CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2838|Reply: 4

Pelaksanaan sebat di tempat terbuka perlu penglibatan agensi Pusat

[Copy link]
Post time 30-4-2024 10:58 PM | Show all posts |Read mode




HULU SELANGOR – Pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di tempat terbuka memerlukan penglibatan pebagai agensi daripada Kerajaan Persekutuan.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said bagaimanapun berkata, setakat ini, tiada perbincangan dilakukan antara kerajaan negeri dan persekutuan.


“Pelaksanaan perlu melibatkan bantuan daripada agensi-agensi pusat. Jadi bukan senang hanya menyatakan nak melakukan hukuman dalam aspek jenayah syariah tetapi pelaksanaannya.


“Kerajaan negeri mempunyai polis atau penjara mereka sendiri?” katanya ketika ditemui selepas melawat projek baik pulih dan naik taraf bangunan Mahkamah Kuala Kubu Baharu, di sini hari ini.


Semalam, Kosmo! melaporkan Kerajaan Terengganu sedia mempertimbangkan cadangan untuk melaksanakan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di tempat terbuka.


Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi, berkata, penelitian sedang dilakukan dengan mengambil kira perkembangan semasa.


Mengulas lanjut, Azalina berkata, perkara itu perlu dilihat secara keseluruhan berikutan kebanyakan undang-undang melibatkan hukuman berada di bawah agensi Kerajaan Persekutuan.


“Jadi saya rasa kalau mereka nak buat, mereka perlu melihat dalam aspek yang lebih menyeluruh dan bukan hanya setakat bercakap mereka nak lakukan.


“Perlu ‘revamp the existing law’ (gubal semula undang-undang sedia ada) atau kuasa peringkat negeri. (Kalau tidak), siapa yang nak buat pelaksanaan. Tak tahulah mungkin exco (mereka) yang nak sebat sendiri. Tapi nanti dia kena saman atas ‘assault and battery’ pula,” jelasnya.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2024 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebat tayang bontot ke?


Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Inilah akibatnya bila undang-undang Tuhan perlukan kelulusan maknusia, termasuklah orang kapiaq baru boleh dilaksanakan. Betapa bodoh PAS kerana cuba membawa undang-undang Tuhan ke parlimen yang separuh moslem separuh kapiaq, untuk diluluskan oleh mereka secara bersama.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 30-4-2024 11:00 PM
Sebat tayang bontot ke?

Itu sebat stail kapiaq. Stail isle di belakang, dengan memakai baju.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan wak mat maslan tadi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 164564 Replies : 3953
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 5116 Replies : 71
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 8429 Replies : 55
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 26723 Replies : 199
Ocean King Fishing Game: Tips and Trik untuk Pemula di 2024
Mega888DownloadOcean King Fishing Game: Tips and Trik u
Views : 1111 Replies : 0
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19935 Replies : 79
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5382 Replies : 41
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71791 Replies : 2932
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5104 Replies : 4
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4334 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.536468 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list