CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2896|Reply: 0

[Selangor] Banjir selepas hujan lebat setengah jam

[Copy link]
Post time 9-5-2024 01:42 PM | Show all posts |Read mode

PENDUDUK Kampung Sungai Jernih, Adrian Khairul Anuar membersihkan dapur. FOTO Redzuan Muharam

Kajang: "Mujur anak bongsu saya yang berusia empat bulan ada di rumah pengasuh. Kalau tak.. saya tak dapat bayangkan macam mana keadaannya," kata Mohd Zakaria Abdul Malek salah seorang daripada penduduk Kampung Sungai Jernih, di sini yang dilanda banjir akibat hujan lebat di sekitar bandar ini petang semalam.

Menurut Mohd Zakaria, kejadian berlaku ketika dia di tempat kerja di ibu kota dan hanya tahu mengenainya kira-kira jam 7 malam selepas dihubungi isteri, Norsalini Mohd Said, 40.

Mohd Zakaria yang bekerja sebagai tukang masak berkata, dia bagaimanapun hanya dapat pulang selepas waktu kerja dan sampai ke rumah kira-kira jam 12.30 tengah malam.

"Isteri bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang dan waktu kejadian, dia ada di rumah bersama anak sulung saya yang berumur 12 tahun.


"Menurut isteri, air naik dengan cepat selepas hujan lebat petang semalam dan memang berdebar waktu dapat tahu mengenai banjir kerana risau keadaannya dengan anak.

"Selesai kerja, saya terus pulang dan waktu sampai di rumah tengah malam tadi, air sudah surut tapi keadaan luar dan dalam rumah berlumpur.

"Walaupun penat kerja belum hilang, saya terus bersihkan rumah dan siap jam 3.30 pagi. Malam tadi kami sekeluarga tumpang bermalam di rumah jiran," katanya ketika ditemui Harian Metro.

Menurut Mohd Zakaria, dia baru setahun enam bulan menyewa di kampung berkenaan dan sedia maklum yang kawasan didiaminya itu berisiko banjir.

"Tapi susah nak dapat rumah sewa sekarang dengan pendapatan saya yang tak seberapa jadi tiada pilihan lain," katanya.

Sementara itu, Siti Bibah Salleh, 74, berkata, hujan lebat sebelum waktu Asar lagi namun hanya sedar air naik selepas menunaikan solat.

"Petang semalam, waktu solat saya sudah dengar dentuman kilat dan guruh di luar. Dalam setengah jam hujan lebat saja, air masuk rumah dan berbau busuk.

"Anak yang bantu cuci rumah dan kemas sampai jam 3 pagi kerana saya tinggal seorang jadi memang tak larat buat semuanya seorang diri," katanya.

Menurut Siti Bibah, kali terakhir kampung didiaminya dilanda banjir teruk kira-kira tiga tahun lalu dan apa yang berlaku membuatkannya hilang semangat untuk menghias rumah atau membeli perabot baru.

"Saya harap kerajaan dan pihak berkuasa bertindak, mungkin sudah sampai masa pertimbangkan untuk berikan pampasan kepada kami kerana kerugian ditanggung bukan sedikit," katanya.

Seorang lagi penduduk, Aminah Mohamed, 50, berkata banjir yang berlaku menyebabkan bahagian dapur rumahnya dinaiki air sehingga paras betis.

"Saya tinggal bersama emak, anak lelaki dan adik perempuan. Waktu kejadian semua ada di dalam rumah.

"Air naik dengan cepat, seingat saya bermula jam 5 petang semalam sampai peti sejuk di dapur pun terbalik.

"Banjir ini bukan masalah baru tapi sudah lama dan memang disebabkan sistem perparitan walaupun longkang depan rumah sudah dibesarkan," katanya yang menetap di situ sejak lebih tiga dekad lalu.

Semalam, beberapa lokasi di Pekan Kajang, di sini, dilanda banjir kilat akibat hujan lebat yang berterusan tempoh beberapa jam.

Berdasarkan rakaman video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan antara lokasi yang dilanda banjir kilat adalah Jalan Raja Haroun dan Jalan Sri Jelok menghala ke Penjara Kajang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -lebat-setengah-jam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 - Lee Jung Jae, Lee Byung Hun, Wi Ha Joon, Gong Yoo ~ 26 Dec 2024 (Season 2), 2025 (Final Season)
Rahah[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 -
Views : 29125 Replies : 254
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 44248 Replies : 29
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 11125 Replies : 449
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 47200 Replies : 1958
siri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayangkan di Neflix hari ini
YgBenarsiri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayang
Views : 13087 Replies : 5
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232317 Replies : 1832
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109982 Replies : 1152
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 52274 Replies : 1477

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.123935 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list