CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10192|Reply: 44

[Tempatan] Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi

[Copy link]
Post time 3-5-2024 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 3-5-2024 07:59 AM

Pencipta kandungan TikTok @sozi.deeb memuji Malaysia sebagai negara yang selamat untuk pengembara sambil merakam detik-detik perjalanan solonya di awal pagi.




Video TikTok @sozi.deeb, yang telah mengumpul lebih 100,000 tontonan dan 3,500 tanda suka, merakam aktiviti beliau melalui jalan-jalan yang lengang berhampiran pasar Pudu, sambil mendakwa Malaysia adalah negara yang selamat sehingga beliau boleh berjalan bersendirian di mana-mana pada bila-bila masa.

Dalam ulasannya, @sozi.deeb menyatakan kekagumannya terhadap Malaysia, dengan menyatakan, “Salah satu sebab mengapa saya mahu tinggal di Malaysia. Jam 5 pagi, anda boleh berjalan ke mana-mana sahaja pada bila-bila masa, ia adalah negara yang selamat.”

Namun, netizen Malaysia menawarkan perspektif yang berbeza di ruangan komen.

Ramai rakyat Malaysia mempersoal dakwaan warga asing itu, sambil memberi amaran kepadanya supaya tidak berjalan sendirian pada waktu malam, terutamanya di kawasan terpencil.

Seorang netizen menyatakan bahawa keselamatan yang dirasakan pada pukul 5 pagi kerana selalunya ia adalah permulaan hari, di mana aktiviti jenayah mungkin kurang berleluasa pada waktu-waktu tersebut.

Selain itu, sebahagian netizen akui bahawa kawasan tertentu mungkin selamat, di mana seorang netizen menekankan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia tidak akan mengambil risiko berjalan sendirian di tengah malam.

TikTok @sozi.deeb

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2024 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Elehhh..ko puji2 msia ni sbb ko nak Likes je kan
Org msia bodoh je suke duk bagi likes and attention kt content creator mcm ni...x abih2 puji msia
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku yg warga tempatan pun x berani jln sorang2 pukul 5 pagi
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
takdenya selamat kat jalan tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 08:13 AM | Show all posts
noor2 replied at 3-5-2024 08:02 AM
Aku yg warga tempatan pun x berani jln sorang2 pukul 5 pagi

sama lah....meols pun tak brani...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 08:16 AM | Show all posts
Edited by bottombikini at 3-5-2024 08:18 AM

sejenis kokesen lapar tolowers...
sape yg folo tu bodo2 je kena game dgn puak ni

kalau apa2 jadiiiii negara kau salahkan negara ni jugakkkk
dah la kau tu putih comel
sori la org lokal pun takde yg berani lalu situ waktu begitu
dgn matpet nya..homeless..ong gile ..antu...eii idok ler




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2024 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Berani sgt ko ni noksss
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 09:29 AM | Show all posts
Ni berani ke bodoh ni. Masuk negara lain ni jangan la tunjuk berani sangat. Regardless nampak safe ke tak. Orang jahat ni ada dekat mana2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2024 09:31 AM | Show all posts
xsemua tempat selamat, tapi mmg ada tempat yg bebetul selamat kalau kuar jalan sorg2 pun xde masalah,contoh mcm kat PJ, cuma kat pj ni masalah kecurian kebanyakan berlaku disiang hari
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 09:31 AM | Show all posts
Wet market favourite chef wan.  Time2 camni dah ramai dah sebab orang dah start berniaga.  Lagipun mesti ada along kawasan yg jaga, berani nak buat apa2 kat kawasan dia? Jalan ke bawah sikit dah masjid pudu tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
X selamat mana lah

Klu jepun tu aku rasa selamat lah kut
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 09:59 AM | Show all posts
actually kan malaysia ni relatively selamat jah ai rasa..lg2 KL tu..ramai jah berjalan malam2..pepagi buta bagai..tp tgk kwsn la juga kan..

paling x sangka negara yg i fikir selamat nak berjalan memalam adalah australia..menakutkan okey malam malam..dgn homeless aborigin nya yg kuang ajo gi jerit2 fuck off kan..baling barang kat org bagai..odw nak balik hotel nampak sekumpulan teenagers ke apa ni tgh tendang2 pintu kedai nak pecahkan (mencurik la kot)..Kt malaysia pun tak penah nampak mcm tu depan mata okehh
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko belum kena rogol lagi boleh lah sembang.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 3-5-2024 08:20 AM
Berani sgt ko ni noksss

Tapi tengok dah ada orang start meniaga pasar pagi tu. So nak takut apa? Iols ingatkan dia jalan sorang2 gelap2 kawasan sunyi sepi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 10:16 AM | Show all posts
Edited by cantthinkofany at 3-5-2024 10:19 AM

pasaar pudu kul 5 pagi...hiruk pikuk weiii.....peniaga2 wet market dah start meniaga...dah meriah dahh.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelik 5 pagi jenjalan kt pasor kata selamat. Kat pasor kot.  Ngok la ko minah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2024 10:20 AM | Show all posts
Edited by cantthinkofany at 3-5-2024 10:23 AM

mmg ramai je orang asing suka duduk kat malaysia....sbbnya orang malaysia ni jiwa dan minda masih dijajah...kalau mat/minah salleh je bkn main hormat lagi....rasa bangga bila ada kawan mat/minah salleh...
mcm kat opis aku...ada sorang boss mat salleh....bagi aku yg tak berapa pandai kerje....tapi aku rasa mat salleh tu sama je tak pandai mcm aku...tapi bila dalam meeting...dia buat lawak tak kelakar pun...tapi yg lain2 gelak mcm nak rak....mcm la kelakar sangat....aku tak la rasa mcm kelakar pun....cringe sangat....
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 10:24 AM | Show all posts
Lagi selamat dari negra dia mungkin
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 10:28 AM | Show all posts
alan kol 5 pagi memanglah selamat.. buat kontent lain sikit pls..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2024 10:29 AM | Show all posts
demi nak dapatkan tololwers..
dia tau tololwers malaysia ni kan pantang dipuji..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.623818 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list