CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10858|Reply: 0

[Sabah] Kasim fokus kurangkan ‘fear of crime’ di ibu negeri

[Copy link]
Post time 30-4-2024 11:22 PM | Show all posts |Read mode


KASIM

KOTA KINABALU: Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Kasim Muda memberi fokus untuk mengurangkan kadar ketakutan masyarakat terhadap jenayah atau ‘fear of crime’ di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Kasim juga tekad memegang prinsip tiada hari tanpa tangkapan narkotik berikutan setiap jenayah yang berlaku berkaitan dengan kegiatan penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata, dalam menggalas dan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM), selain meneruskan apa yang diusahakan oleh Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu terdahulu, beliau juga akan membawa perubahan bagi memperbaiki pentadbiran dalam memastikan keamanan di ibu negeri terus terpelihara.

“Saya difahamkan pentadbiran IPD Kota Kinabalu adalah kawasan paling sibuk dan keadaannya sangat berbeza dengan penugasan saya selama lima tahun di Beluran dalam pelbagai aspek.

“Kita akan meneruskan pentadbiran yang sudah dilaksanakan di IPD Kota Kinabalu dan kita akan buat perubahan berdasarkan peredaran masa.

“Saya juga akan memberi fokus kepada usaha mengurangkan kadar ketakutan masyarakat terhadap jenayah atau ‘fear of crime’ dengan membanteras jenayah bersama-sama komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kora Kinabalu di sini.

Turut hadir Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dan mantan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah.

Sementara itu, Jauteh berkata, semua pegawai yang dilantin menjadi Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu adalah pegawai yang diyakini mampu menggalas tugas yang diberi.

“Kasim menjadi Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu selepas menjawat Ketua Polis Daerah Beluran selama lima tahun.

“Pengalamannya yang cukup luas ini diyakini mampu melaksanakan tanggungjawab bagi menjaga kesejahteraan dan keamanan di inu negeri,” katanya.

Terdahulu, Jauteh semasa berucap dalam Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu memberitahu Sabah menduduki tangga kelima paling tinggi sebagai penyumbang jenayah terbesar di Malaysia.

Katanya, Kota Kinabalu juga adalah ibu kota kedua paling sibuk di negara ini selepas Kuala Lumpur dan beliau harapkan seramai 1,200 warga IPD Kota Kinabalu akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Kasim dalam mentadbir penugasan kepolisan harian di sini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.058664 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list