View: 12046|Reply: 8
|
[Tempatan]
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) gempur penjaja asing di 13 pasar malam
[Copy link]
|
|
MBJB gempur penjaja asing di 13 pasar malam
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-di-13-pasar-malam
Mary Victoria Dass
am@hmetro.com.my
Disiarkan pada: Mei 3, 2024 @ 11:51am
ANTARA peniaga warga asing yang pernah bebas berniaga di tapak pasar malam di sekitar bandar raya Johor Bahru.
Johor Bahru: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) melakukan sitaan terhadap penjaja warga asing yang bebas berniaga di 13 tapak pasar malam di sekitar bandar raya ini.
Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd Noorazam Osman berkata, tindakan itu dijalankan mulai 15 April lalu susulan aduan yang dikemuka warga bandar raya serta pemerhatian pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.
Beliau berkata, lokasi pasar malam terbabit antaranya Pasar Malam Taman Abad, Kampung Melayu, Taman Pelangi, Taman Johor Jaya, Plentong, Taman Desa Jaya, Taman Daya, Taman Ehsan Jaya, Taman Megah Ria, Bandar Baru Uda, Taman Desa Cemerlang dan Permas Jaya.
Menurutnya, tindakan pemberian notis dan sitaan barangan dilakukan mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (MBJB) 2010 selain tindakan tangkapan warga asing yang dilaksanakan di bawah peruntukan undang-undang Jabatan Imigresen Malaysia.
"Usaha membanteras penjaja warga asing yang dilaksanakan oleh MBJB bersama-sama pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan polis pada bulan lalu.
"Operasi penguatkuasaan penjaja warga asing di pasar-pasar malam ini akan dilaksanakan secara berterusan oleh MBJB dari semasa ke semasa.
"Saya ingin mengingatkan kepada penganjur pasar malam agar mematuhi syarat yang ditetapkan dengan tidak
membenarkan penjaja warga asing untuk menjaja di kawasan pasar malam bawah penganjuran masing-masing," katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Beliau berkata, MBJB akan mengambil tindakan dengan mengeluarkan notis penggantungan penganjuran pasar malam selama tempoh dua minggu kepada penganjur yang didapati membenarkan warga asing menjalankan aktiviti menjaja di tapak pasar malam.
"Selepas tempoh itu jika masih terdapat penjaja warga asing menjaja dalam tapak pasar malam, MBJB tidak teragak-agak untuk membatalkan terus penganjuran tanpa sebarang notis lagi.
"MBJB juga amat mengalu-alukan orang ramai menyalurkan maklum balas atau aduan berkaitan kewujudan penjaja warga asing di saluran Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kat pasar malam umah aku ada je bangla jual ikan, sotong, udang. RM20 sepinggan. Time gempur menghilang.. pastu ada lagi.. berulang2 sajm.
|
|
|
|
|
|
|
|
ezacbee replied at 3-5-2024 01:35 PM
Kat pasar malam umah aku ada je bangla jual ikan, sotong, udang. RM20 sepinggan. Time gempur menghil ...
kena gempur tiap ada psr mlm..boleh dpt lauk free.. |
|
|
|
|
|
|
|
Peniaga tempatan kt pasar mlm tak halau ke
Tegas la sikit jgn lembik
Kawasan cina india xnk pulak dorg berniaga
Asyik mengacau kawasan melayu
Elok pijak je dorg ni bodoh sgt
|
|
|
|
|
|
|
|
miss_white replied at 3-5-2024 08:53 PM
Peniaga tempatan kt pasar mlm tak halau ke
Tegas la sikit jgn lembik
Kawasan cina india xnk pulak ...
Pasar malam kawasan cina pun ada bangla jual ikan ni.. mana2 ada je muka dorang. Telo ayam pun bangla jual.
Sekarang pun ada pasar malam bangla. Semua orang dia meniaga. Pbt memang xtau ke buat2 xtau.
Lama2 pasar malam bangla yg jaga. |
|
|
|
|
|
|
|
j sana tu
bapak ayam bangla pun ada skang
|
|
|
|
|
|
|
|
bangla / pakistan mmg dah meresap masuk dlm pelbagai cabang bisness pon... termasuk kedai tayar, bengkel kereta, dobi, kelab malam dan strip club juga. siap import striper dari bangla lagi.
bangla la lama luaskan kuasa, pbt je yg lalai |
|
|
|
|
|
|
|
Bangla ni mmg bodoh xpaham bahasa muka xtahu malu
Tahu lah bodoh sb dari negara miskin
Sb tu susah nk paham kan dorg
Ko ckp byk kali pun dia buat pekak
Mcm sial sana sini dia masuk berniaga
Org tempatan pun satu dah nmpk bangla sekor dua yg berniaga kt pasar mlm kenapa tak bukak mulut halau
Buat diam je
Uols report je biar penguat kuasa halau
Aku pun nk report kalo nmpk ada muka bangla berniaga kt pasar malam
Zahid bongok tu diam je ke
Ni semua dia punye taik
|
|
|
|
|
|
|
|
miss_white replied at 4-5-2024 11:17 AM
Bangla ni mmg bodoh xpaham bahasa muka xtahu malu
Tahu lah bodoh sb dari negara miskin
Sb tu sus ...
Ramai je beli ikan kat dorang ni. Memang untung. Xde lesen xde permit semua xde tapi senang bukak biz kat sini. Sama cam indon. Bukak gerai bakso nasi ayam penyet.
Orang kita gak yg membeli. Xde lak nak boikot.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|