CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7001|Reply: 21

Kes Kadet Laut UPNM maut: Pembelaan rayu penjara dikurang kepada 12 tahun

[Copy link]
Post time 16-5-2024 01:30 PM | Show all posts |Read mode




PUTRAJAYA: Pihak pembelaan dua bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mencadangkan hukuman penjara 18 tahun dikurangkan kepada 12 tahun kerana menyebabkan kematian Pegawai Kadet Laut universiti sama, Zulfarhan Osman Zulkarnain, tanpa niat.


Bekas penuntut UPNM itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal dan Muhammad Azamuddin Mad Sofi.


Peguam bela Muhammad Akmal dan Muhammad Azamuddin, Amer Hamzah Arshad, berkata cadangan itu dikemukakan jika kedua-dua anak guamnya itu kekal disabitkan kesalahan atas pertuduhan berkenaan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan (KK).


"Jika Mahkamah Rayuan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa anak guam bersalah di bawah seksyen itu, hukuman penjara patut dikurangkan kepada 12 tahun dan bukannya 18 tahun.


"Saya lihat ada kes lain (di bawah seksyen sama) di mana pelaku dikenakan hukuman penjara yang lagi kurang (dari 18 tahun).


"Tolong beri anak muda terbabit peluang kedua kerana kes ini bukan di bawah Seksyen 302 KK (kerana membunuh). Betul anak guam ada membuat kesilapan tetapi mereka layak mendapat peluang kedua," katanya.


Beliau berhujah di hadapan panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail, yang bersidang bersama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin, hari ini.


Pada 2 November 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap Muhammad Akmal dan Muhammad Azamuddin bersama empat lagi penuntut UPNM kerana bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian Zulfarhan mengikut Seksyen 304(a) KK.


Empat penuntut itu ialah Muhammad Najib Mohd Razi; Muhammad Afif Najmudin Azahat; Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.


Sebelum ini, Muhammad Akmal; Muhammad Azamuddin; Muhammad Najib; Muhammad Afif dan Mohamad Shobirin; menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan mengikut Seksyen 302 KK yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Abdoul Hakeem pula didakwa bersubahat membunuh mengikut Seksyen 109 KK yang membawa hukuman sama.


Mahkamah Tinggi juga menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap tertuduh terbabit kecuali Mohamad Shobirin serta 12 rakan mereka selepas didapati bersalah atas pertuduhan mencederakan Zulfarhan.


Mohamad Shobirin sebelum ini didakwa atas kesalahan mencederakan, tetapi dilepaskan daripada pertuduhan itu di akhir kes pendakwaan.


Rakan penuntut itu ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail; Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain; Ahmad Shafwan Berdal; Muhammad Amirul Asraff Mala; Luqman Hakim Shamsuri Agus; Muhammad Sufi Mohd Mustapha; Noriznan Izzairi Noor Azhar; Muhamad Ashraf Abdullah; Muhammad Danial Firdaus Azmir; Muhammad Hasif Ismail; Muhammad Adib Iman Fuad Ady Sani dan Mohamad Syazwan Musa.


Mereka didapati bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia mencuri komputer riba.


Semua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di dua bilik blok penginapan asrama Jebat, UPNM pada 21 dan 22 Mei 2017.


Zulfarhan meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Serdang pada 1 Jun tahun sama.


Amer Hamzah berkata, hakikatnya bahawa kedua-dua anak guamnya itu membantu mendapatkan rawatan, ubat dan makanan untuk Zulfarhan susulan kejadian.


"ihak pendakwaan mungkin berhujah bahawa kelakuan sedemikian menunjukkan anak guam tahu mereka melakukan kesalahan.


"Hujahan itu sendiri gagal membuktikan tertuduh ada niat membunuh dengan menyebabkan kematian mangsa, malah perlakuan anak guam selepas kejadian menunjukkan sebaliknya," katanya.


Keputusan rayuan enam bekas penuntut UPNM terhadap sabitan dan penjara 18 tahun atas kesalahan menyebabkan kematian Zulfarhan akan diketahui pada 23 Julai ini.


Pada tarikh sama, Mahkamah Rayuan akan memutuskan nasib 12 lagi bekas penuntut universiti sama yang merayu atas sabitan dan penjara tiga tahun kerana mencederakan pegawai kadet laut terbabit.


Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2024 02:50 PM | Show all posts
ermmmm takpa nanti siapa2 bole buat lagi,, sebab hakim pun kata berhak peluang ke dua...
aku harap tidur mereka tak lena lebih2 lagi budak2 yg dera sampai meninggal arwah tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 03:52 PM | Show all posts
someone is dead bcoz of these hooligan

ko lebih layak utk lebh dr 18 tahun sebenarnya

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam perangai budak henry gurney.


Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 04:18 PM | Show all posts
kesian
dulu aku berkuntum kat forum sbb kes ni
tanpa niat???
kalau sekali tekap ok
ni beberapa kali tekapan
pastu nak kurang lagi hukuman
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 04:52 PM | Show all posts
dunia ni tak adil.. keluarga si pelaku2 pun dok backup xde permohonan maaf bgai.. sedih betul masa dgr interview kluarga arwah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2024 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
selepas 12 @ 18 tahun pun arwah takkan hidup semula pun.. kalau betul nyesal & bersalah you should just
bear the punishment imposed on you.. but i dont think so.. semoga tuhan melindungi keturunan & kaum keluarga daripada menjadi mangsa atau pemangsa dalam situasi mcm ni.. sedih betul.. mangsa deserves just as much opportunity to live for his future as much as u all pelaku think you deserved ones.. semoga Allah adil & dengar doa hamba yg teraniaya..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
rbmy: ermmmm takpa nanti siapa2 bole ...

Ni hakim belum putuskan lagi kan? Baru diorang punya peguambela yg bagi hujah suh bagi peluang kedua. Well anak guam ko masa depa tekap seterika panas utk kali kedua dan kali seterusnya kat arwah, diorg ada pikir ke nak bagi peluang kedua kat arwah? Org tu hilang nyawa. Kau hilang laptop (pun belum tentu arwah yg amik) nak mintak peluang kedua. Ada jugak eh yg sanggup jadi peguambela utk sampah2 ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2024 08:31 PM | Show all posts
Tu gambar terkini ka lama. Selama ni depa duk kat mana tgk pakai baju raya ja p mahkamah
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by archerfahid at 16-5-2024 08:38 PM
alieyrina replied at 16-5-2024 08:31 PM
Tu gambar terkini ka lama. Selama ni depa duk kat mana tgk pakai baju raya ja p mahkamah


Nie 12 tertuduh yang blom menjalani hukuman penjara 3 tahun kerana mencederakan arwah ( telah di sabitkan oleh mahkamah tinggi)

So diaorg masih dlm fasa rayuan utk mengenepikan hukuman penjara 3 tahun tu. Diaorg bebas di luar sana..ada yg berkahwin + ada anak dah. Kalau mahkamah bg keputusan  kekal penjara 3 tahun nanti br lah bermula hukuman.

Yg duk dlm penjara tu 6 org..yg mastermind asal
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
pembacagosip replied at 16-5-2024 04:18 PM
kesian
dulu aku berkuntum kat forum sbb kes ni
tanpa niat???

Ye waktu tu bertingkat2 thread arwah zulfarhan. Sayu sangat

Ingat lg forumer @pet_ayu n ada forumer lain slalu pg mahkamah ikut prosiding bicara.

Ingat lagi kisah keluarga abam birin yg pindah dr sabah ..blk perak sbb kes nie....n etc. pasal parents najib n so on
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 12:28 PM | Show all posts
archerfahid replied at 16-5-2024 08:37 PM
Nie 12 tertuduh yang blom menjalani hukuman penjara 3 tahun kerana mencederakan arwah ( telah di s ...

Ohh. Thx fyi. Aku harap urusan mereka disukarkan n hujung2 dpt jugak 3 tahun dlm pnjara
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Mangsa dah arwah. Para pelaku pasti hidupnya tak tenang menyesal tak sudah. Nasib la tak ada Qisas kat negara ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga mereka hidup dlm penjara sampai mampos....amin..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Den sgt sedih dgn kes arwah..kalau lalu jln yg ada apartment apa tah tu, mesti teringat kes ni..rs sakit sgt hati...

Konon hujah anak guam msh ada sifat kemnanusianla kononnya dgn rawat dan bg makan...sebetulnya bkn sbb diorg rs empati tp lebih rs takut mula menghantui...kalau arwah mati, mcm mana..tu yg mula bawa g klinik...itu sifat semulajadi manusia bila mula rs ketakutan dgn akibat yg diri akn terima...tp kuasa Allah SWT,.arwah tetap meninggal...dan ko cilaka msk penjara...tp itupun seketika...

Kalau dlm agama, qisas berlaku..nyawa dgn nyawa.. kecuali kalau keluarga arwah maafkan maka byrla wang diyat..tp klu den, nyawa bls nyawa..dan xde dosa jika den mahu mcm tu...sbb den mangsa dan ko cilaka pemangsa yg zalim...

Pergi matila ko cilaka2 yg zalim...semoga Allah SWT balas dosa ko dgn azab tak terperi...bkn ko je yg den hrp begitu...dgn cilaka bani Israel dan org2 zalim yg ada dimana2 pun den hrp semuanya diazab dgn pedih...

Innalillahi wainna ilaihirojiun utk arwah...semoga Allah SWT mengampuni dosa2mu dik dan semoga berbahagia di syurga alam barzah dgn izinNya sblm bertemu keluargamu diakhirat kelak...amin..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
"Tolong beri anak muda terbabit peluang kedua kerana kes......



.......keluarga mangsa plk dpt peluang kedua nyawa anak dia x?....klau menda yg sama berlaku kt anak peguam agak2 dia ckp yg sama x?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2024 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepanjang ketiadaan mereka kt luar ni xde rugi pun masyarakat kt luar. So xde justifikasi utk kurangkan tempoh. Buat  menyemak aja lepaskan manusia2 yg buat jahat tp keluarga masih back up ni.

Peluang kedua apetah? Nyawa yg hilang tu, xkan ada ganti. Sakit keluarga si mati tu  xkan hilang.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Untangle boleh berkahwin Dan beranak pinak. Keluarga arwah tu? Kesian tgk bapakya turun naik mahkamah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa celaka lahanat babi ni bunuh zulfarhan xde plak sblm tu dia bg peluang!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow. Dah ada keturunan pembuli-pembuli tu.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.071508 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list