CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4884|Reply: 0

[Terengganu] Jumlah miskin tegar di Terengganu berkurangan sebanyak 3,268

[Copy link]
Post time 4-5-2024 04:56 PM | Show all posts |Read mode

AZHAR (tiga dari kiri) melawat booth pameran ketika Program Kasih Prihatin Negeri Terengganu Peringkat Daerah Besut. FOTO Nurul Fatihah Sulaini

Besut: Statistik jumlah miskin tegar di Terengganu menunjukkan jumlah pengurangan sebanyak 3,268 keluarga dalam tempoh empat bulan pada tahun ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Terengganu, Azhar Abd Hamid berkata, data terbaru menunjukkan jumlah miskin tegar setakat Mei ini ialah 4,158 keluarga.

Katanya, jumlah berkenaan berkurangan berbanding statistik asal pada Januari tahun ini sebanyak 7,426 keluarga.

"Pengurangan jumlah kumpulan miskin tegar ini adalah satu kejayaan pelbagai agensi yang sama-sama berusaha membantu mereka keluar daripada kumpulan miskin tegar.


"Hasrat kerajaan sendiri mahu memastikan sasaran sifar miskin tegar dapat dicapai melalui pelbagai peruntukan, bantuan modal bantuan fizikal serta ilmu pengetahuan kepada peserta," katanya ketika merasmikan Program Kasih Prihatin Negeri Terengganu Peringkat Daerah Besut di Dewan Merdeka Kota Putra Square Kampung Raja, Besut, di sini, hari ini.

Azhar berkata, siri jelajah Program Kasih Prihatin diadakan di Besut pada hari ini adalah yang kelima dan selepas ini akan dilaksanakan di Setiu, Kemaman serta Hulu Terengganu.

"Pada program ini selain Pejabat Pembangunan Persekutuan turut disertai beberapa agensi lain antaranya Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta lain-lain agensi.

"Peserta miskin tegar terutamanya eKasih, miskin dan golongan B40 perlu mengambil peluang untuk datang bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan bantuan yang boleh dipohon," katanya.

Katanya, program ini dapat meningkatkan kesedaran peserta supaya berusaha sendiri untuk memajukan diri kerana peluang serta bantuan yang diberikan kerajaan kepada golongan sasar sangat banyak.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... angan-sebanyak-3268

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.069158 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list