CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5345|Reply: 0

[Kelantan] Cuaca panas: Air terjun Jeram Pasu, Jeram Linang kering

[Copy link]
Post time 15-5-2024 03:44 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan Jeram Pasu yang kering susulan cuaca panas serta taburan hujan yang kurang menyebabkan timbunan pasir jelas kelihatan ketika tinjauan Bernama hari ini. FOTO BERNAMA

Pasir Puteh: Cuaca panas dan kemarau yang berterusan sejak Februari lalu turut memberi kesan terhadap beberapa kawasan rekreasi hutan lipur dan air terjun di negeri ini termasuk Jeram Pasu dan Jeram Linang yang terletak di jajahan Pasir Puteh.

Tinjauan Bernama di dua kawasan berkenaan mendapati air terjun yang menjadi tumpuan orang ramai itu kering dan kelihatan hanyalah beting pasir dan lopak air keruh di beberapa kawasan.

Penghulu Mukim Telipot Muhd Zali Mat Daud, 57, berkata, keadaan itu berlaku lebih sebulan lepas menyebabkan kawasan berkenaan tidak lagi dikunjungi orang ramai.

"Sebelum ini, ramai penduduk kampung mengambil kesempatan mandi-manda di Jeram Pasu dan Jeram Linang kerana beberapa kawasan di sekitar mukim ini mengalami gangguan bekalan air.


"Namun, air di pusat rekreasi ini semakin berkurangan sejak hujung bulan lepas dan keadaan semakin kering awal bulan ini," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Menurut Muhd Zali, peniaga juga terpaksa menutup operasi gerai masing-masing kerana kawasan itu sunyi sepi tanpa pengunjung.

Kawasan berkenaan katanya, tidak pernah "sekering" itu sebelum ini walaupun pada musim kemarau.

"Selalunya tidaklah sampai ke tahap begini. Tahun ini, cuaca panas agak luar biasa dan dalam tempoh yang agak lama menyebabkan air kering dan yang ada hanyalah beting pasir sekali gus menjejaskan sektor pelancongan di kawasan ini," katanya.

Sementara itu, seorang pengunjung dari Terengganu Rosnizah Zakaria, 47, berkata dia bersama beberapa rakannya terpaksa membatalkan hasrat untuk menikmati keindahan panorama dan menyegarkan diri di lokasi rekreasi itu selepas mendapati air di kawasan itu kering.

"Kita harap cuaca panas yang dialami ini akan segera berlalu dan lokasi pelancongan ini kembali meriah dan dikunjungi ramai selepas keadaan pulih seperti biasa," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jeram-linang-kering

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 - Lee Jung Jae, Lee Byung Hun, Wi Ha Joon, Gong Yoo ~ 26 Dec 2024 (Season 2), 2025 (Final Season)
Rahah[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 -
Views : 29125 Replies : 254
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 44248 Replies : 29
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 11125 Replies : 449
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 47200 Replies : 1958
siri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayangkan di Neflix hari ini
YgBenarsiri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayang
Views : 13087 Replies : 5
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232317 Replies : 1832
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109982 Replies : 1152
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 52274 Replies : 1477

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.269195 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list