CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4398|Reply: 0

[Perlis] 'Khabar angin' - Azam Baki

[Copy link]
Post time 15-5-2024 12:12 PM | Show all posts |Read mode
'Khabar angin' - Azam Baki

Oleh Aizat Sharif - Mei 15, 2024 @ 11:54am  [email protected]





Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki. - Foto NSTP




KANGAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan dakwaan akan melakukan penahanan terhadap lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis bagi siasatan berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan membabitkan anak Menteri Besar Perlis adalah khabar angin.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi hari ini.

"Khabar angin", katanya secara ringkas menerusi aplikasi WhatsApp selepas ditanya berhubung dakwaan berkenaan yang tular dalam sebuah portal berita semalam.

Semalam, tular dalam sebuah portal berita bahawa seorang pemimpin politik kanan sebuah parti Kerajaan Perpaduan di Perlis mendakwa bahawa SPRM akan menahan lima ADUN dari negeri itu dalam masa terdekat untuk tujuan siasatan.

Siasatan berkenaan dijangka dilakukan susulan penahanan anak kepada Menteri Besar Perlis yang direman agensi itu pada pertengahan April lalu atas dakwaan membuat tuntutan palsu terhadap kerja yang tidak dilaksanakan berjumlah RM600,000.

Malah, ahli politik itu mendakwa identiti lima ADUN itu sendiri didedahkan oleh anak Menteri Besar Perlis itu semasa siasatan dijalankan.

Pada pertengahan April lalu, enam individu termasuk anak kepada Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli direman oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen bagi tuntutan palsu berjumlah RM600,000 yang turut membabitkan siasatan berhubung dakwaan mengenai penyediaan minuman untuk kegunaan Raja Perlis yang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

Pada 30 April pula, Mohd Shukri pula tampil untuk memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi tujuan siasatan salah guna kuasa.

Dalam perkembangan yang sama juga, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Azmi Kamaruzaman, berkata kertas siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan membabitkan anak Menteri Besar Perlis dan beberapa individu lain dijangka siap minggu depan.

Beliau berkata, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan itu.

"SPRM sedang lengkapkan siasatan, saya harap akan ada keputusan (hasil siasatan) minggu depan, mungkin selewat-lewatnya Rabu depan," katanya.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.045715 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list