View: 5107|Reply: 0
|
Fandi tagih sentuhan berbisa jentera serangan
[Copy link]
|
|
Pemain-pemain Sri Pahang FC menjalani latihan menjelang aksi pembukaan Liga Super menentang Kelantan Darul Naim FC. - Foto SRI PAHANG FC
KUANTAN: Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad mahu jentera serangannya tampil lebih padu apabila berdepan Kelantan Darul Naim (KDN) FC pada perlawanan pertama Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Sabtu ini.
Legenda bola sepak Singapura itu berkata, ketumpulan jentera serangan pada empat daripada lima perlawanan pra-musim tidak berulang pada perlawanan itu.
"Saya harap jentera serangan akan mempamerkan prestasi lebih baik dengan kerjasama pemain tengah dalam usaha Sri Pahang mencatat kemenangan ke atas KDN FC pada perlawanan pertama.
"Pada masa sama, semua pemain yang disenaraikan dalam kesebelasan utama dapat memanfaatkan segala peluang yang ada.
"Daripada segi persiapan, Sri Pahang sudah bersedia untuk menghadapi saingan Liga Super dan mengharapkan kemenangan pada aksi pembuka tirai," kata Fandi.
Jentera serangan skuad Tok Gajah dijangka akan mempertaruhkan gandingan Kpah Sherman dan Mykola Ahapov.
Manakala tiga pemain import yang mungkin akan disenaraikan dalam kesebelasan utama ialah Kuvondik Ruziev, Manuel Hidalgo dan Aleksandar Cvetkovic.
Dalma aksi pra-musim berdepan KDN FC, skuad Tok gajah mencatat kemenangan tipis 1-0.
Namun, saingan sengit dijangka menanti skuad kendalian Fandi kerana lawan membariskan pemain berpengalaman.
https://www.bharian.com.my/sukan ... sa-jentera-serangan |
|
|
|
|
|
|
| |
|