kemudian menemui jalan berlubang yang disebabkan oleh kerja-kerja kemudahan awam,” katanya.

Beliau berkata, mahkamah juga mendapati adalah munasabah mangsa gagal menyedari jalan berlubang berikutan jarak penglihatan yang terhad dan pencahayaan yang tidak mencukupi di kawasan perumahan pada waktu kejadian.

Oleh itu, mahkamah percaya defendan telah gagal dalam tugas mereka untuk menyelenggara jalan berkenaan dan mereka bertanggungjawab kepada plaintif di bawah Seksyen 7(3) Akta Prosiding Kerajaan 1956 (GPA).

Justeru plaintif memperoleh RM352,947.33 untuk ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti rugi am.

Pada 11 Februari 2021, Razali dalam perjalanan dari Taman Cendana ke Taman Kota Masai, sehingga kemalangan berkenaan telah mengakibatkan plaintif terjatuh serta cedera di bahu kanan, lengan jari dan kepala.

Plaintif kemudian memfailkan saman terhadap syarikat berkenaan dan kerajaan negeri sebagai responden pertama dan kedua, masing-masing atas kecederaan dan kerosakan yang dialaminya akibat kejadian itu.

Bagaimanapun pada 16 Mei 2022, plaintif telah menarik balik saman terhadap responden kedua (kerajaan negeri).

Berikutan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen itu, syarikat penyelenggaraan itu akan memfailkan rayuan penghakiman berkenaan di Mahkamah Tinggi. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... ang-dapat-rm721000/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 - Lee Jung Jae, Lee Byung Hun, Wi Ha Joon, Gong Yoo ~ 26 Dec 2024 (Season 2), 2025 (Final Season)
Rahah[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 -
Views : 29125 Replies : 254
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 44248 Replies : 29
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 11125 Replies : 449
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 47200 Replies : 1958
siri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayangkan di Neflix hari ini
YgBenarsiri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayang
Views : 13087 Replies : 5
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232317 Replies : 1832
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109982 Replies : 1152
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 52274 Replies : 1477

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.094565 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list