CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10490|Reply: 0

[Sabah] Parasit dalam PDRM tidak akan dilindungi: Jauteh

[Copy link]
Post time 30-4-2024 11:20 PM | Show all posts |Read mode


SERAH: Jauteh menyaksikan Mohd Zaidi menyerahkan tongkat kuasa kepada Kasim sebagai simbolik penyerahan tugas Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU: Tiada perlindungan yang akan diberikan kepada pegawai serta anggota yang melakukan kesalahan atau melanggar integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, tindakan pegawai serta anggotanya yang berkelakuan sedemikian dan disifatkan sebagai parasit dalam PDRM itu berpotensi menjejaskan imej PDRM sebagai barisan hadapan serta pasukan keselamatan yang bertanggungjawab untuk melindungi masyarakat.

“Parasit dalam kalangan pegawai serta anggota ini tidaklah ramai tetapi apabila timbulnya isu ini dalam organisasi, semestinya memberikan masalah berikutan ia tidak menyebut individu berkenaan tetapi kepada polis.

“Kita tidak mahu perkara ini berlaku dalam PDRM khasnya Kontinjen Sabah dan sekiranya ada kesalahan dikesan, kita tidak akan bertolak ansur serta melindungi pesalah itu dan akan mengambil tindakan tegas.

“Pegawai dan anggota yang bersalah akan disiasat sepenuhnya mengikut jenayah yang dilakukan tanpa kompromi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kora Kinabalu di sini.

Majlis terbabit menyaksikan Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah menyerahkan jawatan Ketua Polis Daerah kepada Asisten Komisioner Kasim Muda.

Bercakap lanjut Jauteh berkata, tindakan parasit dalam PDRM iaitu anggota polis yang menyalahi undang-undang dengan melindungi penjenayah tidak ada bezanya dengan penjenayah di luar.

“Peringatan ini sudah diberikan berkali-kali, terutama apabila sesuatu operasi berkaitan Pendatang Tanpa Izin (PTI), operasi pencegahan, koloni setinggan ada anggota yang cuba mengambil kesempatan, begitu juga dengan unit kereta peronda (MPV), bersihkan persepsi masyarakat terhadap MPV.

“Hari ini saya sudah ingatkan untuk tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai serta anggota, kita sudah mengenal pasti suspek dan sekiranya ditangkap jangan beri alasan atau peluang untuk memperbaiki lagi, terus jalankan siasatan setimpal dengan kesalahan, beberapa pesalah sudah berada di dalam lokap dan jangan jadi yang seterusnya” katanya.

Dalam pada itu, Jauteh juga mengingatkan pegawai serta anggotanya agar tidak mengamalkan 3R (agama, kaum, diraja) dalam organisasi di Kontinjen Sabah.

“Isu ini dilihat semakin berleluasa di dalam organisasi pada masa kini termasuklah memberikan maklumat dalaman kepada pihak yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) atau mana-mana pertubuhan yang boleh kucar-kacirkan PDRM sendiri,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.057083 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list