CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 15198|Reply: 46

Tiada keperluan mendesak bina LRT di Langkawi - Mahfuz

[Copy link]
Post time 30-4-2024 11:52 PM | Show all posts |Read mode




ALOR SETAR: Tiada keperluan mendesak untuk membina Transit Aliran Ringan (LRT) di Langkawi dan kerajaan Kedah sepatutnya memberi keutamaan kepada isu rakyat yang lain seperti masalah bekalan air, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah Datuk Mahfuz Omar.


"Sepatutnya dia (Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor) perlu selesaikan masalah air di Kedah, jangan asyik berangan hendak pindahkan isu ini dengan pembinaan LRT...tak salah berangan tetapi siapkan dulu perkara yang menjadi keutamaan rakyat.


"Masalah air ini janji selesaikan kerana ini menjadi keutamaan kepada kehidupan rakyat. Terlalu banyak pengumuman (projek) yang dibuatnya sebelum ini tetapi tidak menjadi kenyataan," katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran beliau di sini, hari ini.


Mahfuz berkata kerja-kerja menaik taraf loji rawatan air (LRA) di negeri itu yang sepatutnya menjadi keutamaan juga masih belum disiapkan, selain pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) dan litar lumba di Sungai Petani.


Menurutnya Bandar Raya Alor Setar dilihat mempunyai kesesakan trafik yang lebih tinggi berbanding Langkawi, namun belum cukup mendesak untuk dibina LRT.


"Langkawi pun kalau hendak dikira dari hujung sana sampai hujung sini, berapa jauh sangat...biarlah, beri peluang kepada mereka yang duduk di Langkawi untuk buat perniagaan menyewa kereta atau van," katanya.


Semalam, Muhammad Sanusi menyaksikan majlis menandatangani perjanjian memorandum persefahaman (MoU) antara anak syarikat kerajaan negeri Permodalan Kedah Berhad (PKB) dengan syarikat Korea Selatan, Royal Eco Train Development (RETD) bagi melaksanakan kajian untuk mewujudkan sistem pengangkutan canggih di Langkawi melibatkan pembinaan LRT.
Sumber -- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2024 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
MB kami shempoii.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 02:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Penang & JB tu lg penting bina LRT
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena la berlawan dgn Plrt mana boleh penang je buat.  Nanti deposit dah dapat project lebur tak pun dah dibina di alam sebalik mata.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Sanusi sembang je tu utk kekal relevan dgn walaun2. Nanti bila walaun lupa, sanusi sembang benda lain pula

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 09:15 AM | Show all posts
buatlah nanti senang weols nak cikcur satu pulau tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2024 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo kat klang valley org naik lrt sbb nak pg kerja. Kalo melancong prefer naik kenderaan sendiri sng nak manage.

Lg pun mmg btl. Kalo keperluan asas pun x bleh nak provide x payah cerita bab Lain la.

Msia ni da berpuluh tahun merdeka tp Masih bnyk tmpt x ada keperluan asas.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Diam je. Tak perlu komen pape. Sebab kesudahannya, projek LRT tu takkan ke mana. Byk syok sendiri and MB tu nk tunjuk dia pandai buat kerja. Last², end up cm SADA. X kemana. Problem sana sini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2024 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
adakah sanusi tergolong dalam orang kedah sembang tak jatuh macam tred sebelah tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat jambatan dari kuala perelih ke langkawi
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru buat MoU untuk buat kajian utk bina LRT di Langkawi, yg masing2 menggelupor tu apasai?
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 11:58 AM | Show all posts
baik buat jambatan dulu ke tanah besar
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 12:06 PM | Show all posts
You must be cukup bodoh untuk terfikir nak buat study benda yang tak feasible. Nak sangat try buat bas dulu tengok.

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 01:54 PM | Show all posts
Prasarana ada, takmo pakai kepakaran dorangkah?
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 02:16 PM | Show all posts
Infra macam LRT ni makan bilion.... bukan ratus juta. ROI lambat.

Nusi ghaser buleh ke dengan demografi kat Langkawi macam tu, nak pacak LRT?
Untuk penduduk atau pelancong atau kedua-duanya?
Budak U pun pandai pikir mende kritis macam ni.

Passenger volume pun tak seberapa (aku kira rendah sangat).
Kelak jadi gajah putih.
Kos nak senggara lagi, bukan sikit-sikit mat.
Time tu ko dah pencen politik, tapi duit dok keluar lagi ni.

Andai fund 100 persen mari dari federal, kompem kena rejek.
Andai fund dari luar dan diswastakan pun, sapa jer nak masuk dengan volume yang rendah camtu.

Nak tiru bandar besar macam Lembah Klang, mana sama.

Unless, Nusi sembang tak tumbang... semua macam jadi... semua wow.

Tak dengki pun, cumanya kalu Nusi nak sembang pun biar la berlandaskan ciri-ciri kukuh berdasarkan keadaan sediada.

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau akai ada dia akan sebut monorel.

Masuk akal sikit dari sembang deraih petik lrt.

Pembaziran amat tak boleh paham Langkawi TU mmg tak layak buat feasibility study pon utk lrt melayakkan kene henyak berjemaah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2024 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 1-5-2024 02:16 PM
Infra macam LRT ni makan bilion.... bukan ratus juta. ROI lambat.

Nusi ghaser buleh ke dengan demog ...

Bukan salah dia, dia tukang baca ja.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 06:24 PM | Show all posts
takyah lrt..ada bus yg reliable pun da cukup sgt
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
MB kami sempoi
Pandai karok

Mb hang tau apa

Ujar walaun sambil memasukan duit ke dalam tabung milo ( milo yahudikan?)
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Lubok menyakau.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.047612 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list